BAB 7

Romance Completed 2000

“ Apa, mama? Habis tu? Mama dan baba terima?” Terbuntang biji mataku apabila mendengar kata-kata mama hari itu. Patutlah beria-ia mama menyuruh aku pulang. Katanya, perkara sebegini tidak sesuai hendak dibicarakan melalui telefon. Lebih baik jika ianya dibincangkan secara mata bertemu mata.

Mama tersenyum-senyum memandangku. Ah, hatiku sedang tidak tentu arah. Dia boleh bermain-main pula. “ Cakaplah, ma. Jangan main-mainkan Lis,” desakku. Tidak suka melihat mama tersenyum-senyum begitu sedangkan jawapannya masih belum aku tahu. “ Mama, Lis serius ni!”

“ Tak… mama tak cakap apa-apa pun. Mama tunggu jawapan Lislah. Lis yang kena pinang. Bukannya mama.”

Aku diam. Dalam hati berasa sedikit lega.

“ Kalau mama yang kena pinang, senang je mama nak jawab. Tak fikir banyak. Mama setuju aje. Handsome orangnya, Lis. Walaupun mama tengok dalam gambar je.” Emak masih boleh berseloroh ketika aku sedang panik begini.

Aku terduduk dan tersandar di sofa. Mujurlah ketika ini baba tidak ada. Oleh itu agak selesa aku hendak berkomunikasi dengan mama tentang perkara yang agak peribadi ini. Walaupun aku masih malu-malu. Kerana seumur hidupku, aku tidak pernah terfikir akan dipinang orang dengan cara begini. Langsung tidak. Kerana aku sering mengangankan seorang lelaki yang aku cinta yang akan datang bertemu dengan orang tuaku dan melamarku.

Dan aku mengimpikan lelaki itu adalah Saddiq. Alangkah indahnya kalau Saddiq yang datang melamarku semalam. Bukannya dia.

Bukannya Danial.

“ Jadi… apa kata Lis sekarang? Lis nak terima ke? Mama dan baba tidak kisah apa pun jawapan Lis. Cuma…”

Cuma apa? Soalan itu rasa hendak terpacul keluar apabila mama mengambil masa untuk berdiam sekejap.

“ Cuma, mama rasa… budak lelaki tu baik orangnya. Ahli keluarganya juga baik-baik belaka. Sayang kalau Lis menolak…”

Aku diam lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience