BAB 3

Other Completed 6176

“Kakak Suri, yang ni apa?” tanya Suri Mariam , adik suri Kartika yang paling disayangi, satu-satunya adik perempuan berusia tujuh tahun yang yang dia ada. Hanya mereka berdua sahaja beradik perempuan manakala lapan orang lagi adi-beradiknya semua lelaki.

“Oh yang itu Bunga yam sayang,” jawab Suri Kartika ringkas sambil tangannya logat menggaul lauk ikan goreng masak lemak hasil pemberian jiran sebelah.

“Wah cantiknya, tapi yang ni bunga apa kak suri?” tanya Mariam lagi sedikit pelat.

Walaubagaimanapun soalan Suri Mariam itu tida dapat dijawab kerana dia sendiri pun tidak pasti bunga spesis apakah itu, kerana ia jarang ditayangkan di dalam buku apatah lagi ia jarang ditemui di kawasan perumahan mereka.

“Hurm yangi ini kalau tak silap Lad…ye… Lau…rel.. eh tak terbelit lidah kakak nnak menyebutnya” Suri Kartika membaca penerangan bunga yang terter pada buku yang dipegang oleh Suri Maryam itu .

‘’Kalau ikutkan gambar, ia berada dalam kelompok Bunga jenis Daphne tapi ia lebih dikenali sebagai Bungan Lady Laurel.’’ Jelas Suri Kartika.

“Peliknya nama, macam nama orang. Cantik tapi menakutkan. Bunga apa tu kak?”

Aduh, bukan main susah lagi Suri Kartika hendak menjawab soalan adiknya itu. Dan adiknya yang semakin hari semakin bijak untuk eksplore duniamasih menunggu dengan penuh sabar jawapan pada pertanyaannya tadi.

“Bunga apa tu, kak?” tanya Suri Mariam lagi penuh pengharapan.

“Eh Mariam ni, Entahlah. Akak pun tak pernah tahu dan tak pernah jumpa. Kenapa ni? Kenapa adik berminat sangat nak tahu, suka ke dengan Bunga ni?

‘’Ya suka lah akan, yam suka sangat,’’ jawab Suri Mariam penuh girang.

“Baiklah kalau macam tu, nanti kalau akan keluar ke pekan akan pergi kedai Bunga dan carikan bunga ni untuk adik ya?’’

‘’Betul ke kan? Yeayyy sayang akak tika!’’

Apalagi, mendengar saja kata-kata dari kakak kesayangannya sudah cukup membuatkan Suri Mariam berlari ceria mengelilingi di kawasan sekitar laman rumah mereka yang dipenuhi dengan adik beradik lelakinya yang masing-masing sibuk membuat hal mereka, kesemua abang-abangnya mash berusia dalam lingkungan usia lapan hingga 14 tahun. Walau kesemua mereka lelaki, namun hubungan mereka adik beradik sangat akrab bahkan mereka semua melayan Suri Mariam tak ubah seperti puteri kecil mereka.

‘’Hoi budak-budak anak keparat!’’ jerkah satu suara lelaki asing menghampiri mereka.

Suri Mariam dan adik beradiknya yang lain saling memandang kehairanan wajah Wak Mus yang datang bersama senyuman berbeza betul sewaktu kali pertama kunjungan orang tua itu yang mengmuk. Lagak padangan wak mus saling tak ubah seperti pemangsa cuba menerkam mangsa bila-bila masa sahaja.

“Kau orang tengok apalagi, takkan nak tercegat sahaja! Ni habuan besar kita. Tangkap mereka semua, jangan terlepas walau seorang pun!’’ arah wak mus kepada pengikutnya yang datang mengepung mereka adik-beradik.

“Kakak tika!!!!”

Teriakan Suri Mariam memenuhi segenap penjuru rumah. Suri Kartika pantas keluar dari dapur dan mencari arah suara jeritan adik perempuannya itu namun dia gagal menemuinya. Hanya kepulan asap hitam menebal dari kereta vellfire hitam meninggalkan perkarangan rumah mereka dan saat itu juga dia sedari adik-adiknya sudah tiada. Laman yang tadinya ceria dengan suara riuh adik beradiknya kini sunyi sepi, yang ada hanya dia.

“Allahuakhbar, adik aku!” dengan segala kudrat yang ada, Suri Kartika berlari mengejar kenderaan tersebut dan sempat dia melihat kelibat adik perempuannya dan adik beradiknya yang lain meronta-ronta pada belakang cermin kereta. Puas dia mengejar namun akhirnya Suri Kartika akur bahawa dayanya sudah semakin hilang, dia tidak mampu menandingi kelajuan kenderaan itu. Ia tiada kuasa bionic,hanya makhluk Allah yang biasa. Batas kudratnya hanya setakat itu untuk mengejar dan menyelamatkan adik-adiknya. Dia terjelupuk kepenatan di atas jalan raya bersama esakan tangis kuat. Perlahan-lahan kelibat kereta itu hilang dari pandangan matanya.

Langkahnya lesu pulang ke rumah. Sendirian dan buntu, dia akui tidak mampu melakukan apa-apa melaainkan hanya menanti kepuangan kedua ibu bapanya. Mlam itu dia terlena selepas berjam-jam berendam airmata dan menanti kepulangan ayah ibu tercinta yang tak kunjung tiba. Lauk yang dimasak dibair tidak ditutup mahu disentuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience