BAB 13

Horror & Thriller Completed 8014

Hari yang bersejarah telah tiba. Dua jiwa bertaut mesra. Ikatan sah mengikat cinta. Maka bergembiralah kedua mempelai itu di atas singgahsana. Namun, bahagia tak kekal lama. Dugaan datang tak kenal siapa.

Selepas bulan ketujuh kehamilan Wadah, si Kismis dipanggil untuk menyahut tugas sebagai parajurit negara ketika negara tercinta bergolak elora. Menangis si Wadah pada hari dia menghantar suaminya untuk ke Melaka menentang penjajah.

Sarip memandang Wadah dari jauh. Walaupun perut sudah memboyot, bagi Sarip, Wadah tetap menggiurkan. Lenggang-lenggok si Wadah memang dari dulu Sarip idamkan. Tapi ditentang keras oleh si Haji Jumaat tua kutuk!

"Kalau aku tak dapat kahwin dengan kau, aku 'menumpang kasih' pun jadilah." Bisik hati Sarip tatkala Wadah melewatinya. Bau haruman Wadah buat nafsu Sarip memberontak minta dipuaskan.

Malam esoknya, si Sarip mengunjungi rumah Wadah. Diam-diam. Memanjat naik perlahan dan menguak daun tingkap. Sedikit berbunyi, biasalah rumah papan. Langkah diatur satu-persatu. Malam ni, Wadah jadi hidangan utamanya.

"Sayanggg.." Sarip senyum sambil membuka pintu bilik. Terkejut Wadah yang sedari tadi tak sedap hati dan sukar untuk tidur.

"Apa kau nak?"Jelas cemas pada suara Wadah.

"Mestilah aku nak kau! Takkan bapak kau? Apa bodoh soalan kau ni?" Marah si Sarip yang sedari tadi memang tak tahan nak menerkam.

"Deli serep.. rama serep.. macan putih.. stan.."

PANGG!

"Jangan kau nak memandai seru Tok Cepoh kau!" Sarip melempang Wadah.

** Tok Cepoh -- Menurut sumber, Tok Cepoh ini adalah harimau ghaib penjaga keturunan lebih dari 430 tahun. Ada juga yang mengatakan ini adalah harimau jadian tunggangan keturunan Raja Majapahit.

Sarip membuka bajunya. Jelas terpampang bulu dada yang meloyakan tekak. Sarip menggulung bajunya, dan meletakkan pada mulut Wadah.

"Gigit!" Jerkah si Sarip. Wadah menggigit baju Sarip. Wadah tak mampu untuk menjerit lagi. Sarip puas. Sarip mula melonggarkan seluarnya dan menusuk senjatanya tepat ke gua milik Wadah sebuas-buasnya.Syaitan sudah merasuk. Tiada lagi belas kasihan. Wadah cuma mampu mengalirkan airmata.

"Kurang ajar!" Tiba-tiba belakang kepala Sarip terasa pedih. Terasa ada yang mengalir. Bila disentuh, darah! Pandangan mata Sarip mula kabur. Sebelum rebah, Sarip sempat melihat wajah yang menghentaknya. Samar-samar. Kismis!

"Sial kau Kismis.. Aku.. Aku hampir saja dapat merasa nikmat dia.. Kau.. Kau buat aku mati dalam seksa.. roh aku takkan tenteram.. aku akan bangkit semula.. aku tuntut 'hidangan' aku!" Jerit si Sarip dengan mata terbeliak.

/Sekali lagi Kismis menyerang tapi kali ini menyembelih Sarip. Putus kepala! Darah merecik ke serata tempat. Pekat merah. Wadah terkedu. Terasa susah nak hadam apa yang berlaku. Macam mana Sarip
mati? Yang ada disitu cuma Wadah dan Sarip. Wadah tak nampak siapa yang bunuh Sarip!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience