BAB 11

Other Completed 6176

Sementara itu, di perkarangan rumah Wak Mus , suasana cemas baru sahaja berlalu kira-kira 20 minit yang lalu. Ambulans sudah lama menunggu jenazah Wak Mus diusung untuk bedah siasat. Dua kereta peronda polis yang masih bernyala lampu neon dan siren menambah tarikan kepada penduduk setempat untuk datang mengerumuni perkarangan rumah Wak Mus untuk mengetahui apa yang telah berlaku sebelumnya.

Di hadapan mereka terbaring ngeri sekujur tubuh dengan keadaan isi kepala berderaian di atas jalan raya.

Ibu Surti , isteri Wak Mus tak henti-henti meraung. Tangisannya menyebabkan mukanya kemerahan. Dia tak sangka Wak Mus boleh meninggal dunia dengan cara ngeri sebegitu. Seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor datang menenteramkan Ibu Surti . Beberapa petugas perubatan juga ada di sisi Ibu Surti untuk merawat kecederaan ringan yang di alaminya dek terkena tempias tembakan tadi..

Manakala Suri Kartika , hanya memerhati dari jauh sahaja di balik kerumunan penduduk setempat. Dia dihalang dari masuk, sama seperti penduduk setempat yang lain. Garisan kuning milik Polis Diraja Malaysia telah menetapkan sempadan jarak dari lokasi kejadian jenayah.

“Kenapa tu?” tanya seorang wanita tua kepada Suri Kartika .

Belum sempat Suri Kartika menjawab tak tahu,seorang lelaki tua yang ada di sebelah wanita tua itu pun berkata, “Malaysia ni semakin hari semakin tak aman. Salah sikit terus tembak. Dah serupa negara pengganas, semua diselesaikan dengan tembakan. Khabarnya ni kes hutang judi, Si Mus ditembak tembak sebab gagal bayar hutang judi puluhan ribu ringgit.. Si Mus pun satu, dah tua Bangka tak sedar diri kubur kata mari masih lagi nak berjudi. Itulah orang kata, muda-muda jangan berjudi nanti tak sempat nak buang tabiat tu. Kecik-kecik taknak juga mati. Silap haribulan tak sempat bertaubat,”

“Apa boleh buat ni bahagiannya di dunia. ‘’ balas wanita tua itu sambil masih meneruskan sok sek sesama mereka.

Dup Dap dup dap, Degup jantung Suri Kartika bertiup bagai putting beliung. Peluh merintik-rintik di dahinya. Jiwanya dikerubungi rasa bersalah dan cuak. Bungkusan plastik hitam yang berisi bunga Lady Laurel dilepaskan dari genggamannya. Sungguh segigih mana dia merancang, tiada siapa yang mampu menandingi kuasa Allah SWT. Baru sahaja dia nekad mahu meracun Wak Mus dengan bunga itu, namun Allah sudah tarik nyawa Wak Mus sebelum niatnya itu jadi satu perbuatan yang menjurusnya kepad dosa besar yang akan menghantuinya sepanjang hayat. Sejujurnya dia sendiri belum siap untuk menjawab dosanya itu pada Allah di akhirat sana, hanya menuruti nafsu, dendam, hasutan syaitan dan iblis. Tangannya terketar-ketar. Airmatanya yang bertakung mula berlinangan sejurus Kartika memejam rapat matanya. Betapa Allah menutup aibnya dan menyelimuti dosanya dengan kasih sayang Allah. Sungguh kasih dan cinta Allah pada dirinya, hamba yang hina.

Sungguh kalau bukan kerana pertolongan dan kebijaksanaan Allah SWT pasti aku akan jadi makhluk yang menjadi hakim sendiri di dunia milikmu, cuba mengambil tugas-Mu dalam mencabut nyawa pemberian-Mu sendiri, Sungguh sebenarnya aku tidak punya kuasa itu melainkan ENGKAU Ya Allah. Maafkan aku atas kekhilafan niat ku itu.

Suri Kartika sedar dia sebagai manusia tidak seharusnya menjatuhkan hukuman meskipun salah dan dosa yang dilakukan oleh orang lain. Dia seharusnya bersabar, menyerahkan ia pada kerja Tuhan. Semua di dunia ini pada akhirnya akan berbalik pada kuas Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience