BAB 2

Romance Series 2836

Dhia merebahkan badannya sambil menguap kecil. Setelah seharian berada di kolej dan menjalani aktiviti orientasi, badan Dhia terlalu penat dan melekit.
"Aaa penatnya.." Dhia memejamkan matanya. Beberapa saat kemudian mata Dhia terbuka luas lalu Dhia menyelongkar begnya lalu mengambil telefon bimbitnya. What! 10 misscall dan 100 whatapps yang tidak dibaca. Semuanya dari Faqih!

"Mamat ni tak ada kerja ke? Tak habis-habis ganggu aku..dasar mamat tak cukup zat!" Bebel Dhia sambil jarinya membuka satu persatu mesej dari Faqih.

Tingg..tingg

Belum sempat membalas mesej yang terdahulu, Faqih menghantar lagi mesej yang lain.

-Kau marahkan aku ke Sya?
-Ya.. aku marahkan kau..apasal kau spam banyak-banyak emoji love dekat aku?? Kau buang tebiat ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience