BAB 6

Horror & Thriller Completed 8014

Cari cari si aku cari,

Cari damping malam berseri,

Mari mari pintaku mari,

Mari mari jelmakan diri.

Aku lagi bang wingo wingo,

Jin setan kang tak utusi,

Jin setan kang tak utusi,

Dadyo sebarang,

Wojo lelayu sebet.

Pukul 10.45 malam.

Terketar-ketar tangan Sapuan mengalirkan darah kambing dara atas ayam hitam yang ditambat. Pukul 12 ni, dia harus ke rumah si tua hari tu. Janji tak boleh ingkar.

Perlahan motosikal Sapuan memecah sunyi malam. Sapuan tak sedap hati. L ain macam sejuk malam ni. Tak pernah seumur hidup dia lalu jalan ni tengah-tengah malam sorang-sorang.

Bau wangi berselang bau hanyir menemani perjalanan Sapuan. Berdiri bulu tengkuk. Dah la depan tu tanah perkuburan. Hmm.. cerita seram memang gini. Cliché. Mesti ada scene kubur.

Nak bertambah cliché, moto Sapuan pulak buat hal. Mati betul-betul kat kawasan kubur tu. Peluh jantan mengalir deras. Moto tak mau hidup.

Heeee~~ Heeee~~~Hu~~~~Hu~~~~

Bunyi apa pulak dah..

Huu.. Huu.. Huu

Bunyi seakan siulan. Tapi, angin yang lebih bunyi tak ada. Macam orang tak reti bersiul.

Dari jauh kelihatan sekujur tubuh. Lebih kurang 15 meter. Terbaring. Sapuan hairan kerana dari tadi jalan memang kosong. Maklumlah jalan kampung. Mana ada kereta ulang-alik seperti dibandar.

Sambil tangan membetulkan moto, ekor mata Sapuan sibuk melirik ke arah tubuh misteri itu. Tersentak Sapuan bila melihat tubuh itu seakan bergerak. Kemudian, mengeliat. Badannya jelas meliang-liuk seperti lagak orang digeletek.

Berderau darah oi.. Siapa nak tahan kena uji macam ni. Dah kenapa pulak dia pusing macam tu? Dah kenapa dia bergolek tu? Lahai syaitan.. Jangan kacau aku la..

Fikir Sapuan cuma satu, pecut!

Sapuan ambil beg berisi ayam dara, lalu.. BERDESUP! Lari tak cukup tanah. Seakan atlet balapan negara, Sapuan memecut tak tengok kiri kanan. Tiba-tiba langkah kaki Sapuan terasa berat. Seakan ada yang memeluk pinggang. Tetapi pelukan itu semakin longgar. Semakin turun. Hingga paras lutut lalu..

KEDEBUK !

Sapuan terpijak kain pelikatnya sendiri. Sujud tepat ke tanah. Sengal lutut sampai ke pinggang. Sakit hanya Tuhan yang tahu. Baru sekarang nak ingat Tuhan. Manusia.

Sapuan betulkan semula kain pelikatnya. Menyapu debu tanah. Lututnya bercalar. Terhencut-hencut Sapuan berjalan. Lebih kurang 30 minit menapak, akhirnya sampai lah si Sapuan. Tergesa-gesa menaiki tangga, sebelah kaki Sapuan tersalah langkah, lalu ter.. hmm.. azab sungguh. Kali ini celah kelengkang menjadi mangsa.

Mengesot Sapuan berjumpa si tua. Dihulurnya plastik berisi ayam. Si tua menahan ketawa. Nak gelak, kesian. Tak gelak, lawak!

"Maaf ya nak? 'Dia' lapar. Udah lama nggak makan. Itu yang dikejarnya kamu tadi tu." Si tua hanya senyum melihat Sapuan menahan sakit.

"Bagus. Kau laksanakan sama seperti perjanjian kita. Nah, sekarang aku mau bagitau sama kamu, pantang larang buat kamu dan isteri ketika mengandung nanti. Jangan coba kau ingkar, petakanya nanti, kamu yang kena. Tegas si tua sambil melurut janggutnya. Sapuan mendengar penuh teliti. Setiap patah kata si tua buat Sapuan tak senang duduk. Rasa takut diselangi rasa menyesal. Dia tahu sudah
terlambat untuk kembali..

Janji darah sudah demeterai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience