PART 9

Short Story Completed 5568

Aku dah malas nak layan Lily lagi. Sejak kenal Furqan, dia mula pandai nak menipu aku. Huh! Tak guna punya kawan.

Mama suruh aku ambil baju yang ditempah dekat butik kawan mama. Butik kawan mama dalam mall. Aku pergi jelah tanpa ditemani sesiapa.

Selepas ambil baju, aku ke pasaraya sebentar untuk beli barang.

Masa nak beratur, ada seorang lelaki dan wanita beratur di hadapan aku. Ibu dan anak agaknya. Mereka berborak dan aku hanya curi dengar perbualan mereka.

"Umi, lepas ni nak pergi mana? Qaid boleh bawa umi." Soal si lelaki.

Qaid? Qaid ke depan aku sekarang? Tertanya-tanya hatiku.

"Balik jelah. Umi tak nak kamu terlalu penat." Balas si ibu.

"Okaylah umi. Qaid kan dah sihat. Qaid lagi penat ulang alik hospital."

Si lelaki ternampak sesuatu di rak display. Dia capai dan letak dalam troli. Bukan 1 tapi 3.

Itu coklat favourite aku.

"Nak buat apa coklat ni?"

"Makanlah umi. Sedih."

"Kamu tak boleh makan banyak sangat coklat, Qaid. Umi risaukan keadaan kesihatan kamu."

Lelaki itu menoleh ke belakang dan terkejut bila melihat aku di belakang mereka. Dia sememangnya Qaid. Aku tersenyum sinis.

"Aurora.."

Ibunya turut menoleh sama.

"Penipuan apa awak dan keluarga awak dah buat selama 2 tahun ni Qaid?"

Aku pandang wajah dua beranak itu berselang-seli.

?????

Aku pantang orang menipu! Anti betul. Sebab itulah aku cuma berkawan dengan Lily. dia jenis jujur. Orang lain aku kurang percaya.

Di ruang tamu kini ada keluarga Qaid dan keluargku. Lily juga ada. Dia terlibat sama. Sepatutnya Furqan ada sekali tapi dia oustation.

"Awak fikir awak buat macam ni, saya akan terima awak balik ke? Awak silap besarlah Qaid!" Lantang suara aku berbicara.

Perempuan jenis apa aku ni? Tak beradab depan orang tua tapi aku betul-betul marah.

"Aurora, please behave!" Tegur papa dengan tegas.

Aku kembali memeluk tubuh. Kebencian aku pada Qaid makin menebal. Lantaklah kau sakit ke apa! Sepatutnya kau mampus je! Ada aku kisah?

"Jadi rupanya Qaid sakitlah sebab itu putuskan pertunangan? Uncle dah agak dah. Uncle tahu Qaid bukan lelaki jahat."

Lembut sahaja suara papa. Tak marah-marah macam aku.

Eh, papa ni. Marah jelah dia! Keluarga kami malu besar kot.

"Saya tak sakit. Saya memang curang." Beria Qaid menidakkan semua itu.

"Masih ada hati nak putar belit." Sindir aku.

"Sudahlah!"

Lily terbangun. Kami semua memandang dia.

"Tak payah salahkan Qaid lagi. Biar saya je kahwin dengan Qaid. Habis cerita."

Aku buat muka. Over pula Lily ni.

"Qaid, awak tak payah tunggu perempuan keras kepala macam dia. Berjuta kali pun awak merayu, dia takkan nak pada awak. Izinkan saya ganti tempat dia. Saya tak reti nak berkias-kias. Direct to the point terus. Awak sudi tak kahwin dengan saya? Dato' dan datin sudi tak terima saya sebagai menantu?"

Berani mati punya Lily. Depan mak ayah Qaid kot.

"Mungkin saya tak ada rupa yang cantik macam Aurora. Tak ada harta. Tapi saya akan cuba sedaya upaya bahagiakan Qaid. Jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita kahwin sampai jannah ye."

Semua orang tercengang. Tak ada sesiapa yang bersuara.

"Diam tu tanda setujulah kan." Lily tersipu-sipu.

"Saya sudi."

Laju sahaja kepala menoleh pada Qaid. Terkebil-kebil mataku memandang dia.

"Saya sudi jadi suami awak Lily."

What! Apa semua ni! Kau gila ke Qaid? Habis aku macam mana???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience