BAB 6

Other Completed 6176

Sudah hampir sejam perjalanan, akhirnya Suri Kartika keluar dari teksi yang dinaikinya. Bagai tidak percaya yang kini dia memijakkan kaki di halaman rumah lamanya.

“Thank you uncel,” ucap Kartika kepada pemandu teksi berbangsa cina itu.

Gadis itu berdiri sambil matanya melilau memerhatikan setiap penjuru rumah yang ditinggalkannya hamoir sepuluh tahun lamanya. Halaman rumahnya sudah tak ubah seperti semak samun, dinding rumah sudah dimakan kulat dan atap rumah sudah banyak yang tercabut ditiup angina agaknya. Sudah sekian lama ia usang ditinggalkan tanpa kelibat manusia, mungkin ia dihuni pelesit dan hantu.

Kemudian matanya terpana pada satu pepohon mekar merimbun tidak jauh dari tenpatnya berdiri. Ya disitulah mereka sekeluarga mencipta keindahan dan kebahagiaan sebagai sebuah kelaurga, berkelah penuh sederhana namun kaya dengan bahagia walau hanya duduk di bawah pohon rendang itu. Tapi disitulah tercipytanya gelak tawa mereka sekeluarga.

Kakinya dihayun menuju ke arah pokok tersebut. Dia melabuhkan punggungnya pada tempat du Mindanya menerawang duk yang diperbuat daripada simen hasil tangan ayahnya. Fikirannya menerawang pada segala momen yang pernah dikongsi mereka sekeluarga, suara tegas ayah, teriakan dan bebelan ibu mengawal mereka yang degil, hilai tawa dan gelagak adik beradiknya. Telatah comel Suri hatinya, Suri Mariam yang petah berbicara dan sering muncul dengan soalan boleh tahan bijaknya. Argh semua kenangan itu datang menerpa, mengetuk pintu rindu, airmatanya mengalir deras. Mahu saja dia kembali ke masa lalu, mahu dia mendakap erat kedua ibu bapanya yang pergi tanpa sebarang pesan, serta adik-adiknya yang hingga kini tidak tahu khabar berita.

‘Astagfirullah… berat dugaan ini namun aku tahu ada hikmah dari-NYA.’ keluh hati Suri Kartika merintih.

Sedang asyik gadis itu mengelubungi memori silamnya, muncul seorang lelaki tua berusia dalam lingkungan awal atau pertengahan 50-an melalui rumah itu.

Suri Kartika diulit memori indah nan lara, seorang lelaki tua dalam lingkungan usia 50-an melewati kawasan rumah nan usangnya.

‘’Eh itu bukan Wak Mus?’’ tebak Suri Kartika. Ya dia memang cam benar, mana mungkin dia lupa raut wajah lelaki itu meskipun wajahnya sudah penuh dengan misai putih yang menebal.

Dalam kesamaran dek pandangan matanya yang semakin kabur, Wak Mus terlihat akan kelibat Suri Kartika yang sedang duduk di bawah pepohon yang merendang itu. Matanya terjojol cuba untuk mengecam muka Suri Kartika . Dan Wak Mus yakin selama bertahun-tahun lamanya ini kali pertaman dia melihat raut wajah gadis itu. SUngguh cantik belum ada anak dara yang bisa menandingi kecantikannya. Ya, sudah pasti itu adalah anak Hazli, salah seorang korban bunuhnya sepuluh tahun yang lalu. Tanpa berlama, wak mus segera meneruskan perjalannnya, dia hanya membiarkan gadis itu duduk tanpa diganggu. Muncul rasa takut dalam dirinya kalau-kalau kelibat itu adlaah entity yang menjadi bualan orrang kampung kononnya jelmaan roh penghuni rumah ini dentayangan.

Tanpa dissedari lelaki tua itu, Suri Kartika segera bangun. Perlahan-lahan dia mengekori Wak Mus yang tetap berjalan tanpa menoleh ke arahnya. Senyap sahaja langkah tua Wak Mus . Tak sangka, pesanan penduduk kampung tentang agar jangan menoleh belakang sekiranya ada makhluk lain mengekorinya dipatuhi wak mus.

“HAAAAACHUMMM!!’’ tidak semenan-menan bunyi bersin dari Suri Kartika memecah suasana

“Makkkk ! Hantuuuu! Hantu!” teriak Wak Mus berlari bagai orang tak cukup tanah.

Kelakuan pelik orang tua itu menjentik rasa ingin tahu gadis itu. Suri Kartika memerhati penuh kehairanan. Tetap juga Suri Kartika mengekori Wak Mus . Maklumlah Wak Mus sudah berusia 50-an, lariannya pun bukan setangkas Watsion Nyambek, bahkan pelajar sekolah rendah pasti boleh memintas larian orang tua itu. Suri Kartika tetap mengejar sehinggalah dia tiba di perkarangan rumah Wak Mus.

Ligat anak mata Suri Kartika mengekori pergerakan Wak Mus yang masih berlari terketar-ketar menaiki tangga rumah kayunya. Kelihatannya isteri Wak Mus juga terperanjat dengan kehadiran Wak Mus yang muncul bagai orang baru lihat hantu.

“Dah kenapa abang ni!?” tempik Ibu Surti , isteri Wak Mus berlari panik melihat suaminya.

“Surti ada Ha… Hantu…” jawab Wak Mus menggeletar.

“Merepeklah abang Mus ni, manalah ada hantu siang-siang hari macam ni. Kalau ada pun messti budak-budak kampung yang nakal hujung kampung tu ha, tak habis-habis dok sakat abang.”

“Be… Betul Surti . Aku… Aku nampak dengan kepala mata aku sendiri… Dia… Dia kat rumah arwah Hazli tu ha…”

Nama yang disebut dari bibir lelaki tua itu menjentik sanubari Suri Kartika . Suri Kartika yang pada mulanya mahu menyapa orang tua itu bagaikan tersentak mendengar nama bapanya disebut sebagai ‘arwah’. Apakah Wak Mus tahu Sesutu yang dia tidak tahu?

“Sudah, tak nak merepek bang,” Ibu Surti enggan mempercayai kata-kata suaminya itu. Dan saat itu juga kelibat Suri Kartika muncul dihadapan pasangan itu.

‘’HANNNNN.. HANTUUU!’’ jerit Wak Mus menutup matanya apabila ternampak Suri Kartika berdiri di hadapan rumah dengan riak wajah bengis.

“Di Mana bang!? Mana!?” tanya Ibu Surti yang turut diserang rasa takut. Menggigil sehingga rasa mahu terkucil saat itu.

“Tutup mata! Jangan pandang! Nanti dia rasukdalam badan kita!”

“Okay bang okay! Ya Allah, itulah bang, Surti dah pernah kata. Dosa silam yang abang buat dulu tak mudah untuk dihapuskan bang.’’ Ujar ibu Surti lalu pasnagan suami isteri itu saling memeluk ketakutan. Mata mereka saling terpejam enggan membuat eye contact pada Suri Kartika .

“Wei… hantu betina !” tegur Wak Mus memberanikan diri barangkali sudah tidak tahan diburu hantu.

“Kau bagitau aku kau nak apa sebenarnya??” tanya orang tua itu lagi.

Namun Suri tidak mempedulikan tentang gelaran hantu yang diterimanya. Ia picicsan berbanding dengan frasa arwah yang disebut orang tua ot. Baginya itu memerlukan penjelasan.

“Kau dah kenapa ganggu kami. Shoooo nyah kau dari sini,’’tempik Wak Mus lagi.

“Sekarang kau bagitahu aku mana kau sorok arwah Hazli?” tanya Suri Kartika serius, pandangannya tajam merenung orang tua itu.

“Ei mana aku tahu mana lelaki keparat tu!’’

“Kau jangan tipu!!!!” bentak Suri Kartika sambil menendang salah satu pasu bunga. Bunyi kaca dari pasu bunga itu kedengaran menghempas lantai.

“Bang o bangm Jawab je lah, bang!” paksa Ibu Surti kerana dia ssudah tiidak sanggup lagi dibelenggu ketakutan atau dirasuki roh jahat membalas dendam.

“Ya ya ya! Diorang semua dah mati, Laki bini aku suruh bunuh, anak-anak diorang aku diorang pun dah mati. Itu kekejaman yang aku lakukan dulu dan sekarang aku sudah bertaubat. Ya aku tahu itu salah aku dan aku sudah tidak buat kerja tu lagi. Aku dah bertaubat!’’ teriak Wak Mus bersungguh-sungguh.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan Wak Mus , Suri Kartika terjelupuk terduduk meraung menekup kedua mukanya. Gadis sudah todak dapat membendung lagi emosinya. Sungguh dia tak menduga akan mendengar khabar duka nan tragis ini. Sungguh penantiannya selama ini sia-sia.

‘’Ayah! Ibu! Adik!!!’’ raung Suri Kartika dalam esak yang kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience