BAB 18

Horror & Thriller Completed 8014

Lepas majlis tahlil zuhur tu, aku mengatur langkah perlahan ke pokok belakang rumah. Aku selalu main kat sini dengan Sofea. Mak pulak kat sinilah tempat wajib dia tumbuk sambal lah, kukur kelapa lah, anyam ketupat, jahit baju, repair peti ais, tukar minyak hitam, tune gitar, dan belajar tomoi. Tak aku tipu je.

"Ha, Haziq. Sini kau ye?" Entah celah mana pak ngah muncul tiba-tiba. Aku tersengih.

" Haziq, banyak benda yang pak ngah nak ceritakan kat kamu ni. Serba salah pun ada. Pak ngah harap, kau boleh la terima." Pak ngah memulakan bicara sambil menggulung rokok daun.

"Pada suatu petang nan indah, kelihatan seekor gagak berkicau riangnya dan kera-kera bermain kejar-kejar." Sambil mendepakan tangan pak ngah bercerita.

"Sudahlah pak ngah. Takyah over sangat. Hambarlah." Aku menjeling.

#Throwback#

Roh dicabut ketika berdendam,

Memang tiada istilahnya tenteram,

Menunggu masa menebus silam,

Pada durjana yang berlaku kejam!

Roh Wadah kian hari makin terseksa. Namun dia tidak boleh ke mana-mana.

Rohnya dipaku di perigi. Tersekat antara langit dan bumi.

Bertahun dia menghantui kawasan tersebut hinggalah Kampung Simpang Hitam mula membangun. Jeritannya, rintihannya dan rayuannya sudah tenggelam. Tenggelam dalam kelompok manusia yang sudah tidak percaya akan toyol, tahlul apatah lagi bahlul. Dia lemah.

Hinggalah pada suatu ketika, dia dibebaskan oleh si tua. Si tua memberi syarat-syarat untuk dia bebas malah, bisa mampu menolong dia membalas dendam. Dia dijadikan makhluk berbadan kurus digelar Bawean. Dia minta untuk dijadikan pontianak agar kuasanya lagi hebat. Tapi ditolak mentah kerana jika mahu jadi pontianak kena tunggu lagi seratus tahun. Sekarang ni full. Bawean saja yang kosong.Dia akur.

Namun, lelaki yang berjanji dengannya tidak menepati apa yang dipersetujui. Membuatkan dia hampir mengambil langkah sendiri. Mujur si tua sempat menghalang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience