BAB 10

Family Completed 735

Entah mengapa dengan hati yang terbuka Muaz menerima ajakan dari ibu
Shakira itu. Dia mengangkat beg dan terus menuju ke bilik Sukri untuk
dia menyalin baju. Esok adalah hari raya. Mungkin ada sesuatu dia boleh
lakukan untuk keluarga itu kerana menerima kedatangannya. Akhirnya dia
mengikut Sukri ke pekan untuk membeli barang dan persiapan untuk hari
raya esok.

Suasana sebelum hari raya di kampung membuatkan dia lupa seketika.
Kesibukkan masing-masing dengan tugas sendiri membuatkan dia merasa
riang. Shakira yang dari tadi sibuk di dapur bersama ibunya sering
diusik oleh adik-adiknya yang kecil. Sehinggakan Shakira tidak senang
untuk memasak. Muaz tersenyum dengan telatah adik-adik Shakira yang
suka mengusik itu. Aroma rendang dan kuah kacang mula menusuk di ruang
hidungnya. Sudah lama dia tidak merasa rendang dan kuah kacang.

Muaz mula mencari kerja. Dia segera menuju ke arah Sukri yang sedang
menjaga ketupat. Sambil itu dia juga mengapak kayu bagi memenuhkan kayu
api di dalam bangsal. Muaz mencapai kapak dari tangan Sukri.

“Tak mengapalah Encik Farhan…. Biar saya yang buat. Encik Farhan kan
tetamu kami.” Sukri mencapai kembali kapak dari tangan Muaz . Payah
nanti. Silap haribulan kapak pulak yang melayang nanti. Kalau kena orang
tak ke haru nanti.

“Tak perlulah panggil Encik Farhan. Panggil abang pun dah cukup.
Seganlah abang je yang tak ada kerja.”

“Tak adapalah bang. Abang duduk je.” Namun Muaz merasa tidak selesa.
Akhirnya dia membantu Sukri menyusun kayu api. Sambil itu dia berbual
panjang. Berborak dengan Sukri dia merasa amat seronok. Bagaikan dia
sudah lama mengenali anak muda itu.

“Lepas habis kita rebus ketupat ni kita pergi balik ke pekan. Kak ngah
kata abang tak ada baju melayu lagi. Nanti ikut Syuk. Kita pergi beli
baju melayu dengan songkok sekali. Mesti abang handsome kalau pakai baju
melayu, kan?” Muaz tersenyum mendengarkan ajakan itu. Betapa hatinya
tenang ketika itu. Sambutan Shakira sekeluarga begitu bermakna buat
dirinya. Dia begitu selesa sekali.

Azan isyak mula berkumandang kemudian disusuli dengan takbir raya. Muaz
masih lagi memandang keluar jendela dengan pemandangan kanak-kanak riang
yang sedang seronok bermain bunga api. Lamunannya begitu jauh. Semenjak
kecil lagi dia tidak pernah merasai aidilfitri yang begitu bermakna
seperti ini. Betapa dia aman dan bahagia di desa yang begitu mendamaikan
jiwanya. Namun jauh di sudut hati Muaz masih lagi merintih. Pemergian
ibunya di malam aidilfitri bagaikan berlaku semalam.

Tanpa disedari perilaku Muaz diperhatikan oleh Shakira dari belakang.

“Kak ngah, pergilah tengok abang Muaz tu. Dari tadi asyik termenung
je.” Bisik Malina perlahan di cuping telinga Shakira .

“Encik Muaz …” Muaz tersentak dan berpaling. Kali ini Shakira terkejut
dengan senyuman yang dilemparkan oleh Muaz . Hati Shakira mula rasa
debarannya. Ya Allah… kau tetapkanlah hati ini. Patutlah ramai yang
meminati CEO muda ini. Dengan wajah bersih ala cina dan rambut ikal dan
berlesung pipit patutlah Rohana tak tidur malam. Hati kecil Shakira
tertawa apabila teringatkan rakan sekerjanya.

“Saya nampak Encik Muaz termenung panjang dari tadi. Kenapa? Encik
Muaz tak selesa tinggal di sini ke?” Muaz tersenyum lagi.

“Ada apa yang boleh saya bantu?”Muaz senyap. Shakira masih lagi berdiri
dan menantikan kata-kata dari Muaz .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience