BAB 1

Other Completed 6176

Setiap kali bercerita tentang flora pasti kita akan terbanyangkan tentang keindahan dan kelembutan ciptaan Allah yang satu ini. Pelbagai warna, fragile, lembut dan sering dikaitkan dengan keindahan rupa paras seorang perempuan. Segala yang indah ada pada bunga, bila bercinta hati berbunga, perlukan kata-kata madah berbunga untuk mencairkan hati menawan hati si dia. Harumannya pula semerbak menusuk kalbu. Segalanya yang indah pada zahir hingga menutupi rupa sebenar bunga itu yang adakalanya datang dri sepsis beracun.

Dan apa kaitannya Bunga dengan kisah yang ingin diceeritakan ini, ya bunga ini sama dengan gadis yang secara harfiahnya biasa, polos, cantik dan sederhana. Memiliki ketinggian 161cm, potongan badan yang ramping, berniaga secara online dan direct selling produk kecantikan dan datang dari adik beradik ramai, 10 orangg kesemuanya.

Kisah tentang gadis ini terlakar ketika usianya menginjak 15 tahun. Saat remaja lain sibuk mendengar lagu-lagu artis pujaan, atau melayan drama petang di TV, bermain di sekolah sarat degan aktiviti Ko-kurikulum, dia pula sudah cekap dalam menggalas tanggungjawab menguruskan hal ehwal adik-adiknya. Barangkali kerana sudah terbiasa dengan keadaan ibu bapanya yang selalu keluar meninggalkan dirinya dengan adik-adiknya demi mencari rezeki, tanpa sengaja telah mengasah bakat kemahiran keibuan walaupun baru mencecah usia belasan tahun sekaligus mendorongnya mencari rezeki demi menambah pendapatan. Dia azalinya begitu, tidak mahu menyusahkan dan mengharap ehsan orang lain waima daripad akedua ibu bapanya.

Kalau dilihat, keluarganya datang dari kalangan sederhana, tidak miskin, serba sederhana namun cukup semuanya. Setiap kali ayah dan ibu pulang, Suri Kartika pasti akan menghidangkan air panas untuk mereka. Ibubapanya keluar seawal lima pagi dan pulang selewat dua pagi saban hari. Keluarganya hanya bergantung hidup kepada kesungguhan ibubapanya dalam mencari nafkah untuk anak-anak.

Itulah merekaa, keluarga besar, sederhana saling melangkapi dan bahagia dalam cara mereka sendiri.

Semuanya berjalan normal sehingga ia bertukar kepada sesuatu yang tragis. Pada satu pagi di hujung minggu, datang seorang lelaki tinggi lampai dan kurus berusia dalam lingkungan 40-an ke rumahnya sambil membawa dokumen yang dikepit di celahan ketiak kirinya. Saat itu, kedua Ibubapanya saling berpandangan apabila ternampak lelaki yang dikenali sebagai Wak Mus menghampiri perkarangan rumah. Cepat-cepat ayah mengarahkan Suri Kartika agar segera membawa adik-adik yang lain masuk mengunci diri dalam bilik. Ibu pula menyuruh adik-adiknya yang lain supaya duduk senyap-senyap dalam bilik tersebut dan jangan keluar sehingga diberitahu. Berkali-kali ibunya memberi amaran dan minta jangan diingkari.

‘’Dah kenapa ni? Aneh betul sikap ibu dan ayah,’’Suri Kartika bingung. Ini kali pertama dia melihat kelakuan ayah dan ibunya cemas ketakutan. Namun arahan tetap arahan dan dia harus mematuhi suruhan ayahnya. Segera dia membawa adik beradiknya masuk ke dalam bilik. Sempat dia memberi arahan membisikkan pada adik-adiknya agar mengunci mulut dan jangan membuat sebarangg bunyi. Dalam keadaan bilik yang berkunci, Kartika menekup gelas kaca dilekatkan dan mencuri dengar bait perbualan dari daun pintu antara Mus dan ayah di ruang tamu. Sementara adik-adiknya duduk diam membisu namun mata mereka saling berpandangan.

“Hazli! Aku datang ni nak tagih balik hutang kau kat aku, dah lama sangat ni terperuk, kau nak buat jadi jeruk ke?!” bentak Wak Mus , yang juga dikenali tokan budak selain dari sikapnya yang suka berjudi dan kaki botol. Siapa saja yang tak kenal pada Wak Mus yang bertopengkan kopiah penunggang agama dulunya sebelum kini terkenal sebagai manusia zalim. Barangsiapa yang berhutang dengannya dan gagal menjelaskan hutang maka ia perlu dibayar dengan nyawa, maksudnya ahli keluarga yang masih bawah umur, teruna atau dara akan dijadikan galang ganti penebus hutang.

“Wak Mus , saya harapa wak bagi saya tempoh sedikit masa lagi saya janji akan lunaskan hutang sebelum hujang bulan ini. Saya janjji akan bayar, andaikata saya gagal makan wak boleh kerat jari saya ini atau apa sahaja wak nak lakukan pada saya, saya rela,’’ rayu ayah Suri dalam ketakutan.

“Merepek! Ni Isteri kamu takkan tak ada barang kemas pusaka dari mak bapak atau mertua kamu?” Wak Mus melirik benbgis pada ibu Suri pula, sungguh tiada langsung terpamer belas kasihan mahupun empati dalam diri wak mus.

“Ada pun cuma subang pusaka ini sahaja, Wak Mus . Cincin dan gelanb dah habis kami gadaikan buat bayar bunga hutang wak mus. Sudah tidak ada tanda kahwin kami. Jadi saya mohon beri saya tempoh ya Wak mus.’’

“Ehemmm, Hujung bulan ni? Kau pasti dapat bayar? Kau jangan bodohkan aku, Nanti dengan anak bini kau naya aku kerjakan.” Ujar wak mus memberi amaran.

Ibu pula perlahan-lahan berdiri di depan pintu cuba melindungi menggunakan tubuhnya daripada dihendap oleh anak-anak. Biar seperit mana hidup mereka laki bini, dia tidak mahu kalau ia sampai ke pengtahuan anak-anak mereka. Dia tidak mahu perkara ini menggangu ketenangan anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience