BAB 19

Horror & Thriller Completed 8014

Maka dia menunggu lagi untuk anak pertama mereka dilahirkan. Supaya bisa dia menumpang badan. Tapi badan perantaraannya tidak kuat. Anak pertama mereka mati! Mati kerana sifat gopohnya sendiri. Dia mahu berkongsi segera tubuhnya dengan anak itu. Tapi sayang, anak itu lebih disayangi Tuhan. Ketika dia seronok menjilat darah dibetis itulah pertama kali dia diterajang kuat. Sakit pinggang bukan kepalang.

Lalu ditunggu anak kedua. Tetapi lelaki. Dia hanya mampu menumpang jika anak kepada badan perantaraanya perempuan.

Dia mahu membunuh anak lelaki itu. Tiada guna dia hidup. Pada saat kelahiran anak itu, Bawean merangkak perlahan ke arah perut yang membunting itu. Kuku-kuku panjangnya dileret ke arah perut si ibu. Terkoyak baju! Menampakkan benjolan pusat dan gerakan kecil si anak.

Tiba-tiba si Bawean terasa dirinya dihayun ke belakang. Terlentang dia. Hah?! Tok Cepoh?!

Rupanya susur galur Kismis berakhir dengan Asmah. Cliché sungguhkan ceritanya? Macam drama tv3.

Ya! Tok Cepoh datang mencari waris. Warisnya cuma mampu lelaki. Namun, ini waris terakhir. Tok Cepoh mahu mengambil jasad tidak mahu lagi menjadi hamba abdi. Syaratnya, mati si ibu, anak itu bisa diambil pulang ke alamnya.

Bawean terpaksa menunggu lagi gilirannya. Kali ini, barulah tiba saat dinantikan. Anak kecil yang bakal dilahirkan adalah perempuan.

"Jadi, So.. so.. fea tu? Dia berkongsi tubuh wadah?" Terketar-ketar aku bertanya.

"Ya, kau ingatkan pak ngah cakap perjanjian mereka, mati si ibu maka matilah anak?" Tanya pak ngah. Aku mengangguk. Kepala aku makin berat.

"Perempuan yang abah kau jumpa dekat perigi tu anak si tua. Hanya keturunan si tua sahaja yang tahu ubat untuk buat mak kamu bertahan. Tapi kuasa Tuhan tu Maha Hebat. Tiada tertanding. Mak kamu pergi jua. Dan.." Pak ngah berhenti. Memandang aku.

"Sebab itu pak ngah cakap Sofea bukan adik kamu. Dia cuma hidup sementara. Menjadi mangsa syaitan! Abah kamu meminta rezeki pada yang salah. Inilah akibatnya. Kamu juga Haziq. Kamu juga akan pergi." Suara pak ngah terketar menahan sebak.

Kepala aku berat. Mata aku kabur. Entah betul atau tidak. Aku lihat kawanan harimau berada di sekeliling aku. Aku dah tak nampak pak ngah. Kawanan harimau itu menunduk menyembah aku. Seakan aku ini raja mereka!

Aku rasa badan aku melayang. Terbang tinggi. Dan aku tahu, aku takkan kembali!

Arghhhh! Tidak! Aku tak mahu pergi lagi…

Tolong! Tolong! Tolong Aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience