BAB 12

Fantasy Completed 1723

“Su...” lemah panggilan itu tetapi cukup jelas di pendengaran Halimah. Halimah lekas berkalih pandang. Wajah Zia Ul-Haq ditatapnya gembira.

“Alhamdulilah, kau dah sedar...” Halimah tidak dapat mengawal betapa bahagia hatinya. Dia mengalir airmata kegembiraan. Zia Ul-Haq cuba bangun dan tiba-tiba dia dapat merasakan sesuatu kelainan pada tubuhnya. Dia terasa ringan sekali.

“Sayap aku...” Halimah mengangguk-anggukkan kepala. Seperti sudah tahu akan apa yang bakal keluar dari mulut Zia Ul-Haq. “Tapi... aku masih hidup lagi? Bukankah...” Sekali lagi Zia Ul-Haq tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Hidup mati itu bukan di tangan kita, Zia Ul-Haq. Hargailah peluang kedua ini... dan awak tidak akan hidup bersendirian lagi. Saya ada bersama awak...”

Halimah malu dengan bicaranya sendiri. Dan untuk kali pertama dalam usianya yang sudah melangkaui jutaan tahun, Zia Ul-Haq terasa hatinya bergetar hebat. Perasaan yang begitu asyik sekali.

20 tahun kemudian...

Halimah berdoa sungguh-sungguh dengan linangan airmata. Multazam yang terletak di kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah, menjadi tempat untuk perempuan itu berbicara dengan Tuhan. Doa Halimah cuma satu. Semoga ditempatkan orang yang disayanginya itu di kalangan orang-orang beriman.

“Sudahlah Halimah... jangan dikenang orang yang dah lama pergi...” Halimah termengkelan. Dia benar-benar sayu.

“Tapi saya tak sempat nak beritahu dia sesuatu...” lirih Halimah meluahkan perihal hati.

“Apa dia?”

“Saya tak sempat nak ucapkan terima kasih saya pada mereka suami isteri. Kerana mereka berdua, dengan izin ALLAH... saya punya awak, Zia Ul-Haq.”

“Sabarlah... Saya yakin Profesor Iqbal dan isteri sekarang ini di taman syurga ALLAH yang abadi. Mereka antara manusia budiman yang pernah saya jumpa.”

Zia Ul-Haq memujuk Halimah lembut yang sekarang ini sudah bergelar permaisuri hidupnya. Siapa menyangka, dua bangsa yang berlainan menyatu atas dasar cinta. Cinta agung yang berlandaskan pada keizinan ALLAH, sudah tentunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience