BAB 4

Other Completed 6176

Satu dekad berlalu…

“RIndu hati tidak terkira, Oh Ayah, oh ibu mana ayah dan ibu menghilang tanpa khabar, saban hari selama sepuluh tahun Suri Kartika menanti kepulanganayah ibu tapi tak kunjung tiba.’’ Bisik Suri Kartika dalam hati samil menatap foto mereka sekeluarga sewaktu berkelah di Sungai Kalumpang suatu ketika dulu. Wajah adik-adiknya yang ceria menjentik kerinduannya.

‘’ Suri Kartika akan cari adik-adik Suri Kartika ayah, ibu, doakan agar kita dapat berkumpul semula suatu hari nanti ya,’’ ujar Suri Kartika lagi sambil menyekah linangan airmata yang mengalir di pipinya. Frame gambar itu didakap erat melekap didada. Siang malam dia tidak putus berdoa agar kesemua adik beradiknya sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Bunyi telefon bimbitnya yang bernada deringkan lagu Siti Nurhaliza , ‘Tuhan Jagakan Dia Untukku’ memecah kesunyian.

‘’assalammualaikum…’’ jawab Suri Kartika.

‘’Waalaikumsalam, wey gadis aku dah ada di bawah, turun cepat.’’

‘’Eh, siapa pulak ni, kenalkan diri dulu boleh tak?’’

‘’Kau bergurau ke apa, tak simpan nombor fon aku lagi kan? Ini peminat setiamu, Khairi. Turun cepat toksah nak meratap sendu hiba.’’

“Ish scary mamat ni?” Suri Kartika kehairanan. Bagaimana lelaki satu sekampusnya itu tahu yang dia sedang meratap hiba walhal dia berkurung dalam bilik pintu terkunci dan tidak ada seorang pun tahu? Takkan dia ada pasang CCTV?’’

‘’Wei tenggiling! Macam mana kau tahu apa aku buat? Kay menyelinap masuk dan pasang kamera litar ke kat bilik aku ni. Akuakan laporkan pada pihak Universiti nanti,’’ Suri Kartika memberi amaran.

“Eh apahal! Chill dulu boleh tak, jangan main tuduh tak berasas ya. AKu pun boleh saman kau ni tak menuduh tanpa fakta, ini fitnah namanya.’’

“Dah tu dari mana kau tahu aku menangis atau apa jga aktivit aku buat dalam blik ni? Apa lagi kalau bukan kau menhendap. Stalker! Pervert!’’

“Hello! Ini kan kan zaman socmed okay. Apa benda pasal kau yang orang tak tahu kalau semuam maklumkat ada di hujung jari. Silap haribulan kau berak batu pun orang tahu tau. Tanya aku, lagi pura-pura terkejut. Dah kau yang update status kau kata kau diserang rindu rawan dan menangis tak berlagi bagai, budak darjah enam pun tahu yang kau tengah bersedih,’’ panjang lebar Khairil menjelaskan pada Suri Kartika.

‘’Dah, kau turun sekarang, kau ingat kau Juliet ke aku nak tunggu berjam-jam, kau ada kaki kan? Bolehlah jalan sendiri tak payah aku teman.’’ Ugut Khairil pula.

“Fine. Kejap je. 10 minit, eh 5 minit aku siap,” panggilan ditamatkan, Suri Kartika mencapai beg galasnya lalu berlari ke tingkat bawah bersiap untuk ke kampus. Lif rosak, sudahnya dia kena menuruni tangga dari tingkat 9 ke tingkat bawah.

Sementara itu Khairil setia menanti sambil termenung di kedai runcit bawah kediaman Suri Kartika. Tiba-tiba dia tekenang pada memori perkenanlan mereka tiga tahun lalu.

Ketika itu Suri Kartika baru sampai dari kampung dan sedang sibuk mencari tempat tinggal. Nasib baik kedai kepunyaan keluarganya dibuka untuk disewa. Kebetulan dia memang menaruh hati pada gadis itu, jadi dia menawarkan rumah kedai itu untuk disewa oleh Suri Kartika dengan harapan Suri Kartika akan menaruh perasaan yang sama sepertinya. Namun hari silih berganti dan tahun demi tahun berlalu, gadis itu tetap tidak ada sebarang idea bahawa lelaki ini mencintainya. Riak wajahnya seperti biasa, tiada sebarang respon romantis walau banyak hint yang diberikan pada Suri Kartika. Akhirnya dia tewas pada gadis itu, jika sudah ditetapkan had mereka sekadar kawan baik, maka Khairil hormati keputusan gadis pujannya itu.

“Pergh!!! Lima minit zon mana kau ikut Joyah Oi? Kau cuba tengok jam kau, ni nak masuk 20 minit aku tungga kau,’’ ujar kata Khairil sambil mengipas wajahnya dengan menggunakan tangan.

“Hek eleh kau ni kecohlah, aku kalau bukan sebabkan lif rosak, dalam masa 1 minit aku dah terpacul depan muka kau siap sekeh kepala kau ni, tapi lif rosak sudahnya aku kena turun tannga,’’ ucap Suri Kartika sambil tercungap-cungap.

Ala, kau bukan tak tahu. Aku ni bukan spesis kambing macam kau, kena air sikit terus keluar dari bilik air,” ejek Suri Kartika .

‘’Banyaklah alasan kau ni tenuk! Lembab macam siput babi!’’

‘’Apa? Siput babi kau kata! Meh sini kau aku nak bedal!’’ jerit Suri Kartika sambil mengejar Khairil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience