BAB 2

Family Completed 735

“Muaz tak percayalah abah yang masak. Selama ni tak pernah pun nampak
abah masak. Hari ni pulak rajin masuk dapur.” Muaz menggelengkan
kepala. Tak percaya ianya adalah hasil tangan ayahnya itu.

“Tak percaya tak apa. Cuba Muaz rasa dulu sama tak dengan masakan Mak
Mah. Yang sebenarnya abah dah lama tinggalkan dunia memasak ni. Masa
abah bujang dulu memang abah pandai memasak. Masa belajar kat oversea
dulu abah yang jadi ketua chef masa raya tau. Cubalah rasa.” Dato’ Malik
tersenyum.

“Nampak macam sedap.” Muaz sudah tidak sabar untuk menikmati hidangan
berbuka itu memandangkan menu kegemarannya sudah jelas diruang matanya.
Mana boleh dia menolak lauk gulai ayam itu.

Tatkala azan mangrib berkumandang, kedua beranak itu menikmati hidangan
berbuka tanpa suara. Dato’ Malik memerhatikan sahaja anak terunanya itu
sehingga selesai membasuh tangan.

“Raya tahun ni Muaz nak keluar negara juga ke?” Tanya Dato’ Malik
memecah keheningan senja itu. Muaz mendiamkan diri. Dengan perlahan dia
mencapai air dihadapannya dan diteguk puas. Muaz senyum seketika.
Mungkin ada maksud ayahnya itu memancing dia dengan gulai ayam itu.
Pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan.

“Muaz nak ke switzeland.” Ringkas dan padat sahaja jawapan yang
dilemparkan oleh Muaz .

Memang begitu dia untuk sepuluh tahun kebelakangan ini. Dia tidak betah
untuk menyambut hari raya kerana pada saat itu insan kesayangan
meninggal dunia. Dan untuk melupakan masalah itu Muaz sering membawa
diri bila saat tibanya hari raya. Jika tahun lepas Rome menjadi pilihan
hatinya dan tahun ini dia memilih swizeland untuk membawa diri.

“Beraya dengan abah tahun ni.” Muaz memadang kepada Dato’ Malik untuk
mendapatkan penjelasan dan kepastian.

“Abah rindu nak berhari raya dengan anak abah ni.” Farhan senyap. Cuba
untuk mengamati kata-kata ayahnya itu. Atau lebih menjurus kepada
permintaan.

“Maafkan Muaz , abah. Muaz sudah pun tempeh tiket. Lagi pun tiada apa
yang tinggal untuk Muaz berhari raya di sini.”

“Muaz masih ada abah. Abah perlukan Muaz .” Muaz mengeluh. Dato’ Malik
masih lagi memandang dengan penuh harapan. Harapannya amat tinggi dan
sepuluh tahun juga dia menanti dengan penuh sabar.

“Abah sunyi kalau Muaz pergi nanti. Ayah juga yang termenung seorang
diri kat sini. Nasib baik ada Pak Ishak. Nampaknya tahun ni abah kena
beraya dengan dia lagi. Bilalah abah nak merasa nak berhari raya dengan
anak sendiri.” Ada nada sedih dan kesal yang diucapkan oleh Dato’ Malik.

“Kalau macam tu abah ikut Muaz sajalah.” Cadang Muaz . Dia juga kasihan
melihat ayahnya keseorangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience