“Saya minta maaf. Saya betul-betul tak nampak awak tadi. Saya minta
maaf. Awak nak pergi mana? Biar saya hantarkan awak.” Muaz cuba untuk
membantu Shakira . Dia cuba untuk bangunkan Shakira .
“Saya nak balik Melaka ni.” Gulp! Bagai tersekat dikerongkong anak tekak
Muaz mendengarkan kata-kata Shakira itu. Melaka? Berguarau ke dia ni?
“Alamak…. Kalau macam ni terlepaslah bas saya.” Dengan perasaan yang
agak bersalah, Muaz memasukkan beg pakaian Shakira di dalam bonet kereta.
“Tak mengapalah. Saya akan hantar awak ke stesen bas.” Pelawa Muaz
sambil membuka pintu kereta. Shakira tiada pilihan lain dan segera masuk
ke dalam kereta milik Muaz .
“Saya minta maaf Encik Muaz kalau saya ni agak menyusahkan.” Muaz
tersentak apabila Shakira tahu akan namanya. Dia kenal aku?
“Macam mana awak boleh kenal saya?”
“Encik Muaz adalah CEO syarikat. Kalau ada pekerja yang tidak kenal
dengan CEOnya jangan kata bekerja kat syarikat tu.”
“Tapi saya tak kenal dengan awak.”
“Seorang pekerja kenal akan majikannya. Tetapi Encik Muaz nak kenal
akan 2,000 pekerja saya tak pasti Encik Muaz boleh lakukan.” Shakira
tersenyum. Dia tidak meyangka dapat menaiki satu kereta dengan
majikannya. Ianya bagaikan di dalam mimpi dan mimpinya menjadi realiti.
Bukan senang untuk dia berjumpa dengan majikannya. Dalam setahun dia
hanya berjumpa dengan Muaz cuma dua kali. Pertama semasa pembentangan
kewangan syarikat dan juga majlis Beramah Mesra Aidilfitri. Itu pun dia
memandang dari jauh.
“Benar kata awak tu. Eh, pukul berapa bas awak?” Tanya Muaz .
“Lapan.” Ringkas sahaja jawapan yang dilemparkan oleh Shakira .
Muaz memandang jam di dashboard keretanya. Sudah hampir dengan waktu
berbuka. Dia menguatkan radio KLFM dan suara gemersik ayat-ayat Al-quran
menyapa di cuping telinga. Begitu mendamaikan. Tidak kemudiannya azan
maghrib mula berkumandang. Kini baru dia sedar tiada apa untuk dia
berbuka. Nampaknya telan air liur sajalah waktu sekarang ni. Nak
berhentikan kereta kasihan pula dengan Shakira . Nanti terlepas pula bas
untuk pulang ke kampung. Kemudiannya dia tersentak apabila Shakira
memberikannya air kotak dan roti. Muaz memandang kepada Shakira . Malu
pula untuk dia menyambut pemberian dari Shakira itu.
“Encik Muaz ambillah. Kebetulan saya ada beli lebih. Alas perut tu
dulu.” Akhirnya Muaz akur. Dia menyambut roti dan air dari pemberian
dari Shakira . Bukan itu sahaja. Shakira dengan senang hati membantu
membukakan plastik roti dan air.
Share this novel