BAB 2

Other Completed 6176

“JAHANAM! PENIPU! Tak sedar diuntung!”

Berpuluh-puluh tumbukan padu dari wak mus menyinggah tepat ke muka ayah Suri sewatu ibu dan ayah suri berniaga di pekan. Khabarnya insiden itu terjadi semasa ayah dan ibu suri ligat berniaga pati minyak gamat dan produk kecantikan kulit kepada penduduk sekitar yang singgah di pasar pagi pekan itu. Tak semena-mena datang sekumpulang samseng dengan senjata tajam diketuai wak mus datang membuat onar dan membelasah wak mus tanpa belas sekaligus memusnahkan tapak perniagaan mereka.

“Kau ni umpama tikus datang mencuit harta aku dan dalam diam kau bawak lari ya. Lidah kau janji hujung bulan, kau bodoh dan benak ke untuk kira yang sekarang ini dah pertengahan bulan?’’ jerit wak Mus sambil melepaskan tumbukan lagi tepat mengena perut ayah Suri.

Dek kerana tumbukan itu muka ayah dipenuhi darah, tendangan demi tendangan mengena perutnya membuatkan dia terbatuk darah, badannya bengkok cuba menahan kesakitan. Dalam pada dia menahan diri dari dibelasah dan menahan perit pedih sakit, matanya sempat meliar mencari si isteri mahu menitipkan pesan agar keselamatan anak dilindungi dan jangan dilepaskan walau apa yang terjadi padanya.

“Wak, macam mana sekarang? Tauke Ah Beng dah bising. Banyak duit habis bagi hutang, sekarang dia sudah mahu minta fund balik dari kita,” ujar salah seorang pengagak ke telinga wak mus.

Wak Mus kemudian membongkokkan badan dan mengenggam baju ayah Suri Kartika memaksa ayahnya untuk bangun. ‘’Hoi setan, Aku nak duit aku balik, mana? Mana!? Pulangkan!”

Dengan tangan terketar-ketar, ayah memasukkan tangannya ke dalam poket seluar namun belum sempat dia mencapai sesuatu, laju saja Wak Mus menyuruh orang suruhannya untuk merampas sendiri duit dalam kocek seluar ayah. Ayah hanya diam, sikitpun tidak melawan.

“Kau bergurau ke dengan aku ni syaitan! Duit syiling je!” ledakan amarah Wak Mus sudah sampai ke kemuncaknya. Sudah tidak ada peluang yang tersisa. Lantas, satu tumbukan maha kuat disasarkan tepat ke muka ayah Suri Kartika menyebabkan ayah tersungkur jatuh serta merta.

Usai membalaun ayah suri, wak mus lagaknya sudah hilang arah. Termundar-mandiri menggaru kepala yang tak gatal mahu menyelesaikan kekusutan yang dialaminya. Dia memberi hutang pada ayah suri dengan harapan ayah suri dapat menjelaskan hutang tersebut pada masa yang dijanjikan namun sudahnya ia gagal dan dalam masa yang sama dia mengambil risiko berhutang dengan tauke besar yang terkenal dengan kezaliman lebih dashyat daripadanya. Ini semua gara-gara dia kalah judi teruk. Meskipun bunga dari hutang sudah dibayar, namun ia masih belum mencukupi membayar hutangnya pada tauke tersebut. Dalam pada dia cuba mencari jalan, kakinya tak berhenti menyepak ayah suri yang lunyai terlentang bagai orang tidak bernyawa.

“Amacam ni wak, tauke kata dia nak jumpa wak sekarang,” ujarorang suruhan Wak Mus yang baru sahaja dihubungi oleh pembantu tauke besar itu.

“Bedebah!! Yang si tauke cina ni pun satu la hai! Tak reti sabaar” tempelak Wak Mus pula . “Korang si Hazli dengan isteri dia ni. Aku kalau boleh sudah tak nak tengok muka dia orang kat atas muka bumi ni lagi. Pandai-pandai korang habiskan riwayat laki bini keparat ini!” arah Wak Mus serius.

“Habis tu nak bakar atau tanam wak?’’ tanya orang suruhan wak selamba.

Serta merta ayah suri yang tadinya lemah tidak bermaya menjerit panik.

‘’Wak Mus , tolonglah kasihani saya, janganlah sezalim ini wak mus. Saya ini sumber rezeki keluarga, ada sepuluh anak di rumah menanti untuk diberi makan. Kalau wak bunuh kami berdua dah tu siapalah yang menjaga anak-anak saya, bagaimanalah nasib mereka nanti?’’ tangis ayah suri meminta belas simpati.

‘’HAAAA! Tau pun fikir masa depan anak kau, masa pinjam dan tak bayar tak ada pula kau fikir masa depan anak kau. Kau bukan tak tahu risiko yang kau akan dapat bila kau lambat bayar atau tak bayar hutang aku kan? Tak mengapa jangan risau, kau laki bini boleh tidur dengan aman, biar aku jaga anak-anak kau bagai menatang minyak yang penuh ya.’’ Jawab Wak Mus sinis namun ada nada ceria.

‘’Tolonglah wak mus, ampun wak musm saya sembah wak dan sujud di kaki wak mus, bunuh saya sahaja wak mu. Saya yang bersalah, ambillah nyawa saya ini wak mus. Lepaskan isteri dan anak-anak saya,mereka tidak salah,’’ rintih ayah suri sambil men=megang kedua pergelangan kaki wak mus, berkali-kali diciummnya kaki wak mus memohon belas buat terkakhir kali.

“J… Jangan! Bunuh saya seorang je, Wak Mus ! Bunuh saya je! Saya yang salah. Lepaskan isteri saya, lepaskan!” teriak ayah Suri Kartika sambil menggenggam erat kain seluar di bahagian pergelangan kaki Wak Mus .

Kepala ayah suri ditekan melekat ke tanah sebelum di tending dengan kuat oleh wak mus. Tidak lama kemudian dia beredar bagai tiada apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience