Genap seminggu hidup aku aman dan damai dari gangguan sesiapa termasuk Lily. No telefon sudah ku tukar. Tiada siapa yang tahu kecuali keluarga aku. Lily pun aku tak bagi. Takut dia bagi dekat orang lagi. Penat tukar nombor.
Papa dan mama baru pulang dari mengerjakan umrah. Kami sambut mereka pulang dan asyik mendengar cerita keadaan di sana. Hal berkaitan Qaid, aku rahsiakan dari pengetahuan papa dan mama. Takut juga kalau mereka melenting.
Tapi...
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba keluarga Qaid datang ke rumahku. Rasanya datang nak melawat. Papa dan mama sambut mereka. Walaupun kami tak jadi kahwin, hubungan baik antara dua keluarga tak terputus. Qaid yang buat hal bukan mak ayah dia. Masalahnya Qaid datang sekali. Tak ada perasaan bersalah atau malu ke?
"Alang-alang kami dah datang sini, kami sebenarnya ada hajat. Berat hati nak cakap. Takut pisang berbuah sekali lagi tapi Qaid beria sangat. Tak habis-habis pujuk kami."
Aku dah boleh agak apa yang bakal diperkatakan Dato' Zulkifli, ayah kepada Qaid.
"Hajat apa tu?" Soal papa.
"Nak melamar bunga di taman buat kali kedua."
Aku dan mama memandang antara satu sama lain sebelum aku menggelengkan kepala.
"Ma, cakaplah." Papa suruh mama pula yang cakap.
"Papa laa cakap."
Adoi! Main pas-pas pula. Cakap jelah. Karang aku yang cakap jadi lain pula.
"Begini Zul, sebenarnya kami dah ada calon lain untuk anak kami."
Laju aku menoleh pada papa kemudian mama. Ada calon lain? Ke papa saja nak kelentong ni. Yelah, papa dan mama tahu aku takkan terima Qaid kembali. Takkan papa dan mama tergamak suruh aku terima lelaki yang pernah kecewakan aku dan malukan keluarga kan.
"Oo dah ada calon lain. Orang mana?"
"Brunei."
Dalam hati aku duk gelak-gelak bila melihat wajah Qaid berubah. Padan muka dia! Padan muka! Nasib baik aku ada papa dan mama yang pandai kelentong.
"Jauh betul."
"Jumpa dekat Madinah. Baik budaknya. Tu yang berkenan nak jadikan menantu."
Mama anggukkan kepala.
Eh..Jadi lelaki tu wujud ke? Reka cerita je kot. Hehe. Pandai betul papa.
"Nampaknya memang tak adalah rezeki nak berbesan ye." Dato' Zulkifli tergelak kecil.
Aku tahu ketawa itu dibuat-buat sahaja untuk cover. Pasti Qaid akan dimarahi bila pulang ke rumah nanti. Konfirm punya.
??????
"Terima kasih. Pandai papa dan mama berlakon." Ucap aku sejurus selepas mereka pulang.
"Berlakon? Apa yang kamu cakapkan ni?" Terjungkit kening papa.
"Yelah. kelentong diorang kata Rara ada calon dari Brunei."
Aku ketawa tapi mereka berdua serius.
"Papa dan mama tak ada kelentong apa-apa. Memang betul. Kami jumpa calon suami untuk kamu dekat Madinah dan dia memang orang Brunei. Namanya Arjuna."
Tawa aku mati serta-merta.
"What! Mama biar betul!"
Pandanganku berkalih pada papa pula. Papa mengiayakan apa yang mama cakapkan tadi.
"Apa semua ni! Papa dan mama tak boleh buat Rara macam ni! Cukuplah Rara terkena dengan Qaid. Tak serik lagi ke? Bagilah Rara cari calon suami Rara sendiri."
"Calon kali ni In shaa ALLAH baik Rara. Lembut dan bersopan santun orangnya. Dia bawa mak ayah dia pergi umrah. Semua dia yang tanggung."
"Kalau bawa mak ayah pergi umrah memang konfirm baik ke?"
"In shaa ALLAH baik. Umurnya 27 tahun. Rumah ada, kereta ada. Duit simpanan pun ada. Semua cukuplah. Cuma pengantin perempuan je tiada. Mama dah bagi gambar kamu pada mamanya. Arjuna tak bantah pun. Dia terima je."
"Orang pergi umrah beribadah. Boleh pula jumpa calon menantu."
"Secara kebetulan Rara. Ada je orang bertemu jodoh dekat sana. Mama dah berdoa sungguh-sungguh pada ALLAH depan kaabah supaya temukan jodoh yang sesuai untuk kamu. Tiba-tiba terjumpa Arjuna dan keluarganya di Madinah. Next month dia dan keluarga datang ke rumah. Tak lama dah. Lagi 2 minggu je. Arjuna nak kerja di Malaysia. So papa offer kerja dekat syarikat papa."
"Hurm yelah."
Mama capai telefon atas meja.
"Ni gambar Arjuna. Mesti Rara suka."
Telefon dihulurkan pada aku. Aku sambut dan tengok gambar yang tertera di screen. Mataku terbuntang.
Mak aih! Boleh tahan kacak orangnya. Wajah dia memang nampak seperti lelaki yang baik. Bersih dan tenang bila melihat wajahnya. Patutlah papa dan mama berkenan. Rasanya kalau Lily tengok ni, habis. Tapi kan.. setakat luaran buat apa. Tak nampak perangai sebenar macam mana lagi kan.
Tak apalah. Arjuna pun Arjuna lah asalkan bukan Muhammad Qaid Lutfan.
Share this novel