BAB 10

Horror & Thriller Completed 8014

Sapuan cemas. Jelas dia lihat makhluk itu merangkak perlahan ke arah bilik tidur. Makhluk itu mencakar pintu. Bunyinya mengilukan. Terlihat jelas kesan cakaran merosakkan pintu itu.

"Setop!" Tiba-tiba terdengar suara datang dari arah luar rumah. Diikuti nafas tercungap-cungap. Jelas kepenatan.

Makhluk itu bertentang mata dengan Sapuan. Kedua mereka bingung. Sapuan meluru ke arah pintu dan membukanya. Si tua! Sapuan gembira. Dia tahu si tua mahu menyelamatkan dia.

"Kau.. makhluk laknat.. huu.. kau.. akan.. aku.. huu.. ah! penat la.

Jahanam betul la tayar basikal aku pancit di tengah jalan." Keluh si tua. Jelas kelihatan peluh membasahi tubuh gempalnya. Dah kalau macam ni, basikal mana tak pancit tayar.

Si Bawean menoleh mahu menerkam si tua. Si tua mengacukan keris keramatnya. Si Bawean mengundur. Keris itu bukan barang mainan. Seksa jika terkena hunusannya. Boleh meracun hingga kiamat!

"Kau tahu ini apa kan? Lepaskan janin itu. Perhitungan kita bukan sebegini. Kau syaitan pembohong!" Jerkah si tua.

"Aku akan lepaskan janin itu kalau kau mampu buat aku bersetuju. Hahaha!" Suara Bawean bagai guruh membelah langit.

"Nggak ada yang kelakar. Nggak perlu kau ketawa." Si tua menjeling. Bawean terdiam.

"Apa sebenarnya sih yang kau mau?" Tanya si tua.

"Aku mau hidup. Urusan ku belum tamat ketika di dunia. Aku mahu menukar jasad. Jasad janin sulung di akhir minggu keliwon bulan keramat adalah sangat sempurna!" Setiap bait kata Bawean, sepatah haram si Sapuan tak paham.

"Kau nggak bisa bertukar terus. Cuma bisa menumpang. Urusan dunia kamu harus diselesaikan juga pada malam keliwon. Nyawa kamu bergantung pada si ibu. Mati si ibu, maka mati jua kamu." Si tua menetapkan syarat.

Bawean akur. Cuma ini cara melunaskan dendamnya. Hutang nyawa dibayar nyawa! Perlahan badan Bawean bertukar menjadi abu. Terbang hilang bersama angin malam. Dia tahu, bila mahu kembali. Pada saat tubuh barunya dilahirkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience