BAB 3

Romance Completed 2000

Dia kemudian mula marah-marah dan menengkingku. Sekali lagi tomato dan pisau itu dirampasnya sehinggakan hampir-hampir sahaja pisau itu mengenai tanganku. Aku tergamam dengan kekasarannya yang di luar dugaan itu.

“ Apasal degil sangat ni? Saya cakap tak payah, tak payahlah! Tak faham cakap Melayu ke apa?” Suaranya tinggi dan kuat.

Aku terdiam sambil terkulat-kulat memandangnya. Nampaknya aku silap. Saddiq bukan setakat marah dan merajuk denganku. Tapi, nampaknya dia sudah mula menanam benci padaku. Sampaikan dia langsung tidak mahu memandang wajahku walaupun sekali.

“ Is… janganlah macam ni. Bagilah Lis tolong.” Aku cuba memujuknya. Hampir dua minggu tidak berjumpa. Aku fikir dia juga merinduiku seperti mana aku. Tapi, nampaknya aku seorang sahaja yang berperasaan begitu. Tidak dirinya.

“ Okey… Lis mintak maaf. Tapi percayalah, Lis tak ada apa-apa pun dengan lelaki yang Is nampak hari tu. Is yang salah faham.”

Saddiq terus diam membisu. Aku sudah mati kutu hendak memujuknya. Aku tahu, memang salah aku kerana keluar makan dengan Danial beberapa kali tanpa pengetahuannya. Tapi, itu ketika aku belum tahu yang Danial sebenarnya memiliki perasaan padaku. Dan bila aku sudah tahu, aku tidak lagi menerima ajakannya untuk keluar makan bersama. Demi Allah. Hanya dia seorang yang berada di dalam hati aku. Aku tidak pernah berniat pun hendak menipunya apa lagi menduakannya.

Tapi memang salah aku juga. Kerana pada hari kejadian aku telah menolak ajakannya yang hendak datang ke pejabatku untuk makan tengah hari bersama. Tapi, aku tidak menolak ajakannya semata-mata kerana aku hendak keluar dengan Danial. Tetapi kerana aku tidak mahu menyusahkan dirinya. Aku tahu dia penat berkerja siang dan malam untuk mencari rezeki. Ketika hari cuti, aku mahu dia menikmati cutinya tanpa sebarang gangguan. Aku mahu dia berehat sepuas-puasnya.

Namun manalah aku tahu, rupa-rupanya dalam senyap-senyap dia muncul juga di hadapan pejabatku dengan niat mahu membuat kejutan katanya. Ketika aku sedang bergandingan dengan Danial hendak menuju ke restoran yang terletak tidak jauh dari pejabat kami. Dan Saddiq pula langsung tidak memberikan aku peluang untuk menjelaskan hal yang sebenar.

“ Ada apa-apa, ke… tak ada apa-apa ke. Is tak kisahlah. Is peduli apa lagi pun!” jerkahnya.

Saddiq terus mencapai tomato dan menghirisnya nipis-nipis. Tidak lama selepas itu, ada dua orang lelaki bermotorsikal yang datang ke gerainya untuk mengambil pesanan yang sudah dia sediakan. Hendak tak hendak, aku terpaksa memaniskan wajah di hadapan kedua-dua lelaki tersebut.

“ Is…” Aku melembutkan suaraku.

“ Dahlah Lis. Saya tahu saya tak ada rupa. Tak kaya. Saya ni kerja kilang je. Saya tak boleh bagi macam apa yang laki tu boleh bagi pada awak.”

“ Apa pulak yang dia dah bagi pada Lis? Lis tak ada apa-apa pun dengan dia!” Aku cuba meyakinkannya. Namun, Saddiq seakan tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Dia terus mengangkat tangannya d hadapan mataku.

“ Balik!” Sepatah perkataan yang berupa arahan itu seperti mencakar-cakar perasaanku.

Aku terdiam. Pilu rasa hati ini mendengar ungkapan itu. Kurenung wajahnya seketika dengan harapan agar dia berpaling padaku dan merasa bersalah dengan perbuatannya sekejap tadi. Namun, dia sedikit pun tidak mahu menoleh kepadaku lagi. Bahkan sejak aku sampai tadi dia tidak mahu langsung melihatku. Apatah lagi hendak melemparkan senyumannya kepadaku.

Aduhai… sayunya hati ini. Senyumlah, Is… senyumlah padaku walaupun sekali. Aku benar-benar rindu hendak melihat senyuman manis di bibirmu itu.

Aku tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk memaksa agar dia memaafkan kesalahanku. Walaupun kesilapan itu kurasakan terlalu kecil, namun bagi Saddiq mungkin ia nampak besar dan tidak layak untuk dimaafkan. Perlahan-lahan, aku mengatur langkah longlaiku ke kereta. Sebelum itu kulihat ada sebuah kereta kancil merah berhenti di hadapanku. Seorang gadis genit berambut pendek keluar dari kereta tersebut dan melangkah laju ke arah Saddiq sambil membawa sebuah plastik besar bewarna merah.

“ Abang, Sorry lambat. Ni barang-barang yang abang pesan tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience