BAB 8

Family Completed 735

“Assaalamualaikum….” Laung Shakira nyaring. Namun belum sempat dia
memberi salam yang kedua, salamnya bersambut. Lesar senyuman sang ibu
apabila melihatkan anak gadisnya selamat sampai.

“Maafkan saya makcik. Jalan sesak tadi. Saya minta maaf juga sebab saya
Shakira terlepas bas dia.” Terang Muaz sambil bersalaman dengan wanita
yang sudah melepasi separuh abad itu.

“Tak mengapa. Makcik faham. Makcik senang bila Shakira selamat sampai.
Jemputlah masuk dulu. Rehatkan badan. Tak pun sahur dulu kat sini. Bila
dah segar badan tu bolehlah balik.” Pelawa Puan Halijah manis. Muaz
rasa serba-salah.

“Buat susah makcik saja. Tak mengapalah makcik…. Saya boleh drive.”
Muaz cuba menolak. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga itu. Dalam erti
yang sama dia perlu ke KLIA untuk mencuba nasib sekiranya ada flight
untuk dia terbang Switzeland.

“Tak ada susahnya. Marilah masuk. Makcik senang kalau Muaz sudi.”
Melihatkan kejujuran ibu Shakira itu membuatkan Muaz akur. Dia masuk ke
rumah milik keluarga Shakira dan duduk di atas kerusi rotan dan lantas
dia mencari kelibat Shakira . Ah, mungkin dia sudah masuk ke biliknya.

“Encik Muaz , bangun sahur.” Muaz tersentak apabila dia dikejutkan.
Dalam samar lampu dia melihatkan senyuman Shakira yang berganti dengan
panggilan namanya.

“Macam mana saya…” Muaz melihatkan dirinya berselubung dengan selimut.

“Angah yang selimutkan Encik Muaz tadi. Jom makan.”

“Dah pukul berapa ni?” Tanya Muaz dalam keadaan separa sedar.

“Dekat pukul 5.00. Bangunlah Encik Muaz . Nanti lewat pulak.” Muaz
bangkit. Badannya mula terasa setelah lena dari tidurnya. Dia mengikut
Shakira dari belakang. Sampai sahaja di dapur alangkah terkejutnya dia
melihatkan adik-beradik Shakira yang begitu ramai. Satu… dua… tiga…
empat….lima… dan enam termasuk Shakira ?”

“Ini tak termasuk kak long saya. Saya ada 7 orang adik-beradik.
Ramaikan? Kalau dah berkumpul tu Encik Muaz jangan terkejut dengan
telatah mereka.” Ujar Shakira sebelum Muaz bertanya. Hish! Macam tahu
je apa yang nak ditanya. Muaz malu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience