PART 5

Short Story Completed 5568

Dengan bantuan Lily yang menjadi orang tengah antara kami berdua, Aku dan Qaid bertemu di sebuah restoran. Hanya kami berdua kononnya. Tak sampai 10 minit, kami duduk di situ, Lily dan Tengku Furqan datang dan duduk di meja sebelah.

Aku tahulah Lily dah start date dengan Tengku Furqan tapi apahal dekat restoran yang sama.

"Kenapa datang sini!" marah aku.

"Mestilah kena datang. Manalah tahu korang berdua bercakaran dekat sini, ada juga yang jadi tukang lerai."

"Huh!"

Aku kembali memandang Qaid. Dia tetap diam dan hanya memandang aku. Cara pandangannya seperti seorang lelaki yang sudah lama tidak bertemu kekasihnya. Anak mata hazel nya menikam tepat anak mataku.

"Qaid!" Aku tepuk meja.

Sejujurnya aku tidak selesa dia memandang aku seperti itu. Kalau 2 tahun yang lalu, mungkin aku suka. Sekarang tidak lagi.

"Awak masih cantik seperti dulu. Tak berubah malah semakin cantik. " Tiba-tiba Qaid puji aku.

"Tak payah nak puji-puji saya Qaid. Tujuan saya ajak awak jumpa sebab nak bincang pasal kita."

"Bincang pasal kita? Awak terima lamaran saya ke?" Ceria betul wajahnya.

"Sorry naik lori! Saya takkan sesekali terima awak. Saya cuma nak bagi amaran pada awak. Mulai hari ini, saya tak nak awak ganggu saya lagi. Kita memang tak ditakdirkan bersama."

Ayat aku bukan main lagi.

"Awak cintakan lelaki tu Aurora?"

"Ya. Saya jatuh cinta pandang pertama lepas tengok gambar dia."

Hakikatnya aku cuma berbohong. Aku belum jumpa lagi Arjuna tau. Macam mana nak jatuh hati dengan dia. Aku bukan jenis cepat jatuh hati bila tengok gambar je. Nak kena tengok orangnya dulu.

"Tipu!" sampuk Lily.

Serabut sungguh aku bila ada campur tangan pihak lain. Tahulah Lily dah jadi geng Qaid sekarang. Tapi tak boleh ke dia backup aku?

"Kau kawan aku ke kawan dia? Kalau rasa nak jadi kawan dia, kita putus kawan." Aku sound direct Lily.

Terus diam.

"Aurora, saya merayu pada awak. Tolonglah bagi peluang kedua pada saya. Saya menyesal sangat-sangat buang awak dulu. Saya masih sayangkan awak. Mungkin saya ambil masa yang lama untuk cari awak kembali. Saya perlukan sedikit kekuatan untuk berdepan dengan awak. Sekarang saya dah dapat kekuatan tu. Sebab itulah saya tak peduli awak nak cakap apa. Saya tak peduli anggapan awak pada saya. Yang penting awak jadi milik saya kembali dan kali ni saya bertekad takkan sia-siakan awak lagi."

Aku pandang wajah Qaid agak lama untuk mencari keikhlasan dalam hatinya. Betul ke dia nakkan aku.

Timbul satu idea tak berapa cerdik.

"kalau awak betul-betul mahukan saya kembali, awak kena ikut syarat saya."

"Syarat apa?" Soal Qaid.

"Awak sanggup ke? Rasanya tak."

"Cakapla dulu."

"Syaratnya adalah.. Saya nak awak tinggalkan kerjaya awak sekarang dan bekerja sebagai cleaner selama setahun! Tak lebih dan tak kurang. Jika awak pass, saya akan terima awak kembali. Andai awak gagal, berhenti ganggu hidup saya."

Lily dan Tengku Furqan terkejut mendengar apa yang aku katakan tadi.

Aku juga terkejut dalam hati. Biar betul! Kejamkah aku kerana menghukum Qaid dengan syarat seperti itu?

Qaid masih berlagak tenang.

"Kalau itu yang boleh pulihkan kembali kepercayaan awak pada saya, saya terima syarat awak. Nanti print out syarat tu sebagai bukti. Saya tak nak awak langgar janji awak seandainya saya berjaya lakukannya."

"Ha?" Kali ini aku pula terlopong.

Sebenarnya aku memang dah tak nak pada dia lagi sebab itulah aku buat syarat bodoh macam tu. Tapi dia pula terima syarat tu. Kalau dia betul-betul berjaya buat macam mana?

"Takkan tak dapat pickup kot? Awak wajib jadi isteri saya lepas tu."

"Taknaklah! Kalau macam tu saya tarik balik semula syarat tu."

Keningnya terjongket tinggi.

"Saya takkan sesekali jadi isteri awak Qaid! Never! Cukuplah sekali awak permainkan saya. Cukuplah. Keluarga saya malu besar dek perbuatan awak. Semua orang ingat saya yang bermasalah sebab kami tak beritahu punca sebenar. Kami jaga aib awak dan keluarga awak walaupun awak buat macam tu. Hakikatnya orang tak tahu yang awak tu curang. Awak yang bermasalah. Tapi awak ada ke awak fikir perasaan saya dan keluarga saya masa tu? Ada ke?"

Air mataku bergenang mengingatkan kembali apa yang berlaku. Qaid pula hanya diam membisu dan masih tetap memandang aku.

"Kenapa saya perlu terima awak yang pernah berzina dengan perempuan lain sedangkan saya tak pernah lakukan semua tu. Entah-entah awak ni pun sebenarnya berstatus anak luar nikah kan. Sebab mak ayah awak orang melayu. Tiba-tiba awak kacukan mat saleh mana entah. Jadi sesuka hati awak berzina sebab mak kandung awak pun lakukan benda yang sama."

Entah macam mana kata-kata itu terkeluar dari mulut aku.

Air muka Qaid berubah sekelip mata.

Qaid bangun dan menampar kuat wajahku. Selepas itu dia beredar pergi. Aku agak tercengang. Berdesing telinga aku. Ini kali pertama aku ditampar lelaki. Kuat pula tu.

"Kau ni memang biadaplah Rara! Memang patut pun kau ditampar!" Kali ini Lily pula yang memarahi aku.

Dia bangun diikuti Tengku Furqan. Mungkin mereka juga terkesan dengan kata-kata aku tadi.

Bukan niatku nak menghina Qaid. Aku tak sengaja. Benda ni aku tak pernah tanyakan pada dia semasa kami bertunang dulu. Takutlah isu ni sensitif. Aku hanya diam dan zip mulut. Dah geram sangat pada Qaid yang tak faham bahasa kan.

Mesti Qaid bencikan aku lepas ni. Bolehlah aku hidup aman dan damai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience