BAB 9

Fantasy Completed 1723

“Bangsa Jamian diberi kelebihan yang terkadang aku merasakan ia sungguh melelahkan. Kami diberi umur yang panjang, sangat panjang hingga melangkaui beberapa kurun. Malah kami diberi penglihatan yang sangat baik hingga boleh menembusi apa saja yang ada di sebelah gunung yang besar. Kami juga boleh menjadikan diri kami halimunan. Tapi... hidup aku sangat-sangat kesunyian. Lebih baik mati dari terus hidup tanpa hala tujuan.” Manusia bersayap itu meluahkan apa yang barangkali selama ini terpendam dalam hati. Halimah terkelu lidahnya.

“Selain kau, berapa ramai lagi yang seperti kau di luar sana?”

“Tidak ramai. Bangsa Jamian yang masih hidup, yang tinggal lebih kurang sepuluh ribu saja.”

“Sepuluh ribu???” Halimah terjerit kecil. Serta-merta matanya memandang ke langit yang hitam pekat pada waktu itu. Manalah tahu, segerombolan manusia bersayap yang lain sedang berada di atas sana.

“Jangan risau. Cuma aku saja di pulau lagenda ini. Bangsa-bangsa aku yang lain berada di seluruh pelusuk dunia. Berterbangan merentasi dari gunung ke gunung.”

“Err... bagaimana aku boleh tolong kau... err...”

“Nama aku Zia Ul-Haq,”

“Macam mana caranya aku boleh tolong kau, Zia Ul-Haq ?”

“Biarpun bangsa Jamian merupakan bangsa yang punya banyak kelebihan tetapi ada satu kekurangan yang ada pada aku dan bangsa aku yang lain. Kami akan mati kalau sayap di belakang badan kami dikeluarkan dari tubuh kami. Aku mahu kau buat begitu atas aku. Tolong aku. Aku sudah bosan hidup bersendirian terlalu lama.”

Halimah tergemap. Mana mungkin dia mahu jadi pembunuh kepada makhluk bangsa Jamian ini? Halimah menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience