Habis sahaja majlis, aku dan Lily pulang terlebih dahulu ke rumah. Lily bermalam di rumah aku. Bolehlah buat sesi luahan perasaan.
Aku perhatikan Lily yang sedang mengesat rambutnya menggunakan tuala. Nampak dia okay sikit berbanding tadi.
"Lelaki yang semeja dengan keluarga kau tu siapa?" Soal Lily.
"Lah, kau tak tahu siapa dia?"
Beria Lily menggelengkan kepala.
"Tulah. Kemaruk bercinta kononnya sampai lupakan aku."
"Ala..Maaflah.
"Maaf je kau tahu kan? Nanti buat lagi." Aku pura-pura marah pada dia.
"Tak dah. Sumpah! Cakaplah. Siapa lelaki tu."
"Bakal suami aku."
"Serius?" Matanya membulat.
"Seriuslah. Kau fikir aku ada masa nak main-main? Dialah Arjuna."
"Habis Qaid kau nak campak mana?"
"Qaid masa silam aku. Arjuna masa depan aku."
Lily capai beg tangan dan keluarkan telefon.
"Ada banyak benda aku nak cerita dekat kau."
"Pasal siapa?"
"Qaid. Furqan cerita pada aku."
"Ceritalah."
"Pasal kes kau kena tampar dengan Qaid hari tu kan, kau tak patut cakap macam tu pada dia."
"Ye, ye. Aku tahu aku silap."
"Qaid memang anak yang terbuang. Dato' Firdaus jumpa seorang bayi berdekatan rumah dia. Qaid laa bayi tu. Kebetulan mereka baru kehilangan anak. Jadi isterinya susukan Qaid. Jadilah anak susuan. Mereka namakan Mohd Qaid Lutfan sempena nama anak dia yang meninggal dulu. Qaid pernah juga cari mak ayah kandung dia tapi tak jumpa. Mungkin juga dia memang anak luar nikah."
Aku mendengar dengan penuh teliti apa yang diceritakan Lily pada aku. Menarik pula kisah Qaid ni. Boleh tak aku nak jadikan novel? Mesti laris punya.
"Oo macam tu. Patutlah dia marah sangat."
"Kau tak kesian ke pada Qaid?"
"Kesianlah juga tapi itu tak bermakna aku akan terima dia balik."
Lily mengeluh perlahan.
"Aku nak tanya kau something. Dalam masa 2 tahun ni kan, kau pernah terserempak dengan Qaid tak?"
"Tak pernah pun dan tak ingin jumpa. Waktu dekat restoran dulu, itu kali pertama aku jumpa dia selepas 2 tahun."
"Ye. sebab lepas putus tunang dengan kau dulu, dia terus ke luar negara buat rawatan."
"Rawatan? rawatan apa pula?"
"Qaid sebenarnya sakit. Tapi dia lebih memilih untuk menipu semua orang. Perempuan yang kau jumpa dulu cuma perempuan upahan dia je. Kau pun dapat mesej je kan bukan kau terserempak betul-betul Qaid dengan perempuan tu."
"Wait. Aku tak fahamlah."
"Sebulan sebelum majlis kau, Qaid dapat tahu dia ada ketumbuhan kecil pada hati dia. Doktor suspect tu kanser."
"Menipulah!"
Aku terus ketawa. Lawak Lily ni. Nak menipu pun agak-agaklah. Sakitlah, apalah. Boleh tak reka cerita lain. Bosan tahu tak. Sengaja reka cerita nak suruh aku terima Qaid laa tu.
Wajah Lily kelihatan serius.
"Selama kau kenal aku, pernah ke aku tipu kau?"
"Memanglah tak pernah. Tapi aku rasa kan, kau berkomplot dengan Furqan atau Qaid. Betul tak? Sudahlah Lily. Aku tak berminat nak tahu pasal Qaid lagi." Ucap aku sebelum merebahkan tubuh di atas katil.
Tidur lagi bagus.
"Aku tak tipu kau Rara. Semua yang aku cakap sebiji-sebiji macam Furqan cerita. Dia cerita segalanya lepas kes kau kena tampar dulu. Qaid sebenarnya minta Furqan rahsiakan tapi dia pergi cerita pula dekat aku."
"Whatever!"
Share this novel