BAB 10

Fantasy Completed 1723

Sekarang...

Halimah baru balik dari menghadiri mesyuarat tergempar yang melibatkan dirinya sekali. Sungguhpun tidak mencapai kata sepakat di akhir perbincangan, Halimah berharap apa yang dihujahkan oleh Profesor Iqbal, paling tidak dapat membuka mata dunia. Hujah yang bakal mencetus fenomena dalam sejarah peradaban manusia. Hujah yang menyatakan bahawa selain bangsa manusia, terdapat bangsa awal sebelum penciptaan manusia yang terlebih dulu wujud di muka bumi ini.

“Dia bagaimana sekarang, prof?” tanya Halimah sebaik saja mereka berdua sudah berada di dalam limousin yang dipandu oleh pemandu peribadi Profesor Iqbal.

“Masih tidak sedarkan diri. Saya harap dia boleh bertahan.”

Mendengar jawapan itu, menular satu perasaan yang aneh dalam diri Halimah. Perasaan yang selama ini cuba dielakkan hingga usianya sudah terlajak tanpa dia menyedarinya. Sebuah perasaan halus yang dia sendiri tidak fahami.

“Awak okey, Doktor Halimah ?” soal Profesor Iqbal apabila melihat doktor perempuan itu termenung dan berbening matanya. Halimah berpura-pura tersenyum bagi menjawab pertanyaan lelaki tersebut.

“Sampai sekarang, saya terasa seperti bermimpi prof...”

“Maksud awak?”

“Yalah, tentang projek gila yang kita buat sekarang.”

“Ha ha ha. Ini bukan projek gila, Doktor Halimah. Tapi projek kemanusiaan.”

Profesor Iqbal ketawa sederhana. Limousin yang dinaiki terus melata kemas di atas jalan raya. Dan beberapa minit kemudian, sampailah mereka di sebuah kediaman tersergam indah yang letaknya agak jauh ke dalam dan terasing dari persekitaran dunia luar. Sebuah rumah agam milik Profesor Iqbal yang dibina di atas bidang tanahnya sendiri. Halamannya saja sudah seluas hamparan padang di sebuah stadium barangkali. Begitu luas sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience