BAB 1

Fantasy Completed 1723

Semakin mereka berbincang dan meneliti setiap aspek semakin rumit jadinya. Segala bukti-bukti artifak, fosil-fosil, manuskrip-manuskrip kuno, suhuf dan mushaf dirujuk dan digali sedalam-dalamnya. Apa saja informasi yang mungkin saling berkait dengan entity yang mereka temui tiga minggu lalu mendesak mereka menemukan jawapannya. Inilah tanggungjawab mereka, Himpunan saintis, ahli fizik, ahli biologi dan pakar sejarah negara berkumpul demi mencari jawapan di sebalik penemuan itu.

“Pandangan Doktor Halimah ?” semua mata tertumpu ke arah wanita berkenaan. Ilmunya dalam bidang antropologi perlu diambil kira. Halimah meneliti seimbas lalu laporan tebal di hadapannya dan menyemak beberapa catatan penting yang sempat ditulisnya sepanjang mesyuarat penting itu berdurasi.

“Dari penemuan-penemuan signifikan yang kita ada, saya dapati apa yang dikatakan oleh profesor emeritus ada benarnya.” Terbelalak mata masing-masing apabila wanita itu condong kepada pendapat yang dikemukakan oleh Profesor Iqbal, tokoh sejarawan negara yang sudah menghasilkan puluhan buku dan ada di antaranya melalui proses penterjemahan ke bahasa-bahasa asing. Pun begitu, buah fikiran yang dilontar figura hebat yang sudah bersara dalam bidang disiplinnya itu, dipandang sepi.

“Ada benarnya, awak cakap? Saya rasa kebanyakannya tidak munasabah.” Profesor Doktor Hisham menyampuk. Pandangan kurang senangnya sengaja dilemparkan kepada Profesor Iqbal yang tetap tenang wajahnya. Dia tidak cepat melatah meski asyik diperlekeh oleh doktor falsafah dalam bidang fizik itu.

“Dari timeline yang kita capai kata sepakat, nyata entiti ini datangnya lima juta tahun sebelum...”

“Sebelum manusia pertama diturunkan ke Bumi? Awak jangan jadi gila, Doktor Halimah !” Profesor Doktor Hisham menghentak meja dengan buku limanya. Masing-masing terperanjat. Lelaki itu tidak dapat mengawal amarahnya. Baginya, itu semua tidak masuk akal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience