BAB 5

Other Completed 6176

HUARGHHHHHH!

Ya Rabbi mengantuknya . Entah sudah beraapa ratus kali Khairil menguap,

PAKKK!

Khairil seraya mengusap-usap laju kepalanya yang berdenyut sakit akibat dipukul dengan surat khabar oleh Suri Kartika yang duduk di belakangnya dalam bilik kuliah. Khairil menoleh dan menjengilkan mata memberi amaran pada kawannya itu.

‘’Wekkk!’’ Suri Kartika menjelirkan lidah. Sempat Gadis itu berbisik, “Wei tenggilingm boleh tak jangan tidur tahulah sekarang ni masa kau behibernasi. Cuba fokus!’’

Namun ia disambut dengan memek muka selamba oleh Khairil. Dia masih menongkat dagu sambil sesekali memejamkan mata.

Pensyarah di depan masih ligat memberi penerangan tentang topik yang dibincangkan hari ini dan entah kenapa Khairil merasa seakan hari ini waktu berputar perlahan Walhal kalau diikutkan kelas ini hanya satu jam sahaja.

Banyak bisikan halus menyuruhnya melelapkan mata. Maka seraya itu juga kelopak matanya terasa semakin berat. Sesekali tertutup dan sesekali terbuka namun tetap dia hilang fokus, tenggelam dalam dunianya sendiri. Sedar tak sedar dia tertidur lena.

“Baiklah class, kita take five sebentar ya sebab saya sebanrnya hanya disuruh untuk menggantikan Dr, rehat sekejap sebab saya disuruh untuk ganti masa Dr Mashitah yang tak dapat hadir hari ini atas sebab kecemasan. So sementara kelas take five saya nak berkongsi sedikit fakta menarik tentang flora atau bunga yang mana faktanya pasti menarik hati. Ada tak sesiapa di sini yang alah pada bunga atau benci pada bunga?’’ tanya Doktor Khan menghentikan kuliah berkaitan biologi mereka.

Tidak semena-menan nama Khairil disebut.

“Khairil ! Khairil !” salah seorang pelajar lelaki, yang merupakan kawan rapat Khairil memetic nama Khairil semata-mata mahu mengenakannya yang sedang ternganga lena.

Khairil yang kaget tatkala mendengar namanya disebut bingkas bangun dan memberi salam hormat pada Dr. Khan. Telatah lucunya itu mengundang hilai ketawa satu kelas.

Dr. Khan yang sememangnya terkenal dengan sifat cool dan selamba hanya membiarkan sahaja Khairil menyambung tidurnya.

‘’Biarkan Khairil tidur, mungkin semalam sehari suntuk dia berkaraoke,’’ perli Dr. Khan bergurai membuatkan sekalian pelajar di kelas ketawa berdekah.

Mata Khairil segar bugar dek diketawakan, dia tersenyum malu dengan kata-kata Dr Khan. Sudahnya satu kelas ketawa terbahak-bahak, terutama Suri Kartika .

“Amboi bukan main kau ye Suka ek kau tengok aku dibahan kan Kartika,” getus hati Khairil menoleh tajam pada Kartika. Dia amat cam suara tawa gadis itu, namun jauh di sudut hatinya dia sebenarnya suka, jika ia bisa membuat Suri Kartika jauh dari kesedihan.

“Actually , my wife ahli botanis dan dia ada memberitahu pada saya satu fakta yang cukup indah dan menarik. Menurutnya bunga memang pada zahir indah namun seperti haiwan, tiap bunga itu memiliki keistimewaan dan kuasanya yang tersendiri, pendek kata ia ada bisanya,’’ jelas Dr. Khan dan disambut dengan respon positif daripada seisi kelas yang tampak berminat dengan perkongsiannya itu.

“Ia samalah juga perlambangan bunga itu kepada wanita atau gadis cantik. Bukan semua gadis cantik itu secantik rupa parasnya. Dalam kecantikannya itu pasti ada bisa, boleh jadi kuasan, boleh jadi misteri dan sebagainya.”

“Bisanya saya tahu dr. Kalau ada keta besar, poket tebal panggil baby, tapi kalau dompet kopak dan kereta buruk, you boleh blahlah babi!’’ seloroh Khairik memecah suasana kelas kembali dengan lawak spontannya itu.

“Wow nicely done Khairiil dan good night,” sindir Doktor Khan kepada Khairil membuatkan jejaka itu tertunduk malu semula.

“Puii padan muka,” suara Suri Kartika berdesup laju sampai ke telinga Khairil.

Doktor Khan kemudian meulis sesuatu di whiteboard. Dan dia mulai menyenaraikan sepuluh jenis bunga yang dikategorikan deadliest flower in the world. Ia diikuti Bunga Opium di kedudukan pertama, 2. Bunga Daphne, 3. Bunga Lily of The Valley, 4. Bunga Aconitum, 5. Bunga Atrope Bella Donna, 6. Bunga Conium, 7. Bunga Norium Oleander, 8. Bunga Datura, 9. Bunga Angel’s Strumpet dan akhir sekali di tangga ke 10. Bunga Autumn Crocus.

“Dalam banyak-banyak jenis bunga yang ada dalam senarai ni, hanya ada sejenis bunga yang cukup saya minati. Ia cukup cantik dan terkenal dengan jolokan bungan syurgawi. Nama lainnya juga cukup indah persis seorang wanita yang lembut namun tegas jati dirinya, Lady Laurel. Kalau korang nak tahu, seluruh permukaan bunga ini beracun tapi bahagian yang paling berbisa adalah pada getah dan buahnya. Tumbuhan ini mengandungi mezerine dan daphnin, sejenis bahan yang yang merupakan racun cukup kuat untuk membuatkan seseorang itu mengalami sakit perut yang teruk, sakit kepala, cirit-birit dan gila. Jika racun itu terkena pada dos yang sangat tinggi, jangan hairan jika mangsa mengalami koma atau mati serta merta.’’ Jelas Dr. Khan penuh semngat bercerita tentang fakta bunga tersebut.

Saat itu, anak mata Suri Kartika bergetar dan terpancar penuh sinar tatakala telinganya mendengar perkataan Lady Laurel. Seingatnya itu adalah bunga yang pernah ditanya oleh adik bongsunya, Suri Mariam sedekad yang lalu. Seraya itu juga hatinya diruntun hiba bila mengenang momen terakhir adik beradiknya lesap dari hidupnya sekelip mata. Dan dia percaya kesemua adiknya berada dalam kenderaan hitam milik lelaki berhati iblis, Wak Mus.

Di sebalik fakta bunga beracun yang sedang diterangkan oleh dr. Khan itu. Tidak semena-mena Suri Kartika melepaskan satu keluhan seakan erangan kesakitan, kedua telinganya ditelangkupkan dengan kedua tangannya manakala buku teksnya ditutup kuat lalu dia bingkas keluar. Kelakuannya itu mengundang kehairanan seluruh kelas.

‘Dah kenapa dengan minah ni? Datang bulan ke?’ getus hati Khairil yang turut kaget dengan tindakan Suri Kartika sebentar tadi.

Tamat sesi kuliah, Khairil bingkas balik ke rumah kedai yang disewakan kepada Suri Kartika . Berkali-kali dia memanggil nama gadis itu, namun tak berjawab. Panggilan dan mesej dibiar sepi tanpa jawapan. Sudahnya Khairil membiarkan sahaja Suri Kartika mencari ketenangan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience