BAB 9

Other Completed 6176

“Wei, Kartika. Kau kenapa sejak kebelakangan ni aku tengok kau ni macam lain macam. Aku tegur kau buat dunno,” sapa Khairil apabila terserempak dengan Suri Kartika yang baru keluar dari bilik kuliah.

Suri Kartika berjalan laju diam membisu

“Wey Suri Kartika Binti Hazli, aku cakap dengan kau ni,” Khairil cuba menarik perhatian Suri Kartika namun masih tidak diendahkan.

Namun Kartika masih berjalan membisukan diri. Wajahnya serius, tidak seperti sebelumnya.

Khairil menggarukan kepala bingung. “Dah rasa macam bercakap dengan tunggunsaja diani.Sabar je lah,” Khairil mengalah tapi anak matanya masih mengekori langkah Suri Kartika yang semakin laju,

Suri Kartika segera menahan sebuah teksi dan dalam sekelip mata dia hilang bersama teksi tersebut.

Beberapa minit kemudian kereta Mazda hitam berhenti mengejut berdekatan Khairil . Bunyi enjin berdesing di telinganya, Khairil terpinga-pinga tidak mengerti apa yang terjadi.

“Khairil, kamu ada nampak Suri Kartika tak?” tanya Doktor Khan dari tingkap kereta Mazda hitam itu. Rupa-rupanya pemandu Mazda hitam yang hampir membuatkan jantung Khairil meletup ialah pensyarahnya sendiri.

“Ish Doktor Khan . Ingat siapa tadi. Er, Doktor Khan nak cari dia sebab apa? Dia baru jen naik teksi tadi”

Belum sempat Doktor Khan bersuara menjawab, telefon pintarnya berbunyi.

“Hello, sabar yang… Abang tengah cari dia la ni. Sayang tunggu kat rumah je, jangan call polis lagi. Biar abang selesaikan dulu masalah ini dengan student abang sendiri, okay? ... Okay, abang janji. Abang akan pastikan semuanya akan terkawal.. Abang kenal perangai dia… Sayang jangan risau eh. Okay, bye!” riak wajah Doktor Khan resah sejurus menamatkan panggilan dengan isterinya,

Khairil dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan sesuatu itu pasti ada kaitannya dengan Suri Kartika . Khairil memberanikan diri bertanya, “Ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

“Eh, tak ada apa-apa. Saya sebenarnya nak cari Suri Kartika . Itu je,” jawab Doktor Khan .

“Oh… Kalau nak cari dia tak susah, Doktor Khan ,”

“Tak susah? Maksudnya kamu tahu kat mana dia tinggal,”

“Oh sudah pasti saya tahu sebab sayalah tuan rumah kepada rumah seewa yang disewa Suri Kartika.’’ Ujar Khairil.

‘’Bagus! Apakata awak bawa saya ke sana, boleh?’’

‘’Boleh tapi saya nak ikut doktor!’’

‘’Eh kamu ni main-main, ini antara soal hidup dan mati!’’

‘’ALah tak susah manapun, saya ikut je, itu tak penting berbanding misi doktor nak cari Suri Kartika yang menurut saya lagi penting saat ini.’’ Balas Khairil pula yang sudah menyisipkan tali pinggang keselamatan.

Mahu tak mahu Dr. Khan menurut saja.

Peluh membasahi dahinya. Tangannnya meggeletar.

Ya Allah, betulkah apa yang aku cuba lakukan ni, bisik hati kecil Suri Kartika . Dia sebenarnya sudah tidak tentu arah.. Cepat-cepat Suri Kartika membuka beg tangannya dan mengeluarkan bungkusan plastik kecil. Di dalam bungkusan itu, ada bunga Daphne yang dicurinya dari makmal Dr. Suzy.

Sungguhpun Wak Mus memohon ampun padanya namun ia belum cukup mensirnakan dendam kesumat yag membara dalam dirinya. Dia nekad mahu meracuni Wak Mus sehingga nafas orang tua itu berada di ambang sakaratulmaut. Dia mahu melihat mata Wak Mus memutih menahan sakit. DIa mahu orang tua itu merasakan deritanya atas segala dosa yang telah dilakukan oleh orang tua itu pada mereka sekeluarga. Dia mahu orang tua itu mati.

Tapi di dalam hatinya yang terdalam, hatinya teragak-agak, dia masih teringat akan kekusaan Tuhan. Dia sedar yang kini menurut dendam dan marah serta hasutan syaitan. Namun rawan dan duka hatinya sudah tidak bisa dirawat. Walau dia tahu betapa manusia bisa saja mengambil kerja Tuhan secara membuta tuli namun itu belum cukup membuat dia sedar akan dosa yang bakal dilakukannya.

“Miss , dah sampai,” suara pemandu teksi menghentikan lamunan panjang Suri Kartika yang sarat dengan perang emosi.

Suri Kartika membayar tambang teksi dan seterusnya bergegas keluar Dia turun dari teksi di hadapan rumah lamanya. Kali ini Rumah lamanya itu ditenung sambil sebelah tangannya menggenggam bungkusan plastik yang tersimpan bunga Lady Laurel. Hari ini segala hutang nyawa akan dibalas dengan nyawa. Dia sudah nekad.

Suri Kartika kemudian memanjangkan langkah ke rumah Wak Mus dengan semangat berapi-api.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience