BAB 11

Romance Completed 2000

“ Tak apa. Is dah pesan kat saya… kalau awak yang datang beli… macam biasa… tak payah bayar. Tapi yelah… awak pun dah lama tak datang sini, kan?”

Aku tergamam. Betulkah apa yang kudengar ini? Benarkah Saddiq kata begitu?

“ Dia cakap macam tu?” Aku bertanya, tidak percaya.

Adam mengangguk.

“ Bila?” Ah, mana tahu kalau-kalau Adam hanya mereka-reka cerita.

“ Setiap kali dia tak ada kat sini, itu yang dia pesan pada saya. Kali terakhir dia pesan, pukul 8 tadi,” ujar Adam yang membuatkan aku rasa seperti mahu menangis saat itu juga. “ Lis… sepanjang dia di hospital, setiap malam dia tanya saya sama ada awak ada datang atau tak, Lis.”

Aku terus terkaku di situ tanpa kata. Fikiranku jadi kosong tiba-tiba. Ah, Saddiq ! Benarkah? Habis, kalau dia masih mengharapkan aku, apa hubungannya dengan gadis ini? dan kenapa gadis ini masih berada di sini malam ini?

“ Yaya, macamana keadaan Mak Ngah Yaya?” Adam berpaling seketika kepada gadis kecil molek yang dipanggilnya sebagai Yaya itu. Secara tak langsung aku juga berpaling ke arah yang sama.

“ Entahlah, abang Is cakap… macam dah tak ada harapan. Mak Ngah dah tak boleh bercakap. Langsung tak respon apa-apa kalau kita panggil dia.”

“ Habis tu kenapa Yaya datang sini? Duduklah kat hospital je, abang boleh handle lah sorang-sorang,” balas Adam yang masih berdiri di sisiku. Aku hanya mendengar saja perbualan mereka tanpa mencelah. Namun, dalam hati ini mula berfikir sesuatu.

Yaya. Mak Ngah.

Mungkinkah Mak Ngah yang dimaksudkan adalah ibu Saddiq ? Dan mungkinkah Saddiq dan Yaya ini adalah sepupu? Tak terkeluar pula pertanyaan itu dari mulutku kepada Adam. Namun, aku bagaikan dapat meneka jawapannya sendiri.

Aku memandu kereta pulang ke rumah dengan airmata yang berlinangan di pipi. Terus masuk ke bilik dan menghempaskan badan ke katil semata-mata untuk sambung menangis dengan lebih kuat lagi. Kuhumbankan pipi yang basah ke atas bantal dan menyesali apa yang sudah terjadi. Sampai hati Saddiq memperlakukan aku sebegini? Kau ego, Saddiq. Ego! Kenapa kau buat aku macam ni?

Serentak itu juga, telefon bimbitku berbunyi. Sebaris mesej yang masuk kubaca dengan mulut separuh ternganga dan linangan airmata yang masih ada.

*Puan Rossa Lis, mak saya dah pergi….Puan Rossa *

Telefon bimbit itu terus terlepas dari tanganku.*Puan Rossa Puan Rossa *

*Puan Rossa Puan Rossa *

Jenazah Makcik Rafidah sudah selamat dikebumikan. Walaupun sedih, aku melihat kuatnya Saddiq sebagai anak lelaki sulung menguruskan semuanya. Malah, dia yang mengimamkan solat jenazah arwah ibunya tadi. Ya, Saddiq bagiku adalah seorang lelaki yang tabah. Seorang demi seorang adik perempuannya dipeluk dan dipujuk agar menerima hakikat bahawa mereka berempat kini sudah bergelar anak yatim piatu. Melihat keadaan itu, airmataku mudah saja mengalir. Saat-saat begini, aku hanya mahu berada di sisi Saddiq. Biar dia mengusir aku pergi… aku berjanji yang aku takkan sekali-kali pergi darinya lagi.

“ Is ada Lis. Lis akan selalu berada di sisi Is walau apa pun yang terjadi,” ucapku pada Saddiq tatkala dia mengatakan padaku yang dia kini sudah tiada sesiapa di dunia ini kecuali adik-adik perempuannya.

“ Saya takut, saya akan hilang awak lagi,” ujar Saddiq sebak tanpa memandang wajahku. Aku renung wajahnya yang lesu dan masih bersedih itu. Setiap kata-kata yang terluah dari bibirnya membuatkan aku rasa sayu yang teramat.

“ Tak, Is. Is takkan hilang Lis. Dan takkan pernah hilang Lis. Lis sentiasa ada di sisi Is, selagi tuhan mengizinkannya,” ucapku sungguh-sungguh. Wajah Saddiq yang masih hiba dan basah dengan tangisan itu kurenung lama. Kalau boleh aku menjadi sapu tangannya, pasti airmata itu sudah lama aku hapuskan.

Saddiq senyum dalam hibanya sambil memandangku. Sebuah senyuman yang sudah lama aku rindu-rindukan. Walaupun senyuman itu hambar, namun kini senyuman itu menjadi milikku semula. Dan aku harap aku akan memekarkan senyuman itu semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience