BAB 8

Horror & Thriller Completed 8014

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan. Aku terkejut. Antara percaya dan tidak. Segala yang diceritakan oleh pak ngah terasa sukar untuk dihadam. Tambahan bila melihat Sofea, yang kini baru aku tahu itu bukan adik aku!

Pak ngah menyambung merawat mak. Hati kecilku berat mengatakan hari ini mak akan menghembuskan nafas terakhirnya. Aku menolak. Aku menafikan sekeras-kerasnya. Aku sayang mak. Itu mak aku!

Pak ngah membaca ayat suci Al-Quran untuk binasakan makhluk laknatullah itu. Makhluk yang sukakan perpisahan. Makhluk yang sudah berjanji akan menyesatkan.

Pak ngah mulakan dengan atas kepala, pak ngah turun ke bawah – tanpa sentuhan, tangan pak ngah sekadar syarat umpama menarik satu kain yang sedang melekat menyelutupi badan mak. Menggeletar tangan pak ngah ketika sampai di perut mak. Pak ngah kata, disitulah makhluk itu bersarang.

Hingga sampai di hujung kaki, betul-betul pada ibu jari kaki, gaya pak ngah seakan menggulung sesuatu yang bertali, dengan lafaz Allahuakbar, pak ngah tarik dan meletakkan 'tali' yang digenggam dalam botol kaca berleher panjang dan diikat kain kuning. Kepayahan pak ngah nak masukkan 'tali' itu memang susah nak digambarkan. Ustaz Wahab menutup botol itu dan membaca beberapa surah lalu dihembuskan.

Seraya itu, Mak muntah. Bayangkan muntah dalam keadaan menelentang. Tersembur ke atas cecair pekat warna merah. Darah! Beberapa titis darah terkena muka aku. Aku menyapu. Bukan darah tetapi airmata yang tak dapat berhenti mengalir dari tadi.

Mulut mak tercungap-cungap. Seakan ingin berkata sesuatu. Aku merapatkan telinga ke arah mak.

"La.. laa.. Illaa.. ha.. Illah..Allahh.." Mak sempat mengucap kalimah suci itu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Aku terkelu. Mak, orang yang paling aku sayang sudah tiada! Selamanya!

Aku menangis, meraung semahu-mahunya..

Makkk!! Jangan tinggal Haziq mak!! Maaakk!! Aku menggoncang tubuh kaku mak. Maaakk!!

*PANGG!!*

Satu tamparan hinggap di muka aku. Tersembur hingus.

"Jangan meraung macam tu. Kamu menyeksa mak kamu. Dan kamu menyeksa telinga aku. Redha. Allah lebih sayangkan mak. Asmah ini adalah wanita yang paling kuat yang pak ngah pernah kenal. Dia yang jaga pak ngah dari kecil sejak arwah tok kamu meninggal. Biarkan dia berehat, Haziq. Sudah lama dia menanggung derita." Ujar pak ngah.

Aku mengangguk sambil memegang pipi aku yang sakit. Ya, aku kena redha. Aku menoleh ke arah Sofea. Dia juga menangis. Ya, dia bukan adik aku. Tapi aku sayang dia.

Tiba-tiba, suara halus Sofea menangis, bertukar menjadi garau. Dugaan apa lagi ni, ya Tuhan??

"JANJI! JANJI! JANJI!" Si Sofea bersuara.

Janji apa pulak budak dahi luas ni nakkan? Dah la suara garau mengalahkan aku. Aku cuba pegang tangan dia tetapi ditepis pak ngah.

"Ini bukan Sofea." Pak ngah berkata sambil mata tak lepas memandang Sofea.

"Janji apa yang kau mau tuntut?" Tanya pak ngah.

*PRAAAKKK!!*

Sekali rentap! Sofea merentap lehernya sendiri. Patah. Dagunya teralih arah hingga naik ke bahagian telinga. Mukanya senget dan mata terbeliak!

"Astagfirullahala'zim.." Pak ngah mengurut dadanya sendiri. Terkejut.

"Memang dia mahukan Sofea." Kata Ustaz Wahab sambil memegang bahu pak ngah. Pak ngah sekadar mengangguk. Aku tahu, dari pandangan pak ngah, Sofea sudah tidak bernyawa.

"Nanti." Pakcik Zali yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara. Lalu mengarahkan jari telunjuknya ke tangan Sofea. Aku menoleh. Tangan Sofea seakan bergerak-gerak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience