PART 1

Short Story Completed 5568

Lily ajak aku makan di sebuah restoran mewah. Katanya nak try makan lamb chop di situ. Aku ikutkan jelah. Teman je pun.

Dia nak belanja tapi aku tolak. Aku cakap aku diet padahal aku dah melantak 2 pinggan nasi dekat rumah. Tipu sunat boleh kan.

"Betul ke kau tak nak makan?" Soal Lily semasa dia sedang memilih menu.

Aku anggukkan kepala. Sebenarnya aku mengantuk. Tadi kan dah melantak. Aku bersandar di kerusi kemudian tutup mata.

Baru nak masuk ke alam mimpi, ada sesuatu yang menganggu. Bau minyak wangi seseorang begitu menusuk dalam hidung. Ni mesti sembur satu badan. Mentang-mentang minyak wangi mahal.

Terus saja aku buka mata dan marah.

"Siapa pakai minyak wangi kuat sangat!"

Laju kepala menoleh. Saat itu aku terkedu seketika. Ada Empat orang lelaki duduk di meja sebelah kami. Semuanya memakai kot. Segak sekali. Salah seorangnya adalah mr crush si Lily. Bukan lelaki itu yang menarik perhatianku tapi lelaki di sebelahnya.

Muhammad Qaid Lutfan... Dialah bekas tunangku dahulu.

Kami berdua bertentang mata buat seketika.

Serta-merta kenangan dua tahun lalu muncul dalam kepala otak aku.

Lagi 2 minggu aku bakal berkahwin dengan dia, Qaid tegar mengkhianatiku. Kami bertunang kerana pilihan dari keluarga. Nampak seperti dia boleh menerima aku sebab Qaid layan aku dengan baik sekali. Tapi 2 minggu sebelum majlis, tiba-tiba aku dapat tangkap dia tidur dengan perempuan lain.

Keluarga aku dan keluarganya berbincang secara baik. Tengah bincang Qaid bangun dan berterus-terang. Dia cakap dia tak mampu teruskan perkahwinan. Dia cintakan perempuan tu bukan aku. Aku terkejut sangat tapi aku redha walaupun aku dah ada perasaan sayang pada dia. Apa boleh buat. Tak ada jodoh.

Rasanya Qaid pun dah berkahwin dengan perempuan yang dia tidur dulu kan. Argh! Buat apa fikirkan pasal dia lagi.

Lenganku dicuit-cuit. Aku menoleh pada Lily. Dia tersengih-sengih pada aku. Tahu sangat sebab apa. Mr crush dia, Tengku Furqan ada dekat sini. Sebelah meja kami pula.

Masalahnya dalam banyak-banyak restoran, kenapa restoran ni juga mereka pilih? Lepas tu kan banyak lagi meja kosong. perlu ke duduk sebelah? Aku tak kisah ada mr crush Lily tapi bila ada si Qaid tu, aku rasa tak selesa. Rasa nak pindah duduk meja lain.

So aku nak buat apa ni? blah dari sini? Tengking Qaid? Buat drama? Aku bukan perempuan jenis macam tu.

Aku kembali bersandar dan menutup mata. Malas nak layan. Anggap je mereka tak wujud.

"Diorang masih pandang kau." Bisik Lily.

Mata dibuka kembali.

Ya memang benar. Mereka tengah tengok aku. Bukan perasan tapi memang obvious sangat. Tidur pun salah ke?

"Are you guys just want to sit there and stare at me at the whole time?" Soal aku seakan tidak berpuas hati.

Bila kena sound, secara automatik mereka cover macho dan buat-buat berbincang. Ingat aku tak tahu taktik lelaki.

Lily pandang aku seakan terkejut. Yelah aku sound mereka. Dahla mr crush dia ada dekat situ. Lantaklah. Aku tak peduli.

"Rara, lelaki sebelah crush aku tu kacak gila. kau tak nak try dia? Manalah tahu dapat lelaki kacukan mat saleh kan."

Aku hanya diam dan buat tak tahu. Kalau hati tak sekacak muka apa gunanya. Lily memang tak kenal lelaki itu sebab aku berkawan dengan Lily 5 bulan selepas aku putus tunang. Jadinya aku tak cerita langsung pasal kisah aku putus tunang, tak jadi kahwin apa semua.

Makanan Lily dihidang pelayan. Nampak macam sedap je.

"Nak sikit boleh?"

Aku tarik pinggan Lily. Kononnya nak rasmikan makanan dia. Tiba-tiba dia tarik kembali pinggan.

"Kau kata kau diet!"

Kuat pula suara Lily. Dia tak bagi makan makanan dia, aku sambar air dia pula.

Chocolate milkshake tu.

"Orang diet tak boleh minum ais, minum manis!" Sekali lagi Lily sound aku.

Tujuan utama Lily sebenarnya nak tarik perhatian Tengku Furqan. Tahu sangat!

"Kedekut laa kau ni! Huh!"

Aku keluarkan telefon serta earphone. Lagu dipasang. Layan lagu lagi bagus.

Sesekali aku menjeling Lily. Slow gila dia makan. Sopan betul. Daging dipotong perlahan. Dengan lemah gemalai dia menyuap makanan ke dalam mulut. Sejak bila dia bertukar jadi perempuan sopan ni? Sejak Tengku Furqan ada berhampiran kami. Kalau tidak dialah orang yang paling laju makan sekali. Poyo je lebih. Aku menoleh pada Tengku Furqan pula. Dia sedang serius berbincang sesuatu.

Bosan pula tunggu si Lily makan. Lagu dekat phone aku pun bosan. Aku tukar lagu lain. Terpasang lagu Fattah Amin wanita terakhir pula. Aku terkedu sekejap. Lagu tu Qaid pernah bagi dekat aku. Acah-acah akulah wanita terakhir untuk dia. Aku percaya jelah. Rupanya kena kencing hidup-hidup.

Aku yang sedang mengelamun terkejut apabila meja ditepuk Tengku Furqan. Earphone dibuka.

"Cik adik, abang kacak sebelah ni minta no telefon." Ucap dia sambil menepuk bahu Qaid.

Si Qaid pula cover pandang tempat lain. Lily dah cuit-cuit bahu aku.

"Maaf tak ada masa, angkat kaki aku cau!" Balasku sebelum bangun dan beredar.

"Aku tunggu dalam kereta! Lambat tinggal!"

Sempat pula aku berpesan pada Lily tanpa berpaling pada dia. Selepas itu aku keluar dari restoran dan terus masuk ke dalam kereta.

Apa kejadahnya minta telefon aku? Kan dah ada isteri. Huh! Sedarlah diri tu sikit. Jangan harap aku nak layan.

nothing special ratu typo update lambat macam kura2

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience