BAB 6

Fantasy Completed 1723

Halimah bersyukur sangat-sangat kerana adiknya itu tidak mengalami kecederaan yang membimbangkan.

“Tolong beri privasi pada mereka berdua. Sila keluar sebelum saya mengarahkan anda berdua diheret keluar dari hospital ini.” Salah seorang pegawai tentera yang mengawal pintu bilik wad Izam mengeluarkan arahan tegas. Dua orang wartawan yang berjaya curi-curi masuk ke dalam hospital itu, terpaksa akur biarpun kecewa lantaran tidak mendapat skop berita.

“Akak rasa dia manusia?” tanya Izam kepada Halimah yang cuma mereka berdua saja di dalam bilik wad kelas VVIP itu. Dia tahu, Halimah lebih arif dalam hal ini.

“Susuk tubuhnya mirip manusia biasa, cukup semua anggota termasuk kaki dan tangan tapi... dia bersayap...” perinci Halimah akan apa yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Sudahnya, dua beradik itu senyap terdiam. Halimah mencapai tabletnya dan terus melungsuri laman sesawang NASA. “Lihat ni, menurut laporan pihak NASA... mereka tak mengesan sebarang aktiviti luar biasa di luar atmosfera Bumi,”

“Maksudnya, manusia bersayap ni memang diami Bumi? Sejak bila?”

“That’s a big question mark.”

Perbualan dua beradik itu terhenti sebaik bunyi ketukan di pintu hinggap di pendengaran. Terjengul di muka pintu, wajah bimbang kedua-dua orang tua mereka yang baru sampai ke Kuala Lumpur selepas menempuhi perjalanan yang panjang dari Perlis, sedari pagi tadi. Puan Maznah dan Encik Mukhriz menerpa memeluk satu-satunya anak lelaki yang mereka ada. Betapa risaunya mereka hanya Tuhan yang tahu. Apatah lagi, berulang-ulang kali stesen televisyen menyiarkan sedutan berita yang memaparkan momen-momen Izam diselamatkan sebelum pesawat yang dipandunya terhempas. Berita paling hangat mendapat liputan seluruh dunia.

Izam rancak bercerita dengan kedua-dua orang tuanya dan sesekali Halimah turut mencelah. Puan Maznah dan Encik Mukhriz bersyukur kerana kedua-dua anak mereka selamat. Beberapa ketika kemudian, mereka anak-beranak diam tidak bersuara. Di dalam kepala masing-masing berfikir tentang manusia yang cukup sifat tetapi bersayap itu. Siapa atau apa sebenarnya makhluk itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience