BAB 5

Horror & Thriller Completed 8014

Pagi tadi, aku suap mak bubur ayam. Mak batuk-batuk keluar darah. Mak tekan-tekan leher dan tepuk dada dia. Macam terlekat sesuatu. Aku bagi plastik, mungkin mak nak muntah. Lepas tu, aku tengok dalam plastik tu, serpihan kaca dan beberapa helai rambut. Terlopong aku!

Muka mak berubah sangat. Nampak lagi tua dari usia dia. Padahal mak baru 48 tahun. Ini dah macam 75 tahun dah ni. Siapa tak sayu? Tengok keadaan mak yang macam ni. Mak dah tak mampu senyum. Rindu nak dengar suara mak sebut nama aku.

Setiap kali suap mak makan, airmata mak menitis. Aku lap airmata dia. Aku bisik, "Mak, Haziq janji. Haziq jaga mak, Haziq selalu doa kat mak. Mak, nanti mak kat syurga, mak akan lagi cantik dari sekarang." Ucap aku sambil tahan airmata. Aku kena kuat.

Tiba-tiba pintu rumah diketuk. Eh, abah? Baru ingat nak balik ke? Sejak dari hari aku terserempak dengan dia tu, langsung tak balik. Tak ambil tahu mak sakit ke, pak ngah datang berubat ke apa. Selalu je abah tak balik rumah tapi kali ni dah 8 hari.

" Haziq, tolong abah Ran." Abah mengesot di depan pintu rumah. Pucat. Kurus. Macam orang sesat dalam hutan sebulan.

"Kenapa ni, Bah?" Aku memapah abah ke sofa.

"Tele..fon pak..ngah ka..mu. A.. Abah dah tak sss.. sanggup." Kata ayah, tersekat-sekat. Aku mengangguk dan berlari dapatkan telefon.

"Pak ngah cakap, esok lepas zohor dia bertolak." Aku masih bingung. Aku bagi panadol kat abah. Biar abah rehat. Mak pun dah tidur lepas aku mandikan tadi. Adik pulak demam. Dah kenapa semua sakit ni?

Aku merenung ke luar. Bingung. Aku harap bila pak ngah datang esok, persoalan aku ni boleh terjawab. Penat la suspen misteri macam ni.

Alhamdulillah. Esoknya, dalam pukul 4 macam tu, kereta pak ngah tiba di perkarangan rumah. Kali ni, pak ngah bawak kawan. Ustaz Wahab dan Pakcik Zali. Ustaz Wahab tu belajar sekali dengan pak ngah kat Mesir. Pakcik Zali tu memang orang yang pandai berubat tradisional ni. Orang kampong sebelah je.

"Assalamualaikum." Ucap pak ngah bila melangkah masuk.

"Astagfirullahal'azim, Wan." Geleng-geleng pak ngah tengok keadaan abah.

"Dah sampai masanya kau putuskan perjanjian tu. Balik ke pangkal jalan." Abah sekadar mengangguk. Lemah.

"Perjanjian apa, pak ngah?" Soal aku, inginkan kepastian.

"Lambat laun kau akan tahu juga, Ran." Kata pak ngah sambil menyiapkan peralatan untuk berubat. Aku tak berani bersuara.

Ketiga-tiga mereka memulakan tugas. Membaca surah separuh berbisik. Aku tak berapa dengar. Tenggelam dalam hilaian tawa mak. Berderau darah.

"Panas! Panas! Arghh tolong aku! Panas!" Abah terpekik seperti erasukan. Aku sendiri bingung. Siapa yang sakit sebenarnya?

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

AAARGGGHHHHHH!

Abah yang tadinya seperti lipas kudung, jatuh terjelepuk. Kaku! Nafas abah turun naik dengan sangat laju.

"Dah tiba masanya kau lepaskan, Wan." Kata pak ngah.

Pabila istikhrah dijawab Pencipta,

Terbina megah istana cinta,

Dua insan bersatu jiwa,

Mengingin zuriat lahir ke dunia.

Sudah lama mereka berdua,

Menunggu rezeki tak kunjung tiba,

Pelbagai cara dipakai guna,

Namun hasilnya buta tiada.

Suami gundah, isteri gulana,

Akal mula berfikir cara,

Mahu mengguna pihak 'ketiga'

Hutang nyawa dibayar nyawa.

"Abang, betul ke apa kita buat ni?" Ujar Asmah. Risau jika apa yang dibuat ini salah.

"Kita ikhtiar la. Nak buat macam mana." Pujuk Sapuan.

Dengan menaiki moto bulat kesayangan Sapuan, mereka menuju ke sebuah rumah dihujung kampung. Tak akan ada yang nak pergi situ kecuali dengan urusan yang betul-betul penting.

Melalui jalan tanah merah, berbatu kerikil. Helmet pun terhuyung-hayang. Siapa yang naik moto pergi kawasan tu, confirm helmet senget masa sampai tu. Tipulah elok. Tambah-tambah perempuan yang bertudung. Boleh mengamuk tudung tak jadi.

Sapuan menongkat motosikalnya. Ragu-ragu dia tengok kawasan sekeliling. Semak samun, pokok rambutan besar pemeluk dan telaga. Tak indah langsung.

"Saya takutlah, bang." Asmah menarik lengan suaminya.

Kreoookk..

Pintu kayu terbuka perlahan. Wanita berusia 30-an menjengah keluar.

Berkemban.

"Masuklah." Suara halusnya bagai angin menyapa telinga.

Berdebar-debar kedua pasangan ini tatkala melangkah masuk. Rumah itu suram. Gelap. Aura negatifnya sangat tinggi. Tak kuat semangat, boleh lari pecut tak cecah tanah.

Mereka dibawa masuk ke bilik tengah. Seorang tua sedang bersila, menutup mata seakan sang pertapa.

Tiba-tiba si tua bersuara.

"Hajat kamu bisa aja dipenuhin. Risau syaratnya kamu nggak mampu turutin." Pekat jowo sungguh orang tua ni.

"Cerita-in gi mana kamu bisa sampei ke sini." Kata si tua itu sambil menggulung rokok daunnya.

"Kami naik moto lah tok. Nak berjalan, lusa baru sampai." Jawab Sapuan.

"Kamu jangan macem-macem ya? Aku kakikan dahi kamu baru tahu." Si tua membalas.

"Err.. hehehe.. macam ni tok, ka.." Belum sempat si Sapuan cerita, si tua itu menyuruhnya diam.

"Jangan hampiri dia! Kamu makhluk kecil suka banget sih sama darah. Ke sini kau. Kamu! Tunduk!" Keras suara si tua menyuruh Asmah tunduk.

"Apa benda tu?" Sapuan bersuara setelah melihat si tua itu seakan menggenggam sesuatu.

"Ini nyamuk. Waktu gini emang banyak sih sini." Si tua membuka genggagam angannya.

"Ha teruskan ceritanya." Pinta si tua. Menyampah sungguh Sapuan rasa.

"Macam ni, kami dah 5 tahun kahwin. Tanda-tanda nak dapat anak, tak ade pon. Doktor cakap kami ni normal aja. Tapi saya ni nak anak sangat, tok." Cerita si Sapuan penuh bersungguh.

"Aku ini bisa bantu. Cuma syaratnya itu kamu harus penuhkan. Jika tidak, merana kamu seumur hidup. Fikir dahulu, sebelum terlambat. Padahnya, kamu tanggung bukan aku." Amaran dia buat Sapuan telan air liur. Kelat.

"Isteri kamu harus tinggal bersama aku. Tujuh hari tujuh malam. Malam ketiga kau harus datang, bawakan aku ayam hitam. Mandikan dahulu ayam itu bersama darah kambing dara." Arah si tua. Suara garau si tua bagaikan halilintar membelah Sapuan. Terbelah antara keinginan dan waras akal.

"Baca ini ketika kamu mandikan ayam itu." Si tua menyuakan sehelai kain buruk bertulisan jawi.

Berat Sapuan untuk meninggalkan isterinya. Tapi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience