Romance Series 2836

Benji melangkah perlahan kearah Dhia dan Maya. Maya sudah tersengih-sengih sedari tadi terus mencuit lengan Dhia.

"Dhia..prince charming kau dah datang,aku cau dulu..babai Dhia.." Belum sempat Dhia menarik tangan Maya, Maya telah pun lesap hilang entah kemana. Dhia mengaru kepalanya yang tidak gatal, Benji sudah pun berdiri tegak dihadapan Dhia.

"Ehemm.. Dhia Natasya kan?" Tegur Benji.
"Errr...ya saya." Terketar-ketar suara Dhia. Aduhai Dhia, kau boleh relaks tak! Monolog Dhia.
"Saya Ben, Benji.. jurusan undang-undang semester 4, kalau Dhia ada masalah apa-apa berkaitan law, Dhia boleh rujuk dengan saya." Senyum Benji dengan manis.

Dhia hanya mengangguk perlahan dan membisu.
Benji melihat Dhia yang membisu terus meminta diri kerana dia tahu Dhia tidak selesa dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience