BAB 5

Romance Completed 2000

Ya. Aku suka segala-galanya tentang lelaki bernama Saddiq ini. Yang akhirnya membuatkan aku terfikir, aku sebenarnya tidak perlukan lelaki berkerjaya hebat untuk membuatkan aku jatuh cinta. Kerana aku hanya memerlukan lelaki seperti Saddiq. Yang tahu bagaimana untuk berusaha mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarganya. Seorang lelaki gigih, bertanggungjawab, yang sentiasa mengutamakan ibunya dan keluarga dalam apa jua keadaan.

Itu sahaja.

“ Sabarlah, Lis. Jangan bazirkan airmata kau ni untuk lelaki macam tu. Ramai lagi lelaki kat luar tu yang tengah tunggu kau. Yang jauh lebih baik dari dia. Dah… dah… jangan menangis lagi. Lupakan je dia. Terima si Danial tu.”

Kini, sudah hampir seminggu aku tidak mendengar khabar berita tentang Saddiq. Terkadang aku merenung telefon bimbitku seperti orang bodoh, mengharapkan agar dia menelefonku. Terkadang pula aku menangis di bawah selimut di tengah-tengah malam ketika Seri Shazana sedang lena tidur dan dibuai mimpi-mimpi indah. Bodohkah aku? Gilakah aku? Aku tidak pernah sayangkan mana-mana lelaki seperti mana aku sayangkan dia. Inilah kali pertama aku benar-benar jatuh cinta. Dan orang itu adalah dia. Saddiq ! Dialah lelaki yang aku pilih.

“ Jangan lupa makan tengahari nanti!”Puan Rossa Puan Rossa

Pesan Seri Shazana sebelum kami berdua bertolak ke pejabat masing-masing pagi tadi. Itulah pesanan wajibnya kepadaku hampir setiap hari sekarang. Jangan lupa sarapan. Jangan lupa makan tengahari. Jangan lupa makan malam. Jangan lupa itu, jangan lupa ini. Dia risau melihat keadaanku yang tidak lalu makan sekarang. Katanya, badanku sudah semakin susut. Dengan keadaan diriku tidak lagi seperti dulu.

Entah! Aku tidak tahu sampai bila aku hendak begini? Adakah aku hanya menyiksa diriku sendiri? Wajarkah hanya kerana seorang lelaki aku jadi begini? Ya Allah, aku buntu! Bantulah aku, ya Allah.

“ Solat malam, Lis. Doa banyak-banyak. Insyaa Allah… Allah akan tunjukkan jalan. Kita ni orang Islam… tak baik kecewa sampai macam ni sekali.”

Itu kata-kata Kak Khadija, rakan sepejabatku yang usianya jauh lebih tua dariku. Entah kenapa dalam ramai-ramai teman di pejabat ini, aku tergerak hati hendak mengadu masalahku padanya. Mungkin, caranya yang sopan santun, lembut dan serba sederhana membuka pintu hatiku untuk bercerita. Tambahan dia satu-satunya pekerja di pajabat ini yang perasan akan perubahanku akhir-akhir ini.

Aku diam dan termenung mendengar kata-katanya. Nasihat seperti ini pastinya tidak akan aku perolehi dari Seri Shazana yang gila-gila orangnya. Balik-balik, dia hanya akan menasihatkan aku agar melupakan sahaja Saddiq dan menerima cinta Danial.

“ Kalau dia jodoh Lis. Dia tetap akan balik pada Lis suatu hari nanti. Tapi… kalau dia bukan jodoh Lis… apa salahnya kalau Lis cuba buka hati Lis pada orang lain. Mungkin… pada Danial.” Ada senyuman penuh makna di wajah lembut Kak Nurbaya itu.

Aku tergamam mendengar kata-katanya. Dari mana pula dia tahu tantang Danial ?

“ Dari mana akak tahu ni?” Dahiku mula berkerut. Nampak saja Kak Khadija ini pendiam orangnya. Tetapi dalam diam-diam, banyak perkara rupanya yang dia tahu. Dia mengintipkah selama ini?

Kak Nurbaya yang manis bertudung hijau muda itu terus tersenyum. “ Akak tahulah…” jawabnya yang masih hendak bermain teka-teki denganku.

“ Mana boleh main tahu je. Mesti ada sumber-sumber yang memberitahu,” balasku tidak puas hati. Tetapi, siapa pula yang memberitahunya? Tiada sesiapa pun yang mengetahui hal ini kecuali aku, Danial dan Seri Shazana. Sementara Seri Shazana dan Kak Nurbaya pula tidak pernah mengenali antara satu sama lain kerana Seri Shazana tidak berkerja di sini.

Jadi, bermakna Danial sendiri yang memberitahu Kak Khadija? Ya… kalau bukan Danial, siapa lagi? Hatiku meramal sendiri.

Kak Nurbaya tersenyum manis mendengar kata-kataku. Diamnya itu membuatkan aku semakin rasa tidak senang hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience