BAB 6

Romance Completed 2000

“ Akak pasang spy, ya?” tuduhku. Kukawal suaraku agar tidak terlalu kuat sehingga boleh didengari oleh rakan-rakan sekerja yang lain yang masih belum atau tidak keluar makan tengahari di luar. Kak Nurbaya kemudiannya tergelak halus. Lambat-lambat dia memandang ke arahku sedang jari-jarinya masih laju menaip kerjanya yang belum selesai.

“ Danial bagitau akak,” ujar Kak Khadija. “ Dia sukakan Lis sejak hari pertama dia berkerja di sini lagi.”

Aku tergamam.

“ Tapi… macamana pulak dia boleh bagitau akak? Apa hubungan akak dengan dia?” Aku bertambah pelik. Ya, aku tahu Danial memang peramah dan mesra dengan semua pekerja di sini. Tapi, aku tidak perasan langsung kalau-kalau dia mempunyai hubungan yang agak rapat dan istimewa dengan Kak Nurbaya ini. Lagipun, Kak Nurbaya memang pendiam orangnya. Jarang dia berbual mesra dengan pekerja-pekerja di sini terutamanya pekerja lelaki. Tambahan mejanya yang agak terasing dari meja pekerja lain membuatkan dia lebih banyak bersendirian dan kurang berbual.

Kak Nurbaya tersenyum lagi. “ Danial tu sebenarnya jiran akak. Akak kenal baik dengan mak dan ayah dia. Haji Bakar dan Hajjah Rahmah. Mereka semua… baik orangnya.”

Terdiam lagi aku. Kali ini tercopong mulutku mendengar penjelasan Kak Khadija. Tidak pernah kutahu selama ini mereka berdua tinggal berjiran. Malah, kali pertama Danial menjejakkan kaki ke syarikat ini tiga bulan yang lalu, tidak pernah pula aku mendengar bisik-bisik bahawa Pengurus Operasi yang baharu ini adalah jiran kepada Kak Khadija. Kerana lagak mereka berdua seperti tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Bijak sungguh mereka merahsiakannya.

“ Pandai akak, ya. Macamana saya boleh tak tahu apa-apa ni?” Aku menjeling Kak Nurbaya yang masih menyimpan senyuman nakalnya.

“ Ala… itu tak penting untuk Lis. Yang penting, Lis kena tahu… Lis beruntung sebab Danial tu sukakan Lis. Percaya cakap akak… Danial tu memang baik orangnya. Dia betul-betul sukakan Lis. Dan dia memang kecewa bila Lis tolak lamaran dia tempoh hari,” luah Kak Nurbaya lagi bersungguh-sungguh.

“ Cuma, akak tak percaya… Lis berani tolak cinta dia. Kalau lelaki handsome, kaya macam dia tu pun Lis tolak. Tentu… Saddiq tu lebih hebat orangnya, kan? Sharelah sikit dengan akak… siapa Saddiq tu? Mesti dia anak orang kaya macam Lis jugak, kan?”

Aku tidak tahu hendak tersenyum atau tidak mendengar soalan Kak Khadija itu. Kalau bolah membuat pilihan, aku pilih untuk hanya berdiam tanpa jawapan. Namun akhirnya, hanya pada Kak Nurbaya aku bercerita. Aku bercerita sepuas-puasnya. Aku menjawab setiap soalannya tanpa rahsia. Aku percayakan kejujurannya dan aku benar-benar yakin yang Kak Khadija mampu menyimpan rahsiaku ini dengan baik. Dan Kak Nurbaya berjanji padaku yang dia tidak akan bercerita kepada sesiapa.

Hari berganti hari, hubunganku dengan Saddiq terus tergantung tanpa jawapan. Sekali pun dia tidak cuba untuk mencariku, menelefonku, apatah lagi hendak memujukku. Dia terus menjauhkan diri tanpa sebarang kata putus. Dalam erti kata lain, dia benar-benar menyiksa zahir dan batinku. Dia menggantung aku tidak bertali. Membuatkan aku terus tertekan, menangis dan merasakan seperti diriku ini tiada nilai di sisinya lagi.

Namun, tanpa sedar, sepanjang tempoh itu juga hubunganku dengan Kak Nurbaya jadi semakin rapat. Dialah yang banyak menasihatkan aku dan memberikan kata-kata semangat agar aku jadi kuat dan tidak mensia-siakan waktuku hanya dengan meratapi kehilangan Saddiq. Sedikit sebanyak, Kak Nurbaya berjaya menyedarkan aku bahawa aku sebenarnya harus berhenti mengejar mimpi-mimpi yang tiada kepastian ini. Dan aku seharusnya merelakan pemergian Saddiq, sekiranya aku benar-benar menyayangi lelaki itu.

Dan tanpa sedar juga, hubungan rapatku dengan Kak Nurbaya membuatkan aku semakin mengenali siapa Danial sebenarnya. Manakan tidak, kalau hampir setiap hari Kak Nurbaya cuba menyelitkan kata puji-pujian terhadap Danial dalam perbualan kami, hati yang keras ini akhirnya mencair juga. Akhirnya, hatiku mula terbuka untuk menerima lelaki itu. Namun, hanya setakat menganggapnya sebagai teman rapat. Belum sampai ke tahap untuk aku jatuh cinta padanya kerana jauh di dasar hati ini, aku sebenarnya masih menyayangi Saddiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience