PART 11

Short Story Completed 5568

Aku duduk lepak bersendirian di gazebo rumah bersama gitar milikku.

Sedihnya hidup aku.

Kawan baik aku berkahwin dengan ex tunang aku sedangkan aku masih sendiri. Tak layak ke aku kecapi bahagia seperti pasangan lain? Apa hina sangat aku ni.

Tulah kau..Jual mahal lagi dengan Qaid. Last last orang tu pilih kawan baik sendiri sebagai pasangan dia.

Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku mula memetik dan menyanyi lagu.

"eherm..sedap suara." seseorang menegurku.

Aku menoleh ke arah suara itu. Lily sedang bersandar di tiang gazebo.

"Hai bakal pengantin! Kau buat apa dekat sini?"

"Saja nak jumpa sahabat baik aku ni. Boleh aku duduk?"

"Boleh je. Duduklah. Bila kau sampai?"

"Tadi. Waktu aku sampai, aku terserempak dengan mama kau. Dia nak keluar. Dia kata kau ada kat sini. So aku terus pergi ke sini."

Aku memandang belakang mencari seseorang. Tapi tak ada.

"Kau cari siapa? Qaid? Mana ada dia datang. Aku seorang je."

"Oh."

"Aku tahu Rara. Jauh dari sudut hati, kau masih harapkan dia datang pujuk kau."

"Mana ada." Beria aku menggeleng menidakkan kata-kata Lily.

"Tak payah nak tipulah, Rara. Walaupun tak sampai 10 tahun kita berkawan, aku dah boleh baca perangai kau. Aku datang sini sebenarnya ada sebab. Nak minta kau jadi pengapit. Malas cakap dekat whatsapp. Berdepan terus lagi baik. Boleh tak?"

Aku terdiam dan menunduk. Kaki menguis-nguis rumput. Ingatkan Lily datang sini nak cakap yang dia nak batalkan perkahwinan dia dengan Qaid. Rupa-rupanya nak minta aku jadi pengapit. Hampa gila hati.

"Boleh tak ni? Kalau tak boleh tak apa. Aku anggap je yang kau masih tak boleh move on dengan Qaid."

"Boleh!" Laju aku membalas.

"Betul?"

Aku anggukkan kepala tanda setuju. Padahal dalam hati aku sebenarnya tak rela.

"Urm, kau betul-betul serius ke nak kahwin dengan Qaid?"

"Yelah. Kau ingat aku main-main ke? Dia tu sweet tau. Tiap-tiap malam menyanyi untuk aku. Dahla suara sedap. Kacak pula. Itu yang buat aku jatuh hati dan angau dengan dia." Kata Lily tersipu-sipu.

"Tak sabar tau nak kahwin dengan pujaan hati aku tu. Kau ajaklah Arjuna masuk meminang cepat-cepat. Adakan majlis nikah serentak. Boleh bersanding sekali. Tak nak ke?"

Ayat Lily tu buat aku sedih sangat-sangat. Aku tarik nafas dan bangun. Kepala ditoleh pada Lily.

"Maafkan aku Lily. Aku rasa aku tak dapat hadir majlis kau nanti. Selamat pengantin Baru. Semoga kau kekal sampai jannah." sejurus selepas berkata, aku beredar meninggalkan Lily.

Hati aku sakit ditambah dengan perasaan sebak yang datang menjentik hati. Air mata aku mengalir tanpa dipaksa. Aku berlari keluar dari perkarangan rumah sambil menangis teresak-esak

Aku berjalan pandang ke hadapan. Langsung tak pandang sekeliling dan tak fikir pandangan orang pada aku. Air mata ikut sama mengalir. Aku tak pernah buat kerja gila macam ni. Bila hati dah sedih, kau takkan peduli. Apa nak jadi, jadilah.

Ada sebuah tasik yang tidak berapa jauh dari kawasan perumahan aku. Aku ke sana. Sampai kat sana, air mata aku masih belum mahu berhenti. Makin teruk adalah. Aku duduk di salah satu kerusi. Yakin tiada orang di situ. Jadi aku hamburkan tangisan sekuat hati. Dada dipegang, terasa sesak.

terhenjut-henjut bahu mengikut rentak suara tangisan aku. Aku tak tahu kenapa aku perlu menangis bagai nak gila macam ni. Waktu aku putus dengan Qaid dulu aku tak menangis macam ni pun.

Kali ini mungkin aku terasa disakiti buat kali kedua.

"Dahla tu." Aku merayu pada diri sendiri agar berhenti menangis.

Pandangan dibuang ke arah tasik. Rasa nak berenang je. Aku bangun dari kerusi dan berjalan mendekati tasik. Dengan penuh berhati-hati aku turun. Konon nak basahkan kaki. Tiba-tiba lenganku ditarik kasar dan menyebabkan tubuh aku melanggar sesuatu yang agak keras.

Dada seseorang. Yang pastinya lelaki.

Aku dongakkan kepala.

Qaid? Macam mana dia tahu aku ada dekat sini?

Aku segera tolak tubuhnya dan berpaling ke belakang. Tak sanggup bagi dia lihat aku sedang menangis.

"Awak ni dah gila ke Rara? Tak sayang nyawa sampai sanggup nak turun ke tasik tu? Jangan bertindak melulu! Ingat sikit pada Tuhan! Pada keluarga!" Qaid bersuara sedikit keras.

Aku hanya diam. Tangisanku tidak seteruk tadi tapi aku still menangis.

"Kenapa dengan awak, Rara? Awak ada problem ke sampai menangis sebegini teruk?"

Apa maksud dia? Dia perhatikan je aku menangis macam orang gila tadi ke? Malunya!

"Rara.."

Qaid palingkan tubuh aku agar menghadap dia. Aku hanya menunduk. Langsung tak pandang dia.

"Kenapa ni sayang? Tell me." Kepala aku didongakkan.

Sayang konon! Nak jadi suami orang pun masih bersayang-sayang pada perempuan lain.

Aku pura-pura ketawa.

"Tak ada apa. Saja nak menangis. Okaylah. Bye."

Baru nak angkat kaki dan melangkah, pinggang aku dipeluk Qaid. Aku agak sedikit tersentak.

"Lepaslah Qaid! Nanti orang nampak!"

"You still love me, right?" bisik Qaid perlahan.

"Ma..mana ada."

"Tak perlu nak menidakkan lagi, Rara. Perasaan awak tu terlalu obvious di pandangan mata saya. Saya bukan lelaki yang buta. Awak tu..mulut je beria kata benci, tapi hakikatnya hati masih sayang." Dia leraikan pelukan.

Aku berpaling semula ke arah Qaid.

"Fine! Memang saya masih sayangkan awak! Saya tak terima awak sebab saya takut awak lukakan hati saya buat kali kedua! Setiap hari saya harap awak pujuk saya. Saya nak tengok kesungguhan awak. Betul ke awak serius masih nakkan saya? Tapi bila awak pilih Lily, hati saya rasa sedih sangat. Kenapa awak pilih dia? Tak ada perempuan lain ke yang awak nak pilih? Perlu ke dia?"

Dia hanya diam.

"Tak apalah Qaid. Hubungan kita dah lama terkubur. Awak pun akan berkahwin dengan Lily. Saya harap awak bahagia dengan dia."

Dia menoleh ke tepi. Aku ikut sama menoleh

"Lily, dah rakam dah?"

Lily? Dia ada dekat sini sekali?

"Done!" Lily muncul dari sebalik pokok. Dia tayang telefon yang sedang dia pegang sebelum serahkan pada Qaid.

"Apa semua ni?"

Aku jauhkan diri dari mereka berdua.

"Bukti supaya awak tak lari lagi dari saya, Rara."

"Tapi.." Aku tuding jari pada mereka berdua berselang-seli.

"Berlakon jelah. Mana ada aku nak kahwin dengan Qaid." Lily tergelak.

"A..Apa?"

"Ya Rara. Apa yang berlaku cuma lakonan semata-mata. Saya tak kahwin pun dengan Lily. Kami sengaja buat macam ni supaya awak luahkan perasaan sebenar awak. Buat pengetahuan awak, semua orang terlibat termasuk keluarga awak. Cuma awak sahaja yang tak tahu dan tak sedar."

Otak aku tidak dapat mencerna apa yang Qaid cakapkan tadi. Aku rebah di situ tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience