BAB 10

Other Completed 6176

Suri Kartika ! Suri Kartika! Berulang-kali melaung nama Suri Kartika di rumah sewa gadis itu. Doktor Khan bertambah gelisah apabila mendapati tiada satu jawapan pun kedengaran. Lantas Doktor Khan menaiki tangga menuju ke kediaman Suri Kartika . Khairil menuruti Dr. Khan dari belakang.

TOK! TOK! TOK!

Sepi, masih tak berjawab. Dan Kali ini Doktor Khan mengulangi ketukan pintu. Ulangan ketukan itu semakin kuat sehingga hampir-hampir sahaja pintu rumah itu roboh.

“Er, sabar, bawa bertenangDoktor Khan . Saya ada kunci pendua kalau Doktor Khan nak,” Khairil bersuara takut-takut apabila melihat Doktor Khan seperti tertekan dan jadi orang lain.

“Kenapa baru cakap sekarang? Ha apa tunggu lagi!?” bentak Doktor Khan hilang sabar dengan kelakuan Khairil.

“Baiklah,” segera Khairil membuka pintu yang berkunci itu.

Doktor Khan meluru masuk, diikuti Khairil yang kehairanan melihat Doktor Khan seakan meliar mencari sesuatu. Habis selerak rumah Suri Kartika dibuatnya. Khairil memencilkan diri apabila mendapati tindakan Doktor Khan seperti orang yang tak tentu arah. Segala barang Suri Kartika bertaburan di lantai.

“Doktor Khan cari apa sebenarnya?” tanya Khairil .

“Saya cari Bunga beracun tu,” jawab Doktor Khan tegas.

“Bunga? Takkan nak cari bunga sampai macam ni sekali. Apa! Bunga beracun!’’ herit Khairil.

“Suri Kartika dah bawa lari bunga beracun dari makmal bunga isteri saya. Silap hari bulan, saya tak sedap hati. Besar kemungkinan ia digunakan untuk perkara yang tak baik. Saya tak mahu disebabkan dendam orang lain, nama saya dan isteri terpalit sama dengan jenayah pelajar bernama Suri Kartika ini. Boleh jadi kamu pun terlibat sama.’’ Jelas Dr.

“Saya?! Kenapa pulak!’’ Khairil hanya mampu menelan air liur risau. Segera dia menelefon Suri Kartika . Namun tak berjaya kerana telefon bimbit Kartika telah dimatikan dari tadi lagi.

“Kamu call siapa tu Khairil?”

‘’ Suri Kartika ,”

“Percuma saya, Dah berates kali saya call tapi dia , tapi dia dah off. Ada sesuatu tak kena ni.,”

Gulppp!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience