BAB 5

Family Completed 735

Muaz mula rasa tidak senang apabila jam telah pun menunjukkan ke angka
745 malam. Lima belas minit lagi Shakira akan terlepas basnya. Keadaan
jalan raya kian sesak. Untuk menyampaikan satu kilometer pun mahu hampir
setengah jam. Dan dia pula perlu sampai ke KLIA sebelum pukul 900 malam
untuk chek-in.

“Alamak…. Jalan sesaklah pulak.” Kata-kata Muaz itu membuatkan Shakira
berubah riak wajahnya. Takut dan gelisah kerana dia tidak dapat
gambarkan sekiranya dia gagal sampai di stesen bas sebelum pukul 800 malam.

“Sabarlah Encik Muaz .” Pujuk Shakira untuk menutup rasa gelisah dan
tidak mahu Muaz turut rasa perasaan yang sama. Dia pasti jika ada
rezeki dia akan sempat sampai.

“Tak pun Encik Muaz turunkan saya di stesen LRT. Saya pasti Encik Muaz
pun nak balik beraya di kampung.” Kampung? Tidak pernah terlintas di
fikirannya untuk mempunyai kampung. Kuala Lumpur adalah kampungnya. Di
luar negara adalah tempat dia menyambut hari raya semenjak 10 tahun yang
lalu.

Akhirnya Shakira agak gementar. Lagi 5 minit bas akan bertolak dan
stesen bas TBS masih belum jelas diruang matanya. Buatnya bas akan
terlepas nak buat macam mana? Shakira tekad. Kalau dia terlepas bas,
esok hari dia akan naik tren komuter ke Seremban dan naik bas
kemudiannya. Kalau tiada bas ekspress dia akan naik bas sambut-sambut.
Itu adalah penyelesaiannya jika dia terdesak. Nasib baik juga kampungnya
di Melaka. Buatnya jauh di utara mahu menangis tak berlagu.

Sampai sahaja di Terminal Bersepadu jam telah pun menunjukkan ke angka
815 malam. Hati Shakira berdebar. Dia segera ke kaunter untuk
bertanyakan tentang bas yang akan dinaiki. Telahannya benar. Shakira
hampa. Bas yang bakal dinaiki baru sahaja berlepas. Memang dia sudah
menggagak bahawa dia akan ketinggalan bas. Ah, dugaan apakah ini?
Shakira melangkah perlahan dari terminal itu dengan perasaan sedih. Dia
terpaksa berdikari esok. Yang penting dia mesti pulang ke kampung esok
untuk menyambut hari raya. Wajah ibu dan adik-adiknya silih berganti.

Belum sempat dia menelefon keluarganya dikampung, raut wajah Muaz jelas
di pandangan matanya. Muaz masih belum pulang? Apa pula dia buat di sini?

“Encik Muaz ? Apa encik buat kat sini. Kenapa tak balik lagi?” Muaz
tersenyum seperti kerang busuk. Baju kemeja biru yang dipakainya
semenjak pagi tadi bagaikan tidak terurus. Tali lehernya sudah dilonggarkan.

“Saya minta maaf kalau saya membuatkan Shakira terlepas bas tadi. Ada
apa yang boleh saya bantu?” Shakira menyeka air mata buat kali kedua.
Hati lelaki Muaz ternyata rasa gelisah. Dia pasti dia perlu untuk
membantu Shakira .

“Tak mengapalah Encik Muaz . Saya boleh naik tren esok. Yang penting
sekarang ni baik encik balik. Nanti lambat pulak sampai ke kampung.”
Ujar Shakira untuk tidak membebani Muaz dan dalam erti kata yang sama
dia juga sedang memujuk dirinya juga.

“Ada tren ke Melaka ke?” Shakira tertawa mendengarnya. Nampak sangat
Muaz tidak pernah menaiki pengangkutan awam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience