BAB 8

Fantasy Completed 1723

“Jangan takut. Aku datang bukan mahu mengapa-apakan kau.” Halimah menutup mulutnya dengan kedua-dua telapak tangan. Dia benar-benar terperanjat. Tampangnya sudah memucat.

“K... kau bo...leh... bercakap...” tergagap-gagap Halimah dibuatnya. Jantungnya sudah berdegup laju. Terundur-undur langkah perempuan itu ke belakang.

“Aku boleh bertutur dalam semua bahasa di dunia ini.” Manusia bersayap itu kelihatan selesa terawang-awang di udara sambil sesekali menggerak-gerakkan sayapnya. Halimah masih tidak surut perasaan takutnya.

“Kau ni manusia atau...”

“Aku bukan manusia, bukan juga jin mahupun malaikat. Aku generasi terakhir bangsa Jamian.”

“Bangsa Jamian ?” Halimah masih tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Apatah lagi dia sedang berkomunikasi dengan makhluk yang entah dari mana datangnya itu.

“Ya, bangsa sebelum penciptaan manusia. Bangsa aku mendiami Bumi terlebih dulu daripada bangsa manusia.” Halimah terbeliak matanya. Yalah, kalau benar manusia bersayap di hadapannya ini adalah makhluk yang wujud sebelum penciptaan manusia, bermakna makhluk ini sudah berjuta tahun usianya!

“Apa kau nak dari aku?” Sekali lagi soalan yang serupa dilontarkan Halimah. Manusia bersayap dan mempunyai sepasang mata berwarna biru sapphire itu tersenyum hambar.

“Aku mengharapkan pertolongan kau. Aku tidak mahu hidup lagi.” Halimah tertelan air liur. Makhluk ini mahu membunuh dirinya sendirikah?

“Kau selamatkan nyawa adik aku dan kemudian kau datang jumpa aku, meminta supaya nyawa kau dicabut? Ironinya?” persoal Halimah semula. Sedikit demi sedikit, dia sudah memperolehi keberaniannya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience