PART 2

Short Story Completed 5568

Hampir satu jam aku tunggu Lily dalam kereta. Rasanya nak dekat 10 kali aku call dia. Semuanya tak berangkat. Ikutkan hati nak je aku tinggalkan dia dekat restoran tu tapi tak sampai hati pula. Aku tunggu jelah. Aku memang takkan masuk balik dalam restoran.

Masuk dalam kereta, Lily tersengih-sengih.

"Asal lambat sangat? Makan macam puteri ke?" Sindir aku.

"Tak adalah. Aku berborak dengan diorang. Tengku Furqan tegur aku."

Lily pukul-pukul bahu aku. Wajah dia bukan main excited lagi.

"Sakitlah!"

"Sorry. Kau ni blah cepat sangat. Disebabkan kau jual mahal tadi, aku bagi jelah no kau pada lelaki hensem tu."

"What? Kau bagi? Kau gila ke Lily?"

Aku mula naik angin. Seriusly aku lupa nak mesej pada dia. Jangan bagi no aku.

"Lah! Asal nak marah? Okay pe. Nama dia Qaid. Dia siap tanya kau dah berpunya belum. Aku cakaplah belum."

Mendidih darah aku bila dengar Lily cakap macam tu. Selama aku kenal dia, dia ni memang tak reti menipu. Sesuka hati je bagi no aku pada orang. Bukan sekali dua. Dah beberapa kali dia buat benda sama.

"Berapa kali aku nak pesan! Jangan bagi no aku pada orang yang kau baru kenal!"

Tersentak Lily. Air mukanya berubah keruh. Nampak macam nak menangis je tu. Aduhai Lily, Lily. Mudah sangat mengalirkan air mata.

"Maaf Lily, aku tak bermaksud nak buat kau menangis tapi aku rasa nak marah sangat pada kau. Aku kan tak suka no aku disebarkan. Dah berapa kali aku tukar no disebabkan kau." Pujuk aku.

"Sebenarnya memang aku berat hati nak bagi tapi dia cakap dia kenal kau. Itu yang aku bagi."

Seketika kemudian aku dan Lily nampak mereka keluar dari restoran.

Dengan pantas aku undurkan kereta keluar dari petak parking dan beredar pergi dari situ. Malas nak hadap wajah mereka.

Sepanjang perjalanan ke rumah Lily, dia asyik minta maaf je sebab aku hanya diam. Langsung tak bercakap.

"Tak apalah Lily. Nanti aku tukar no baru." Ujar aku sejurus selepas sampai di hadapan rumahnya.

"Kenapa kau tak nak kenal lelaki tu? Dia hensem kot. Mesti ada something yang berlaku kan."

"Shut up!"

Aku mula naik angin semula. Lily menggelabah. Cepat-cepat dia buka pintu dan keluar.

"Terima kasih teman aku. Maaf sekali lagi. bye." Pintu kereta ditutup perlahan.

Selepas Lily masuk ke dalam rumah, aku terus tekan minyak dan pandu agak laju. Lagu di radio dipasang agak kuat.

Stress betul.

Apa motif Qaid minta no aku? Apa lagi yang dia tak puas hati? Ada barang milik dia yang aku pegang? Setahu aku tiada.

Sampai sahaja di perkarangan rumah, aku nampak kereta kak Effa. Pasti dia dan suaminya balik ke rumah. Wow! Bolehlah membawang dengan kakak sulungku nanti.

Aku keluar dari kereta kemudian berlari ke arah pintu utama.

"Assalamualaikum!"

Pintu dibuka seseorang. Terjengul kepala kak Effa.

"Waalaikumsalam. Eh Rara baru balik? Dari mana ni?"

Dalam keadaan tercungap-cungap aku masuk ke dalam. Aku bersalam dengan kakakku. Rasa macam dah lama tak bertemu dengannya kerana perutnya semakin membuncit.

Aku henyakkan punggung di atas sofa ruang tamu.

"Macam kena kejar dengan hantu je."

"Memang pun."

"Hantu lelaki kacak ke?" Usik kak Effa.

Hanya tawa yang terkeluar dari mulutku. Suaminya abang Azri turut tertawa bersama.

"Kak! ada cerita hot!"

"Cerita apa pula? Jumpa Qaid?"

Serta-merta air muka aku berubah. Aku terkejut dengan kata-katanya. Kak Effa tahu?

Kak Effa cuma tersenyum sinis.

"Betul tak? Rara jumpa Qaid."

"Betul kak. Tadi Rara keluar teman Lily makan. Tiba-tiba dia dan kawan-kawan dia datang duduk meja sebelah."

"Apa nama restoran tu?" sampuk abang Azri.

"Tak perasan pula nama apa tapi agak mewahlah."

"Port diorang kot."

"Abang Azri tahu?

"Tak pun. Agak je. Lagi satu Qaid ada jumpa abang juga minta no telefon Rara. Merayu-rayu minta no telefon Rara."

"What! Betul ke abang?"

Abang Azri cuma menganggukkan kepala.

"Haah. Tapi abang telefon kak Effa dulu. Kak Effa tak izinkan. So abang tak bagi."

"Tapi Lily pergi bagi no Rara."

"Yeke?"

"Ye kak. Waktu Rara tunggu Lily makan, tiba-tiba Tengku Furqan, crush Lily minta no telefon. Dia cakap lelaki sebelah minta. Qaid lah sebelah dia. Rara tak bagi dan blah macam tu je. Lily pula tak blah sama-sama. Boleh pula diorang berborak then Lily bagi no telefon Rara."

"Hurm. Qaid memang nakkan Rara balik."

"Kenapa pula! Dia kan dah ada isteri!"

"Isteri apanya. Dia belum kahwin. Bujang lagi. Beria luah dekat abang. Perempuan hari tu dah kahwin dengan lelaki lain. Itu yang dia senyap je. Frust katanya. Sekarang baru boleh move on. Nak cari Rara balik. Nak sambung hubungan yang terputus dulu. Tulah.. Kifarah tu ada. Buat dekat orang, ALLAH balas balik." Bebel kak Effa.

"Rara nak tak dia semula?" Soalan itu terkeluar dari mulut abang Azri.

"Jangan harap Rara nak terima dia. Suruh dia cari orang lain!"

Aku bangun meninggalkan abang Azri dan kak Effa di situ.

Sakit pula hati aku ni. Bila nak datang, tak nak buang. Cukuplah sekali aku terkena dengan Qaid. Dah sampai tahap nak kahwin dia boleh game aku. Sengaja nak malukan keluarga kami kot. Dia memang jenis sweet talker. Bagi harapan palsu. Tak mustahil dia akan buat lagi kalau aku terima dia.

Malam itu aku tidur sedikit awal tidak seperti kebiasaan. Entah kenapa mata bukan main mengantuk lagi. Tapi lenaku terganggu dek cahaya screen telefon yang menyala berdekatan denganku. Ada orang call cuma tiada bunyi kerana aku buat silent.

Dalam keadaan mamai aku capai telefon dan lihat siapakah gerangan yang menelefonku malam-malam begini. Rasanya tak mungkin Lily. Aku angkat panggilan itu.

"Assalamualaikum, siapa ni?" Soalku secara lemah lembut.

Biasalah. Suara baru bangun tidur.

"Waalaikumsalam bidadariku. Dah tidur ya? Maaf menganggu. Selamat malam wanita terakhir." Kedengaran suara lelaki dari hujung talian.

Macam kenal je suara siapa.

Suara Qaid laa...

Apa kejadahnya dia telefon aku malam-malam macam ni. Huh! dia fikir aku ni Aurora yang lama? Yang mudah terbuai dengan ayat-ayat manis dia? No!!

Aku yang tadinya mamai terus jadi segar bugar. Panggilan dimatikan. Telefon juga sama.

Selepas putus tunang dulu, aku tak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki. Fobia teruk. Tapi sejak kenal Lily, no aku asyik disebarkan dia sampai aku terpaksa bagi amaran keras.

Nampaknya esok sekali lagi aku terpaksa beli no lain. Semua salah Lily!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience