Romance Series 2836

Faqih mengusap kepala Dhia dengan lembut. Setelah beberapa detik, Dhia mengangkat kepalanya dan mengesat saki baki air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Tiba-tiba timbul perasaan malu di hati Dhia apabila memikirkan tindakan spotannya tadi. Faqih memimpin tangan Dhia menuju keretanya, Dhia hanya membiarkan sahaja perbuatan Faqih.
Di dalam kereta Faqih masih membisu, begitu juga dengan Dhia. Lemas akibat kebisuan Dhia akhirnya Faqih memulai perbualan..

"Boleh aku tahu apa yang terjadi?" Tanya Faqih.

Akhirnya Dhia menceritakan insiden diantara dia dan Idham. Faqih mendengus kuat apabila mendengar cerita Dhia. Terasa sakit dadanya, perasaan sakit yang tidak pernah dirasai oleh Faqih.

"Kenapa kau tak lawan? Kenapa kau diam? Kau patutnya jerit!" Marah Faqih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience