Romance Series 2836

"Dhia.. tunggu abang!" Laung Idham dari jauh. Dhia memusingkan badannya dan matanya melilau mencari arah suara itu. Idham termengah-mengah berlari menuju kearah Dhia, Dhia hanya menunggu Idham yang berlari kearahnya.
"Jom lunch.." Ajak Idham tersenyum. Idham cuba mendekati Dhia yang baginya lain dari perempuan yang dia pernah kenal.
"Err..minta maaf abang senior, Dhia nak pergi solat dulu. Lagipun Dhia dah makan pagi tadi, Dhia masih kenyang." Usai sahaja memberikan jawapan Dhia terus berlalu menuju ke surau tanpa menunggu jawapan Idham. Idham terkulat-kulat berdiri setelah ditinggalkan Dhia. Idham mengepal penumbuknya menahan rasa marah dengan kesombongan Dhia.

"Dhia.." Panggil Maya setelah melihat Dhia mengaminkan doa. Dhia menjongketkan kening tanda menanya kenapa Maya memanggilnya, Maya mengengsot sedikit kearah Dhia dan melipat telekung solatnya sambil matanya merenung Dhia.

"Awak ni kenapa Maya? Renung muka saya.." Soal Dhia pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience