BAB 8

Other Completed 6176

TOK TOK TOK

“Eh , Kartika, masuklah,” Doktor Suzy mempersilakan Suri Kartika masuk ke dalam makmal di mana dia membuat ujikaji dengan bunga-bunga yang setia menemaninya.. Sebagai ahli botanis, makmal khas yang dihiasi dengan ratusan jenis bunga ini adalah perkara biasa baginya.

Suri Kartika melangkah masuk dengan perasaan teruja. Dia datang ke sini bersama Doktor Khan , yang juga suami kepada Doktor Suzy Puas jugalah Kartika memujuk Doktor Khan untuk membawanya bertemu Doktor Suzy . Alang-alang bawa berjumpa Doktor Suzy ,dia pun pergi sekalilah ke makmal bunga yang sering diceritakan Doktor Khan dalam bilik kuliah. Sejujurnya dia juga agak terpesona.

Doktor Suzy kemudian membawa Suri Kartika melalui setiap lorong yang menempatkan pelbagai bunga-bungaan dan tumbuhan herba lain. Sudah seperti lawatan sambil belajar, bezanya hanya Suri Kartika seorang sahaja pelawatnya. Sungguh istimewa layanan yang diterimanya. Menurut Doktor Suzy, jika Suri Kartika mahu kenal semua bunga yang ada di makmalnya, ia pasti akan ambil masa lebih dari seminggu dan ada masanya sebulan bergantung pada individu.

“Jadi , ada bunga tertentu yang kamu mahu lihat?” tanya Doktor Suzy cuba memendekkan lawatan Suri Kartika di makmalnya bimbang Kartika bosan dengan caranya memberi penjelasan dan dia juga mahu Suri Kartika berasa selesa.

“Ya, Ada,” jawab Suri Kartika.

“Nicem may I know what kind of flower?”

“Tak ingat tapi nama bunga tu sama dengan nama pembaca berita Daphne Iking tu,”

“Huh? Wah menarik cara awak mengingati bunga dengan mengaitkannya dengan orang. Cara belajar yang bagus,” Dr Suzy ketawa kecil.

“Sebenarnya , bunga Daphne,”

“Ya , Bunga Daphne atau lenih indah dipanggil Lady Laurel. Kenapa berminat nak tengok bunga tu?’’

“Er…” Kartika mengerah otaknya untuk cari alasan yang sesuai tapi belum jumpa yang sesuai.

“Ni gerenti sebab laki saya yang bagitau kan?,”

“yelah tu!”

“Hai, macam-macamlah suami saya tu. Entah kenapa dia obeses sangat dengan dengan bunga tu. Kamu tahukan yang bunga beracun?”

Suri Kartika mengangguk.

“Jadi masih berminat nak tengok ke Suri Kartika?”

“Yes im ready,”

“Okay. Kalau kamu nak tengok, jom ikut saya. Bunga yang beracun ni saya simpan kat tempat khas tau bimbang kalau terkena sesiapa, so tak ada lah nanti penjahat yang datang merompak bunga beracun saya tu.Sebab ia boleh jadi senjata yang berbahaya,” Doktor Suzy berseloroh namun ia disapa sunyi oleh Suri Kartika.

Doktor Suzy kemudian membawa Suri Kartika masuk ke bilik khas yang menempatkan tumbuhan beracun kegemaran suaminya itu.

“You may touch it, sentuhlah,” Doktor Suzy mempelawa Suri Kartika.

“bukankah ia beracun, seluruh tubuh bunga ini beracun?” Kartika seakan teragak-agak untuk menyentuh bunga itu.

“Oh. Bukanlah, kalau ekadar sentuh ia masih okay lagi, tiada mudarat. Yang beracun adalah getah dan buahnya, sekadar sentuh masih selamat. Kita kena ekstrakkan racun dari bunga ini. Selain itu, andai kata kita termakan, kandungan cecair dalam badan kita yang akan mempengaruhi kuasa racun dalam tumbuhn ini. Ia akan menentukan sama ada ia menjadi racun atau selamat dalam badan kita.’’ jelas Doktor Suzy dengan penuh semangat. Sudah lama dia tak beri penjelasan apalagi dihadapan pelajar yang begitu berminat pada tumbuhan.

Tok tok tok

Doktor Khan memberi isyarat ada orang telefon di balik pintu kaca bilik khas bunga beracun kepada isterinya, Doktor Suzy .

“Er, Kartika, kamu tengok-tengoklah tumbuhan ni dulu. Cuma jangan sentuh apa yang sudah ada kat atas meja. Saya nak ke pejabat sekejap ya, help yourself but be careful dear,’’ ujar Dr. Suzy tersenyum manis.

Suri Kartika mengangguk senyum sambil hatinya sudah tidak sabar lagi.

Doktor Suzy kemudian bingkas keluar dari bilik khas. Suri Kartika pula leka memerhati bunga Lady Laurel itu. Dia mengusap manja tumbuhan itu, seakan dia mengusap manja Suri Mariam pada hari terakhir dia menyentuh adik bongsunya itu di muka bumi. Rindu menyelubungi dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience