BAB 8

Romance Completed 2000

Tiada jawapan dariku buat masa ini. Aku pinta agar diberi sedikit masa dan tidak didesak sesiapa. Biarlah aku bersendiri buat seketika.

Selepas peristiwa itu, entah kenapa aku jadi malu hendak bertentang mata dengan Danial. Jika berselisih di pejabat pun, aku hanya buat muka selamba dan langsung tidak berani hendak memandang ke arahnya. Entahlah. Aku benar-benar malu. Malu dengan cara dia melamarku. Malu kerana dia sendiri tidak tahu malu.

Ah, lain benar antara dia dengan Saddiq. Kalau Saddiq langsung tidak pernah cuba mencariku. Danial pula tidak pernah jemu cuba mendekatiku. Meskipun aku pernah menolaknya untuk kali pertama. Dia tidak takut hendak mencuba untuk kali yang kedua. Bahkan percubaan kali keduanya lebih dahsyat apabila dia nekad menghantar orang tuanya ke rumahku terus.

Suatu tindakan berani mati, aku rasa.

*Puan Rossa Awak belum beri saya jawapan.Puan Rossa *

*Puan Rossa Puan Rossa *Mesej daripada Danial menerusi aplikasi WhatsApp menerjah masuk ke telefon bimbitku petang itu. Laju aku mencapai telefon bimbit dengan sedikit harapan kalau-kalau Saddiq yang menghubungiku. Tetapi sekali lagi aku kehampaan.

*Puan Rossa Jawapan apa?Puan Rossa *

*Puan Rossa Puan Rossa *Aku pura-pura bertanya. Sudah dua hari kami tidak bertegur sapa di pejabat. Dan kebetulan, sudah dua hari juga Kak Nurbaya bercuti kerana anak bongsunya yang baharu berusia setahun demam. Maka aku tidak punya sesiapa di pejabat ini untuk aku kongsikan hal ini. Dan aku takkan bercerita kepada orang lain melainkan kepada Kak Nurbaya sahaja. Seri Shazana yang begitu rapat denganku pun masih belum mengetahui tentang kisah aku dipinang orang ini.

Kalaulah dia tahu…

*Puan Rossa Terima atau tolak? Puan Rossa *

*Puan Rossa Puan Rossa *Soal lelaki itu lagi. Aku renung telefon bimbit itu sepi. Hanya tinggal lebih kurang setengah jam sahaja lagi kami akan berada di pejabat ini. Tidak sabar-sabar rasanya aku hendak pulang. Berada sepejabat dengannya hanya membuatkan aku resah walaupun kami tidak duduk di meja yang berdekatan. Dia sebagai orang atasan sudah pasti selesa berada di biliknya sendiri. Maka seronoklah dia hendak menaip mesej sambil tersenyum, tergelak atau sambil menggaru sekali pun di dalam biliknya itu. Sementara aku di luar ini yang terpaksa menjawab mesej-mesejnya sambil mengawal mimik muka agar rakan-rakan berdekatan tidak perasan dan mengesyaki apa-apa.

Aku masih diam. Mesej Danial kubiarkan tanpa jawapan. Rasanya untuk hari ini atau esok atau lusa sekali pun, Danial takkan mendapat apa-apa kepastian dariku. Maafkan aku, Danial. Mungkin juga aku perlu melakukan solat Istikharah terlebih dulu seperti yang pernah dinasihatkan oleh Kak Nurbaya padaku sebelum ini.

Sudah tiga malam berturut-turut aku melakukan solat Istikharah. Malam ini, kalau bukan kerana aku datang bulan, sudah pasti aku akan melakukannya untuk kali yang ke empat. Bukan hanya kerana mahukan petunjuk. Tapi yang lebih pasti, aku berasa lebih tenang selepas melakukannya.

Entahlah, biarpun petunjuk yang pasti belum terbentang di hadapan mataku sama sekali. Namun, hatiku yang kosong, rawan, sunyi, bagaikan terisi dengan setitis kedamaian yang sangat menenangkan perasaan. Aku seperti mendapat sesuatu dalam diri. Aku seperti mula kuat kembali untuk menjadi seorang aku yang dulu dan bukannya gadis yang patah hati kerana seorang lelaki. Walaupun aku masih mengingati Saddiq dan sering tertanya-tanya akan khabarnya saat ini. Namun, aku tidak lagi gila kerananya. Sedikit demi sedikit, aku mula melepaskan dia pergi. Dengan setakuk percaya bahawa kalau ada rasa kasihnya padaku, suatu hari nanti dia pasti akan datang kepadaku jua.

“ Saya masih menunggu jawapan awak, Lis.”

Akhirnya selepas hampir seminggu mengelak, aku menerima pelawaan Danial untuk makan tengah hari bersama. Itu pun selepas puas dipujuk Kak Nurbaya yang baharu masuk ke pejabat semalam setelah demam anaknya beransur pulih. Kalau bukan kerana pujukannya, mungkin sampai sekarang pun aku dan Danial masih belum bertegur sapa.

“ Tapi, saya tak paksa awak untuk buat keputusan sekarang. Ambillah masa selama mana pun. Saya tunggu…” ujar Danial perlahan dan tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience