“Memang le tak ada. Esok saya kena naik tren ke Seremban. Lepas tu kena
naik bas ke Tampin. Lepas ke Tampin saya ke naik bas ke Melaka. Sampai
di Melaka saya kena ambil bas untuk ke kampung saya. Esok pagi saya kena
bangun awal.” Terang Shakira . Terbuntang biji mata Muaz mendengarnya.
Sampai begitu sekali? Payahnya.
“Saya hantar Shakira balik kampung.” Entah mengapa pelawaan itu laju
meluncur dari bibir Muaz . Tercenggang Shakira mendengarnya. Biar betul.
“Encik Muaz ni biar betul. Tak payahlah susah-susah. Saya boleh balik
esok. Jangan bimbang. Esok masih ada. Lusa barulah kita beraya.” Shakira
cuba menolak pelawaan Muaz . Dia tidak mahu menyusahkan majikannya itu.
“Saya hantar awak balik kampung…. Please….” Shakira mula rasa serba-salah.
“Tapi….” Shakira agak berat dengan tawaran oleh Muaz itu. Walau pun dia
tahu Muaz adalah majikannya namun dia merasa agak curiga. Namun begitu
dia terdesak.
“Minta saya telefon awak.” Hah? Melopong mulut Shakira mendengarnya.
“Nak buat apa?”
“Bagi je….” Telefon bimbit yang berada di tangan Shakira dicapai tanpa
Shakira memberi keizinan. Muaz bertanyakan tentang nombor telefon di
kampung sebelum dia mendail.
“Makcik jangan bimbang. Saya akan hantar Shakira sampai depan pintu
rumah. Kalau kami tak sampai sebelum sahur, makcik boleh panggil polis.”
Shakira binggung.
“Awak jangan bimbang. Saya akan hantar awak balik kampung. Lagi pun saya
tiada kampung untuk berhari raya.” Tanpa sedar Muaz menarik tangan
Shakira . Shakira terhenti.
“Encik Muaz ….” Muaz berpaling. Alamak! Dia malu sendiri. Hish! Tarik
tangan anak dara orang.
“Sorry… tak sengaja.” Shakira tersenyum sendiri. Dia kemudiannya
mengikut Muaz sehingga ke kereta.
“Saya tak faham dengan Encik Muaz . Kalau Encik Muaz tak ada kampung
masakan bawa beg besar. Habis tu dalam bonet tu?”
“Saya bukan nak balik kampung tapi saya nak ke luar negara.” Perlahan
sahaja kata-kata yang dilontarkan oleh Muaz . Dia tidak mahu Shakira
memikirkan yang bukan-bukan tentang dirinya.
“Ke luar negara pada bulan yang mulia ini? Encik Muaz memang rugi
besar. Orang bandar semuanya nak pulang ke kampung bertemu dengan
sanak-saudara sedangkan Encik Muaz lari dari semua tu? Saya memang tak
faham dengan Encik Muaz . Kita dihari mulia ini adalah masa untuk kira
bersama-sama yang tersayang. Memang sejak kecil lagi ke Encik Muaz
berhari raya di luar negara? Bagaimana pula dengan Dato’?” Muaz tidak
segera menjawab persolan itu. Dia tenang dengan pemanduan dan meleparkan
pandangan ke luar tingkap sambil membariskan ayat untuk jawapan kepada
Shakira .
“Saya berhari raya semenjak sepuluh tahun yang lalu. Cuma ayah saya
sahaja yang masih setia berhari raya di sini.” Ternyata pengakuan dari
Muaz itu memeranjatkan Shakira . Muaz tidak membalas pandangan Shakira
sebaliknya dia meneruskan pemanduannya.
Share this novel