Romance Series 2836

"Apasal kau tenung aku macam tu?" Tajam mata Dhia melawan anak mata coklat milik Faqih.
"Tak ada apa-apa.. Aku baru perasan yang kita ni pakai baju warna sama, cap pun sama.." Komen Faqih menutup debaran di dada akibat renungan tajam Dhia.
Dhia memerhati bajunya dan baju Faqih. Ya sama, Faqih mengenakan tshirt berkolar warna hitam, berseluar pendek bawah lutut berwarna khaki dan cap hitam. Manakala dirinya pula berhoodie berwarna hitam, cap hitam dan berseluar jean berwarna khaki juga. Dhia hanya tersenyum. Permandangan ini sudah biasa bagi mereka kerana mereka mempunyai citarasa fesyen yang sama.
"Nak buat macam mana, dah namanya bff mestilah sehati sejiwa." Balas Dhia sambil mengelap mulutnya dengan napkin. Faqih hanya mengganguk lantas berdiri menuju ke kaunter pembayaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience