BAB 7

Horror & Thriller Completed 8014

Sapuan tak boleh tidur. Kejap-kejap menghadap kanan lepas itu kiri, kanan balik. Matanya segar-bugar. Jam di dinding pukul 2.40 pagi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik. Sesekali dahan pokok menyentuh kaca tingkap menghasilkan bunyi seakan makhluk hodoh berkuku panjang meleret kukunya.

Gulp. Sapuan cuak. Badan terasa panas. Keringat mula mengalir dibahagian dahi. Seakan ada udara panas sedang menghembus ke arahnya.

"Bodohnye la aku pegi bayang macam-macam." Timbul rasa menyesal dalam hati Sapuan.

Hari ini, sudah 4 bulan sejak berjumpa dengan si tua. Mengikut perkiraan dalam perjanjian, bulan ini adalah bulan dimana dia harus beri 'persembahan' atas ucapan terima kasih kepada Bawean.

Oreng Pote-Bawean -- Mengikut kepercayaan orang Jawa, makhluk halus ini berbadan manusia dan putih pucat seperti mayat.

Antara syarat yang harus dipatuhi Sapuan, sepanjang Asmah mengandung, Sapuan tak dibenarkan tidur sekali. Sudah la si Sapuan ni guruh pun takut, kena pulak tidur kat ruang tamu selama 9 bulan. Memang tiap-tiap malam la berkelip-kelip mata susah nak tidur.

Minggu ni adalah minggu terakhir bagi malam keliwon. Minggu yang sepatutnya si Sapuan melunaskan 'hutang'. Sapuan asyik berdegil mahu menangguh walau sudah ditegur oleh Asmah. Bagi Sapuan, bukan si hantu tu tahu pun tengok kalendar.

Tek. Tek.. Senyap

Tek.Tek.Tek.. Senyap

Dah sudah, siapa pulak potong kuku malam buta macam ni? Seingat Sapuan, Asmah hanya dibenarkan potong kuku pada minggu pertama setiap bulan. Ish! Lupa ke apa bini aku ni? Tak boleh jadi ni.

Sapuan bangun. Melangkah ke arah bilik tidur. Niatnya ingin menegur Asmah agar berhenti memotong kuku, tapi terbantut. Sampai sahaja di depan pintu bilik yang tertutup itu, Sapuan teringat janjinya yang tak boleh tidur bersama dan melihat isterinya selepas pukul 1 pagi. Tambahan pula, bunyi itu bukan datang dari bilik, tapi dari dapur!

Rasa ingin tahu Sapuan buat kakinya melangkah ke arah dapur walau hatinya berkata jangan. Bunyi kuku dipotong semakin kuat. Takkan ada pencuri masuk, semata nak potong kuku? Kau dah kenapa?

Sampai di dapur, Sapuan melihat makhluk bertubuh sangat kurus, mencangkung, giginya menggigit kuku panjangnya yang buat Sapuan tahu siapa sebenarnya yang sedang potong kuku. Air liur kuning meleleh-leleh dari celah mulutnya. Dari gayanya, nampak seperti lapar. Lapar yang amat sangat.

Sapuan jatuh terduduk. Terlampau terkejut. Lutut menggigil. Kaki terasa dipaku ke tanah. Makhluk itu mengalih perhatiannya ke arah Sapuan. Senyum. Fikirnya, Sapuan akan sediakan 'hadiah' buatnya malam ini.

Senyuman makhluk itu berubah menjadi marah. Matanya terbeliak. Dengusan nafasnya sangat kuat. Dia marah melihat Sapuan mengesot ke belakang seperti mahu lari. Tangan Sapuan kosong, jadi dia tahu malam ini dia harus berlapar lagi.

Dia merangkak perlahan-lahan. Tangannya kurus panjang mengatur langkah satu-persatu bergerak perlahan.

"Biar aku merangkak slow-slow. Baru dramatik. Biar dia lagi takut. Padahal aku memang tak boleh gerak laju-laju. Lapar sangat. Konfem gastrik ni. Jahanam punya manusia." Hati kecil makhluk itu berbisik.

Airmata Sapuan mengalir. Takut bercampur menyesal. Tapi dia tahu, sudah terlambat. Makhluk itu terus merangkak naik ke atas badan Sapuan. Makhluk itu meletak kukunya di atas jantung Sapuan yang berdegup kencang.

"Setiap malam aku datang tengok kau. Herr." Makhluk itu bersuara. Pertama kali si Sapuan bertentang mata dengan makhluk sebegini.

"AKU MAHU HABUAN AKU!" Makhluk itu menjerit dan mengilai. Dia merangkak ke arah bilik tidur. Meninggalkan Sapuan yang masih tidak cukup nafas. Baginya, Sapuan memang tak guna.

Yang berguna cuma anak dalam kandungan itu. Kerana dalam perjanjian ini, JANIN SULUNG DISEKSA MATI !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience