PART 12

Short Story Completed 5568

"Sayang.."

Aku memandang ke arah Qaid. Dia merebahkan diri di sebelah aku. Tubuh aku ditarik agar menghadap dia.

Beberapa jam yang lepas, aku sah bergelar isteri kepada lelaki bernama Qaid Lutfan. Aku memang tak sangka semua ini benar-benar berlaku. Rasa macam mimpi.

Qaid selit rambutku yang terjurai di celah telinga.

"Abang.." sebut aku perlahan.

Dia tersenyum lebar.

"I really like what you have called me right now. "

"Do you really love me, abang?"

"Yes! I love you so much."

"I love you too. Thank you abang."

"Dah sayang. Jom kita tidur. Abang penat. Sayang mesti penat juga."

Aku terangguk-angguk.

"Baca doa dulu sebelum tidur."

Dia menadah tangan lantas membacakan doa. Aku turut menadah tangan.

Lama Qaid pandang wajah aku sebelum dia kucup dahi aku.

"Good night sweetheart."

"Good night abang."

"Terima kasih di atas segala-galanya, sayang."

Aku dengar suara Qaid berkata. Walaupun perlahan, tapi aku dengar dengan jelas. Bibir tersenyum. Aku pejamkan mata.

Kami tidur dengan lena tanpa gangguan.

Awal pagi aku terjaga terlebih dahulu. Aku toleh sebelah. Qaid masih terlena di sebelahku. Wajahnya nampak tenang sahaja. Tapi kelihatan sedikit pucat. Aku perhatikan wajah lelaki yang sudah sah menjadi suamiku semalam. Makin bercambah rasa sayang dalam hati.

Tak nak ganggu dia, perlahan-lahan aku turun dari katil untuk membersihkan diri. Ketika aku berjalan nak ke bilik air, aku perasan ada satu kertas kecil berlipat di atas meja solek. Aku ambil dan buka. Di kertas itu ada tertulis.

Selamat tinggal kekasih halal

Aku terus berpaling pada Qaid sebab hati aku tiba-tiba rasa tak sedap. Aku kembali semula ke arahnya dan cuba kejut dia.

Tiada respon.

Cuba letak jari telunjuk dekat hidung. Langsung tak rasa dia sedang bernafas. Kepala diletak pula atas dada dia. Tiada degupan jantung. Saat itu aku mula menangis. Aku cuba goncangkan tubuhnya namun masih sama. Dia kaku seperti patung.

"Abang, bangunlah!" Aku merayu pada dia agar dia membuka mata. Tapi langsung tak terbuka.

Dengan tergesa-gesa, aku berlari keluar dari bilik memanggil papa dan mama untuk melihat keadaan Qaid. Wajahku sudah lencun dengan air mata.

"Kenapa ni Rara?"

"Qaid...mama..Qaid.." Aku memeluk tubuh mama dan meraung di bahunya.

Papa capai telefon dan terus menuju ke bilikku diikuti mama dan aku. Seperti aku tadi, dia periksa jantung dan nadi Qaid. Dia menggeleng sebelum menelefon seseorang. Wajah papa nampak risau.

Saat itu aku dah menangis tersedu-sedu. Mama turut menangis sambil mengusap belakang aku.

Aku cuba untuk meyakinkan diri sendiri yang Qaid cuma tidur bukan pergi buat selamanya.

"Semua ni mimpi kan ma, mimpi je kan. Qaid tidur sebab kepenatan. Kejap lagi dia bangunlah kan mama." Soal aku pada mama.

Mama kelu tidak berkata. Cuma air matanya sahaja yang mampu menjawab semua soalan dari aku itu.

Tidak lama kemudian, doktor peribadi keluarga datang ke rumah. Dia periksa keadaan Qaid. Doktor tu pandang papa dan menggeleng.

Aku jatuh terduduk di lantai. Tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kenapa saat aku baru nak gapai bahagia, Qaid pergi tinggalkan aku? Belum sampai 24 jam aku jadi isterinya.

Patutlah dia suka sangat lagu wanita terakhir tu. Patutlah dia datang cari aku semula. Dia nak jadikan aku wanita yang terakhir untuk dia sebelum dia menutup mata. Masa majlis semalam pun dia nyanyi lagu tu. Itu kali terakhir aku dengar dia menyanyi.

Kenapa dia sanggup buat aku macam ni? Kenapa? Apa motif dia kahwin dengan aku? Permintaan terakhir?

Sampainya hati awak, Qaid. Sekali lagi awak lukakan hati saya. Kali ini lagi parah dari yang sebelumnya.

Rupa-rupanya awak nak tinggalkan saya buat selama-lamanya.

Selamat tinggal Muhammad Qaid Lutfan...

Selamat tinggal kekasih halal...

Semoga awak bahagia.

Tamat.

°°°°°

Terima kasih sudi baca cerita ni.

Walaupun saya sendu ??????

Tolong jangan COPY PASTE okay!!! Penat den perah otak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience