PART 4

Short Story Completed 5568

Aku ingatkan Qaid takkan ganggu aku lagi lepas tahu aku dah ada orang lain. Rupanya tidak. Dia tetap ganggu aku. Mungkin dia tak percaya sebab bukti masih belum ada.

Yang tak boleh blah, Lily boleh jadi orang tengah antara kami berdua. Aku dapat tahu sebab Lily datang terjah ke rumah aku. Dia kan tak ada no aku. Jadi main terjah jelah.

Cuma aku geram. Geram sangat  Kenapalah Qaid pergunakan Lily. Mentang-mentang Lily jenis jujur dan agak skema. Lily pula setuju je walaupun dia tahu aku akan marah.

"Ni manisan Turki. Qaid bagi pada kau. Dia kirim dengan kawan dia. Katanya manisan ni agak mahal."

"Kau buang jelah Lily. Aku tak nak. Takut nak terima pemberian orang. Manalah tahu dia jampi kan. Habis."

"Tak baik buruk sangka pada orang."

"Kalau kau tak nak buang kau makan. Apa-apa jadi kau tanggung. Dah, tolong balik. Aku nak rehat." Selamba sahaja aku halau Lily.

Aku bangun dari sofa kemudian mengambil gelas kepunyaan Lily tadi. Masa aku nak melangkah, aku dengar suara Lily berkata dan membuatkan langkah aku terhenti.

"Tak sangka rupa-rupanya Qaid bekas tunang kau. Patutlah kau reject dia. Kalau bukan dah lama kau terima kan."

Aku duduk kembali di sofa.

"Apa yang dia dah cerita apa pada kau?"

"Semua. Dari A sampai Z. Dia menyesal permainkan kau dan kejar orang yang salah. Kalau korang kahwin dulu mungkin dah dapat anak dan bahagia."

"Oo."

"Bagilah peluang kedua pada Qaid Rara. Semua manusia tak sempurna. Lakukan kesilapan."

"Eh memang taklah aku nak terima dia. Kau ingat aku macam perempuan lain? Senang dilukakan dan mudah memaafkan? Semua ni melibatkan maruah keluarga kami. Malu kot! Dah edar kad, tempah dewan semua. Beribu habis. Last last tak jadi kahwin."

"Tapi Qaid betul-betul menyesal."

"Kau percayalah cakap dia. Dia tu memang sweet talker. Suruh dia move on atau kau jadi pengganti. Papa dan mama aku dah ada calon lain untuk aku. Jauh lebih baik dari Qaid. Mungkin dia jodoh aku. Cakap dekat si Qaid tu. Move on jelah. Orang dah bina rumah banglo sebuah, awak masih nak stay dekat rumah kayu yang sudah dimakan anai-anai."

Bangun, flip rambut kemudian beredar pergi dari situ.

Ceh berlagak betul.

?????

Disebabkan aku terlalu bosan, aku terpaksa bagi juga no baru aku Lily. Kalau tak ada dia, siapa nak hiburkan hati aku? Dia kawan yang paling jujur, tak berpura-pura dan bukan talam dua muka. Malam itu Lily hantar satu mesej pada aku.

Lily:
Qaif balas kata-kata kau tadi. Bukan aku reka ye.

Lily:
-> fowarded:

Kenapa saya kena move on sedangkan rumah kayu tu ada banyak kenangan kita. Lagipun rumah kayu tu saya dah renovate jadi cantik. In shaa ALLAH kukuh dan kuat untuk kita berdua tinggal di sana nanti. Saya takkan robohkan rumah tu walaupun badai melanda. Andai roboh, saya akan bina semula. :)

Poyolah mamat ni! Serius poyo.

Lily hantar satu lagi mesej dalam bentuk voice. Foward juga. Aku terus tekan.

"Lagu ini khas untuk Aurora, bidadariku. Terimalah." Qaid mula memetik gitar.

Aku sendiri tidak tahu lagu apa cuma bait-bait liriknya sesuai dengan apa yang terjadi.

Suara Qaid memang merdu cuma lagu itu aku hanya dengar separuh sahaja. Tak sanggup nak dengar semua. Takut aku hati aku yang keras itu kembali cair. No way! Aku tetap kena keraskan hati aku dan tak mudah percaya kata-kata dia. Rasanya mungkin aku perlu jumpa dia face to face dan settle hal ni. Aku kena terus terang pada dia yang aku tak nak pada dia lagi sebelum Arjuna dan keluarganya datang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience